Loading...

::Teman Bersama::

Isnin, 17 November 2008

JEMPUTAN KE PENGAJIAN INTENSIF KITAB-KITAB TURATH DI PONDOK DERANG, POKOK SENA, KEDAH


JEMPUTAN KE PENGAJIAN INTENSIF KITAB-KITAB TURATH DI PONDOK DERANG, POKOK SENA, KEDAH



Assalammualaikum Warahmatullah

Al-Haqir ingin menjemput para pecinta ilmu ke Majlis Pengajian Kitab-Kitab Turath.

Peserta terdiri daripada semua peringkat usia. Muslimin dan Muslimat.

Kitab-Kitab Turath yang akan di syarahkan terdiri daripada Kitab Perihal Akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah, Tasawwuf dan KItab-Kitab lain.

Bertempat : Pondok Derang (Maahad Tarbiyyah Ismlamiah), Pokok Sena, Kedah Darul Aman.


MAAHAD TARBIAH ISLAMIYAH Derang
06400 Pokok Sena
Kedah Darul Aman.

Tarikh Pengajian : 11 - 15 Disember 2008 / 13-17- Zulhijjah 1429
(Sekiranya Tuan-tuan ingin meneruskan pengajian melebihi daripada tarikh tersebut, sangat dialu-alukan)

Waktu Bertolak : Jam 11 malam (11 Disember) - INSYAALLAH, dijangka tiba di Perhentian Bas Shahab, Alor Star jam 5.30 pagi

Pengangkutan ke Pondok Derang :

1-Kenderaan sendiri:

daripada tol PLUS Sungai Buloh masuk ke PLUS (Utara)- Keluar di Tol Alor Star Selatan - Ambil ke kanan menghala ke Kepala batas - Jumpa Lampu Isyarat - Jalan terus - Jumpa Lampu Isyarat kedua - Ambil Kanan - Masuk ke Jalan bukit Pinang - Tanya orang jalan ke Pondok Derang, Pokok Sena.

Anggaran Perbelanjaan Minyak Petrol sehingga Pondok Derang;

Jenis Kenderaan ; Proton Waja 1.6 (A) : RM 80 (sehala)

Anggaran Perbelanjaan Tol PLUS : RM 53.10(sehala)

(JIKA BERKONGSI KENDERAAN SERAMAI 5 ORANG : RM 26.62 SEORANG)


2-Kenderaan Awam : Bas Ekspress : RM 80 (Pergi dan Balik);

INSYAALLAh, pihak Pondok akan menyediakan pengangkutan daripada Perhentian Bas Shahab, Alor Star ke Pondok Derang(Perlu maklumkan awal kepada ana jumlah peserta)

Keretapi Melayu Ekspress : RM 40 (Pergi dan Balik)

Ana cadangkan jika tuan-tuan sampai di Alor Star pada waktu siang, boleh menggunakan bas awam ke Pondok Derang. Harga :RM 4 (Sehala)

Anggaran Kos Makan Sehari : RM 10

Tempat Penginapan : Percuma dan Muslimin-Muslimat akan ditempatkan mengikut kaedah Pondok

Pimpinan Pengajian :

1-Al-Fadhil Syeikh SYEIKH HAJI GHAZALI ABDULLAH
2-Al-Fadhil Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Al-Maliki An-Nadwi Al-Banjari
3-Al-Fadhil Syeikh HAJI ABDUL MAJID ABU BAKAR ANNADWI
4-Al-Fadhil Ustaz Ilyas Bin Ismail


Kitab-Kitab : Ana akan Maklumkan kemudian.

Maklumat Lanjut, Sila Hubungi :


Saudara Ikhram : 016-525 7449

Saudari Lina : 013-628 2505


http://almukminun.blogspot.com/

1 ulasan:

bunga mawar berkata...

Ceramah Akidah 20hb Nov 2008 di Masjid Universiti Islam Pahang (UMP):Syeikh Dr Salim Ulwan(Mufti Australia) http://pondokhabib.wordpress.com