Mereka Bertanya
Ada kalangan sahabat bertanya; Apakah perkara paling seronok yang pernah penulis alami dalam kehidupan?
Soalan berbentuk tanpa jawaban ini sukar untuk dijawab. Berbentuk subjektif. Untuk pengetahuan, yang bertanya pun masuk kali ketiga bertanya soalan yang sama. Lalu, sekadar sebagai perkongsian, takut-takut penulis tidak berkesempatan menjawabnya pada masa akan datang. Jawaban ringkas ini mungkin memberi bantuan.
Jawabnya sudah tentu apabila diizin oleh ALLAH SWT untuk penulis mengucup dahi dan bertemu ibu dan bapa tercinta. Berkorban dan tidak mempersiakan usia mereka.
Selain itu?
Jawabnya; Apalah lagi yang ada di kalangan umat ini, jika tidak merebut peluang untuk bergelar golongan ikhwan di akhir zaman. Berazam mengamalkan sunnah Junjungan Mulia Saiyyidina Muhammad Shollalahu alaihi Wassalam.
Berkorban merebut ruang dan peluang dalam menambahkan ilmu, yang pada akhirnya diletakkan harap kepada ALLAH SWT Yang Maha Mulia. Agar terlekat ilmu di dada dan diamalkan sepanjang masa. Sebetulnya risau, andai ibadah tiada sanad (sandaran) hingga ke junjungan Nabi. Ibadah ikut-ikutan dan tidak dipelajari semakin bercambah hari ke hari. Tidak kurang juga “cerdik pandai” melaksana ibadat ditanyai mereka perlu dalil apa yang di pakai. Ulama dan karangan kitab-kitab berzaman diseru mereka untuk dibakar...dikatakan thoghut dan hanya ikut logik akal...ALLAHU ALLAH.
Takut memikirkan kehadiran umat tanpa ilmu, namun berkemampuan berijtihad atas akal dan nafsu diri. Rasa bimbang kepada gerakan wahabbi dan syiah kini. Bukan bimbang kepada gerakan ini, tetapi bimbang jika penulis tidak menyahut tali perjuangan membasmi! Kerugian daripada kenikmatan janji Illahi. Satu dengan bida’ah, takfir dan perkara-perkara pelik. Hingga fatwa menjisimkan ALLAH? Yang satu dengan taqiyyah dan kesesatan mengatakan Sayyidina Ali Karamallahu Wajhah sebagai nabi?
Bagaimana mahu mengenal dan merasa nikmat ALLAH SWT, jika jiwa tidak dibimbing mengenal Pencipta. Bagaimana pula untuk merasa segala mehnah Junjungan Mulia Sayyidina Muhammad SAW dalam menegak Islam, jika diri tidak dididik menjunjungi segala sunnahnya. Mempertahan ketinggian leluhur Baginda ketika dihina oleh pemuka kuffar dan dari kalangan pembidah dan syiah.
Kerasnya hati di kalangan ekstremis agama ini, sudah tentu dengan kebungkaman jiwa. Titik noda hitam menguasai hati. Masakan tidak, apabila hati tidak dicuci dengan zikrullah sebagai pelembut dan tazkiyatunn nafs. Rujuk Husam ‘Aqod dalam Kitab Halaqat Mamnu’ah (ms 25) Darul Sahabah, Tonto. Bid’ah kata mereka..
Hanya kerisauan terhadap diri, keluarga dan ummah dalam mendepani zaman fitnah ini. Terdayakah kaki melangkah andai ilmu secebis di dada. Bimbingan apakah yang hendak diberi kepada si isteri dan anak-anak yang dikasihi nanti andai sang bapa tidak mampu menghadami tuntutan agama.
Begitulah sedikit pelaburan duniawi, semata mengharap buah ukhrawi. Penat dan tenat mana pun kantung, disedari, itulah harga kepada setitis ilmu kepada dalam menggapai bekal abadi.
Wallahu’alam
Al-Haqir ila ALLAH Al-GHANIY:
Almukminun
http://almukminun.blogspot.com/
10 Syawal 1429h
Tiada ulasan:
Catat Ulasan