::Teman Bersama::

Jumaat, 28 November 2008

Penceraian

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصرهووالاه







Penceraian




ALLAHU ALLAH.




Perihal talaq itu hukumnya diharuskan, apabila ia tidak disertai dengan penganiayaan yang salah. Namun, si isteri pasti berasa duka kerana disakiti atas talaq yang jatuh atasnya, melainkan jika berlaku kesalahan dari pihak isteri, atau timbulnya darurat di pihak suami.



Begitu pula Islam menyantuni para penganutnya agar menjauhi menyakiti hati mukmin lain, waima, jauh sekali Islam membenarkan menyakiti hati bukan Islam.




Maka, Islam hadir dalam kaedah hukum yang bukan bermudah-mudah atau dengan hanya bersandarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah tanpa beserta ijma ulama. Islam tidak sewenang-wenangnya menghalalkan penceraian.




Firman ALLAH SWT:

Jika isteri-isteri itu mentaati kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menganiayai mereka” [An-Nisa:34]




Bagi Yang Merasa




Kadangkala terlalu mudah kita menuturkan kata. Samada berupa nasihat, renungan atau peringatan. Tidak kurang juga yang meletak cela tanpa hati melihat. Ke atas perkara-perkara yang sekadar dilihat, tanpa mendalami kebenaran di dalam kejadian.




Penceraian adalah titik insaf. Tidak hanya kepada pelaku dan yang merasa, juga kepada kita yang mendengar dan membaca.




Sudah tentu, ketika akad dan lafaz pernikahan sedang diatur, setiap pasangan pasti tidak pernah terfikir atau membayangkan penceraian.




Namun, yang berlaku telah berlalu. Di sini, perlunya kepada tindakan "realistik". Realistik kepada kehidupan baru setelah selesai usia berumah tangga. Itu pandangan para psikologis. Namun kepada para psikologis Muslim, dia yakin, bahawa inilah ketentuan jua iradat ALLAH SWT Yang Maha Mulia.




Realistik bahawa itu sudah ketentuan ALLAH SWT Yang Maha Mulia. Kita hamba tidak punyai upaya.




ALLAHU ALLAH.




Selaku hamba, selayaknya harapan diletakkan hanya kepada ALLAH SWT Yang Maha Mulia.

Namun, bukanlah kita meletakkan harap atas segala ketentuan yang dikurniakan tanpa menjalankan usaha. Itu namanya sia-sia. Barangkali ada yang membuat sangkaan-sangkaan buruk kepada ALLAH SWT selaku Rabb yang tunggal, serta tiada pula persamaan dengan segala makhluk ciptaanNYA.




Firman ALLAH SWT:

“Tiada suatu pun yang sama seperti-NYA (ALLAH SWT)” [Al-Shura:11]




Mengapa sehingga mempertikai segala kehendak iradat ALLAH SWT ke atas diri kita yang terbatas pemikirannya ini. Contohnya, dijadikan oleh ALLAH SWT kepada kita kerjaya yang menjadi sumber pendapatan kehidupan. Namun dengan satu perjanjian, bahwa kerjaya yang kita miliki dan nikmati itu, belum tentu membawa kebahagiaan. Pasti, kerjaya itu juga akan ada titik penamatan.




Begitu pula halnya dengan rumah tangga, hidup-mati dan segala bencana dan usaha. Semuanya bukan terletak ke atas usaha kita. Itulah petanda besar, bahawa hidup kita ini direncanakan oleh ALLAH SWT.




Adakah perlu menyesal, andai kasih terputus di tengah gerbang perkahwinan? Hanya kerana dia seorang manusia, juga bertaraf hamba disisi ALLAH SWT Yang Maha Mulia. Sudah pasti, setiap jiwa pasti merasa kesedihan. Persoalannya adakah dengan bersedih mampu menyelesaikan masalah yang menimpa.




Firman ALLAH SWT:

Maka tinggalkanlah siapa-siapa yang telah menyeleweng dari mengingatkan Kami, dan mereka tidak menginginkan melainkan kehidupan dunia” [An-Najm:29]




Janda dan Duda




Kepada yang merasa jerih perih bergelar janda atau duda. Apakah anda merasa terhina dengan umpatan, kejian manusia kebanyakkan. Pada akhirnya jua, mereka juga berisiko mengalami sebagaimana anda merasa. Cukuplah aku dan Tuhan.




Berkata Mu’az bin Jabal kepada Rasulullah SAW ; Apakah kita akan dihisab juga atas apa yang kita katakan, wahai Rasululullah? Nabi Muhammad SAW bersabda: Wahai Mu’az! Tidakkah engkau ketahui bahawa manusia itu akan ditelungkupkan menerusi hidung-hidung mereka disebabkan hasil tuaian liadah-lidah mereka.




ALLAH SWT datangkan ujian berupa kesenangan dan kejayaan, ingatilah perkara berkaitan istidraj.




Bahawa kemungkinan atas nikmat dan kejayaan merupakan ujian. Sengaja ALLAH SWT kurniakan. Bagi hambaNYA yang beriman, dikurniakan mereka akan kesedaran. Agar menggunakan keupayaan demi tujuan kebaikan dan mendapat keredhaan ALLAH SWT beserta makhlukNYA.




Justeru, berperananlah selaku hamba kepada ALLAH SWT Yang Maha Mulia. Pujuklah hati yang lara itu terus bersangka baik kepada DIA selaku pemilik segala jiwa dan upaya kita. Mana mungkin hamba yang mengetahui segala kekurangan dirinya, mampu menandingi pemberian dan penarikan nikmat yang daripadaNYA jua.




Wallahu’alam


وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وبارك وسلم أجمعين، والحمد لله رب العالمين



Al-Haqir ila ALLAH AL-GHANIY:

Almukminun

http://almukminun.blogspot.com/

30 Zulkaedah 1429H / 28112008

Tiada ulasan: