Bukti Pengiktirafan : Lajnah Jawatankuasa Guru-guru (bertaraf doktor dan professor) di Kuliyah Usuluddin Di University Al-Azhar, Kaherah.
Saudaraku .... ...,
Ana setuju dengan pendapat enta, namun sedikit pembetulan pada hal “Mengapa perkara-perkara furuk juga diperhujahkan.” Bukan khilaffiyah yang menjadi perbincangan kami. Harap jelas pada hal khilafiyyah.
Tetapi pada hal menghujahkan “takfir” si wahabbi ghuluww kepada SYEIKH AL-MUHADDITH ABDULLAH AL-HARARI AL-HABASHI. Ulama yang bermatian menentang fahaman mujassimah wahabbi ghuluww.
(INSYAALLAH, akan dikongsikan pada hal pengenalan kepada SYEIKH AL-MUHADDITH ABDULLAH AL-HARARI AL-HABASHI). Juga penipuan daripada MAJALAH i terhadap Tuan Syeikh..akan datang
Baik, ku khabarkan bukanlah semua wahabbi itu salah. Namun segolongan yang dikatakan sebagai “wahabbi ghuluww”. Pemecah belah ummah, “pemudah”. Mereka inilah dengan segenap kekerasan, melakukan pembohongan kitab-kitab, mentakfirkan SYEIKH AL-MUHADDITH ABDULLAH AL-HARARI AL-HABASHI, juga kepada kami Ahlul Kheir Sunni wa Syaf’ie. Maka, sekadar insan yang faqir ilmu, ku sertakan hujjah bagi menolak si ghuluww.
Pada hal membicarakan Perihal diriku, Tuan berkata:
“Cuba saudara bayangkan,kalau orang yang bertanya dan bersoal-jawab
dengan saudara ini adalah seorang insan yang baru mahu berjinak-jinak
dengan Islam dan gerakan islam. Pasti insan tersebut akan lari dengan cara dan method saudara
mendekatinya.”
Jawabku Begini:
Pernah tuan Guruku Yang Sholeh lagi warak Tuan Haji Hashim Abu Bakar (Pondok Pasir Tumbuh) berpesan:
“Jika mudah uslubnya maka mudahlah tercapai matlamatnya. Kalau tidak maka akan susahlah jadinya. Dakwah yang baik memerlukan kepada pemahaman yang mantap terhadap asas dakwah dan tujuannya, sumber dan hukumnya, pengisian dan matlamatnya. Berlembut pada tempat yang perlukan kelembutan adalah bukti kebijaksanaan pendakwah.”
Yang ku sampaikan adalah kepada tuan, maka sesuailah dengan Sabda Junjungan mulia, Rasulullah SAW:
“Berbicaralah dengan manusia menurut kadar ‘aqal mereka”
Wallhu’alam.
JURNAL
Pada hal yang bertanya akan: “Jurnal Penyelidikan Islam Terbitan Jakim tahun 2006 berkenaan dengan wahabiyah yang
saudara canang-canangkan ini?dah baca belum…”
Jawabku begini:
ALHAMDULILLAH, telah ku baca jurnal yang diberi semasa liqa membedah kitab akan hal wahabbi mujassimmah pada 1 TAHUN yang lalu. Ketika itu, daku berguru, bukan bertaqlid melulu.
Ku sentuh dahulu tokoh-tokoh penulis जेउंडा si wahabbi ghuluww: Nya dolok, bercita-cita tinggi maok jadi MUFTI MUDA di Sarawak. Pernah gegak gempita semalaya dengan “FATWA CICAK-MAN”..murah sungguh berhujah..
Konon maok tunjuk alim. Atas nama gelar doktor phd diberi... Namun, harapan mengigit jari, PEHIN SERI KETUA MENTERI Sarawak sendiri bingung dengan ajaran yang dibawakan. Lalu, diganti akan MUFTI Yang Ahli.
Sampai sekarang masih berbunyi, hanya waqi’ di seberang lebih mengetahui. Mengapa daku kata begini? Kami Ahlul Kheir pernah merasa kebongkakan dia sewaktu berada di seberang.
Kepada teman-teman yang punya sejarah dengan nya, mungkin ke depan tampil diri???
Tokoh Penulis saudara Aizam Mas’od (Penulis Jurnal ): sahabat seperguruan sekuliah dengan guru kepada teman. Berlatar belakangkan pendidikkan tinggi di Universiti Madinah. Dahulu di sana tidak mengikut sama menadah kitab sampingan bersama teman-teman. Dari kalangan Syeikh-syeikh kabirr yang di halau si wahabbi ghuluww dari mengajar di Masjidil Haram. (Sejarah ketaksuban Wahabbi ghuluww!-INSYAALLAH dibongkar nanti).
Ditaklifkan saudara Aizam Mas’od sebagai pegawai di cawangan akidah..Tuan rujuk balik ye...
Janganlah seronok sangat Tuan,takkan boleh dinamakan terus JAKIM menyokong. Adab berilmu ni Tuan, kita bincangkan, lalu sepakat diambil, oleh [Ijma’ ULAMA] bukan atas ijtihad orang yang ghuluww wal ilmi.
Adillah sangat apabila JAKIM memberi ruang, agar masalah wahabbi dapat dibincangkan dalam keadaan keharmonian. Kesungguhan JAKIM, ku beri sokongan! Namun yang menjadi perhatian, apabila wahabbi berlebih-lebihan. Mentakfirkan kami Al-Asya’irrah juga Al-Matturuddi’ah.
Penyataan ini bagaimana? Pengamalan wahabbi di Malaysia....
JAKIM Mengkategorikan wahabbi sebagai pemecah belah umat Islam...
Maka, ku sediakan jawaban kepada persoalan akan kerosakan wahabbi daripada JAKIM..
http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf
Fahaman ini berpegang kepada nas Al-Quran dan Al-sunnah semata-mata tanpa mengambil kira pandangan –pandangan ulama dan mazhab-mazhab terutama mazhab yang empat dari segi hukum fekah sebagaimana yang terdapat dalam kaedah perundangan Islam seperti Al-Istihsan, maqasid al-Syar’iah. Contoh berzikir secara beramai-ramai selepas sembahyang lima waktu, bertahlil, bertalqin, mengadakan sambutan Maulidur Rasul s.aw.. Mereka menganggap perkara ini tidak pernah dilakukan oleh Rasulullulah SAW dan tidak perlu dilakukan."
Ulasan.:
Wahhabiyah menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai slogan untuk menghidupkan ajaran Muhammad Abdul Wahhab. Mengetahui Al-Quran Dan As-Sunnah sebagai sumber dalam pengsyariatan Islam, Golongan Al-wahhabiyah mengambil peluang menjadikan method ini sebagai tipuan kepada umat Islam untuk mengelirukan Umat Islam.
Penyelewengan terhadap Al-Quran dan As-Sunnah dengan mentafsirkan dan mentakwilkan tanpa kaedah yang dibenarkan oleh syarak menyebabkan mereka terkeluar daripada kelompok Ahlus Sunnah wal-Jamaah sebagaimana pandangan-pandangan ulamak yang muktabar.
Sebagai contoh mentakwilkan Istiwa kepada Jalasa/ julus. Pentakwilan mereka ini bertentangan dengan manhaj asal mereka iaitu " At-Takwil hua At-Taa'thil". Keserabutan dan kecelaruan golongan al-wahhabiyah selain daripada membingungkan diri sendiri ,mereka membawa umat Islam supaya jauh daripada Islam.
"Aliran pemikiran wahabi tidak bersesuian dengan suasana di Malaysia yang lebih menjurus kepada mazhab Syafi'e. Islam telah menyediakan garis panduan dalam menjaga kepentingan agama, maruah, diri, harta dan akal dalam maqasid syariyyah yang lima ( kepentingan syarak) begitu juga dengan adab-adab perselisihan pendapat yang mesti dihormati supaya tidak berlaku perpecahan di kalangan umat Islam."
Disediakan oleh saudaraku:
Abu Lehyah Al-kelantany
http://abulehyah.blogspot.com/
0133005046
INSYAALLAH, akan ku kongsikan yang lain nanti..(daripada JAKIM)
KEMBALI KEPADA HAL Dr.Wahbah yang ditanya akan Tuan:
“Nak tahu juga..Dah tgk ulasan Dr Wahbah Zuhaili tentang
lelaki ini?” Secara Ringkas, "ahbash ini sesat lagi menyesatkan" Kata Dr Wahbah Zuhaili
Jawabku begini:
Sebagaimana yang ku nyatakan, bahawa kami para Ahlul Kheir, sangat menyanjungi Syeikh Dr. Wahbah Zuhaily sebagai ulama semasa yang masih hidup mempertahankan akidah Ahlul Sunnah wal Jamaah.
Tidak mampu untuk menyaingi akan ilmu nya. Namun wahai Tuan, Kami Ahlul Sunnah wal Jamaah bepegang kepada sepakat ulama, kerana Tuan Syeikh Wahbah Zuhaily berijtihad atas landasan ilmunya. Sedangkan kami tiadalah sampai ke maqam itu. Lalu kuberikan bukti ini dalam kaedah Mazhab Syafiiyah dalam hal “ihtiati”.
Ku persembahkan hujjah daripada pihak Lajnah Jawatankuasa Guru-guru (bertaraf doktor dan professor) di Kuliyah Usuluddin Di University Al-Azhar, Kaherah ini:
وبعد الاطلاع والموافقة على هذين الكتابين من قِبَل لجنة من أساتذة كلية أصول
هذه ترجمة تقريظ جامعة الازهر في كتب الشيخ عبدالله البغية والصراط
We are happy to present to you A pleading announcement to the people of faith from the Azhar University inEgypt. Critical analysis of two books authoured by the Muhaddith (authorisedrelayer of Hadith) Shiekh Abdullah Al-Harariy , known as Al-Habashiy wasrecently conducted at the Azhar University in Cairo. The books entitledAs-Sirat Al-Mutaqim (the Straight Path) and Bughyat Al-Taleb ( the Quest ofthe student of Obligatory knowledge) have been perused by a committee ofprofessors from the faculty of religious jurisprudence at the AzharUniversity in Cairo and given the official common seal of approval. Among what the committee said about the books was this: “the knowledge of belief contained in these two books agree with theknowledge of belief of Imam Abu-Hassan Al-Ash^ariy, the Imam of Ahlussunahwal-Jama^ah. They do not contradict any of the teachings of Imam Abu-HassanAl-Ash^ariy. In fact, they explain it and simplify, presenting theinformation in a style to makes it acceptable by the mind and close to theheart, compelling the reader to accept it because it is the belief ofAhlussunah wal-Jama^ah by which one will be saved on Judgement Day. Theauthor Sheikh Abdullah Al-Hararaiy is distinguished by his knowledge andreference of authentic and credible sources in maters of belief and rulings.He is also noted for his sincerity in action and words and his serious andkeen approach in spreading the knowledge of Islam. We ask Allah to grant himsuccess in his mission to serve the religion and spread the knowledge.
Ini pula terjemahan kepada bahasa Malaysia.
Keputusan analisis ilmiyah kepada 2 buah kitab karya tulisan Muhaddits As-Syeikh Abdullah Al-Harory, yang dikenali sebagai Al-Habashiy. Dua Kitab beliau tersebut berjudul “ As-Sirotol Mustaqeem” dan “ Bughyah Tholib Li Makrifat Ad-Deenil Wajib”.
Selepas di teliti dan bersetuju dengan isi kandungan kedua-dua kitab tesebut, pihak Lajnah Jawatankuasa Guru-guru (bertaraf doktor dan professor) di Kuliyah Usuluddin Di University Al-Azhar, Kaherah yang kemudiannya memberikan cop pengiktirafan rasmi daripada universiti tersebut.
Antara apa yang telah diperkatakan oleh Majlis Jawatankuasa Al-Azhar yang terlibat terhadap kedua-dua kitab tersebut sebagaimana berikut ;
“ Sesungguhnya ilmu akidah yang terkandung di dalam kedua-dua kitab tersebut adalah amat bertepatan dengan akidah Abu Al-Hasan Al-Asy’ary yang merupakan imam kepada Ahlus Sunnah Wal-Jamaah dan tidaklah bercanggah langsung dengan Fahaman Al- Imam Abu Al-Hasan Al-Asy’ary. Bahkan beliau (Muhaddits As-Syeikh Abdullah Al-Harory) mensyarahkan dan mempermudahkannya, lantas menterjemahkannya dalam bentuk yang boleh diterima oleh akal dan dekat dengan hati. Beliau menyeru manusia supaya menerimanya kerana inilah akidah Ahlus Sunnah Wal-Jamaah yang mana seseorang itu akan terselamat pada hari akirat kelak dengan berpegang teguh padanya. Pengarang kitab ini ialah Muhaddits As-Syeikh Abdullah Al-Harory, seorang yang amat mendalam keilmuannya dan menjadikan teks asal (manuskrib) sebagai tempat rujukan dalam persoalan Akidah Islam dan Syariat. Beliau juga seorang yang amat ikhlas dalam tutur kata, amalan, dan dalam perjuangan dakwah di jalan Allah Taala, amat serius dan bersungguh-sungguh. Kita memohon kepada Allah supaya mempermudahkan jalan kepadanya dalam perkhidmatanya menyampaikan ilmu dan menjelaskan agama kepada umat Islam".
Subhanallah..buat pengetahuan pembaca, wahhabi yang bertempat di Saudi cuba mengelirukan umat Islam di Kaherah dan pelajar-pelajar Mesir dengan mereka-reka cerita, fitnah dan tohmahan kepada Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary dan anak-anak muridnya, sehingga mereka telah membayar berapa banyak pun kepada Universiti Al-Azhar sebagai rasuah, selain kegiatan memalsukan surat daripada al-Azhar daripada dalam.
Ini adalah kerana perasaan bimbang sekiranya hasrat mereka untuk mewahabikan Al-Azhar secara total gagal dengan wujudnya Ahlus Sunnah Wal-Jamaah seperti anak-anak murid Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harory yang tidak lekang memperjelaskan akidah Nabi dan para Sahabat serta Ulama'-ulama' muktabar.
। Tetapi qaddarallahu wama sya-a wa fa'al Allah tetap membantu umat Islam, sejak dulu kini dan selamanya॥la haula wala quwwata illa billah.
Di sediakan oleh saudaraku;
Abu Lehyah Al-Kelantany
0133005046
Pada fasal Tuan membicara akan Akhlakku yang Haqir ini:
“Saudara exco BDT, tapi saudara tidak menggambarkan saudara itu layak memegang amanah dengan cara dan akhlak saudara berhujah.”
Jawabbku begini:
Nampak gayanya MAJLIS SYURA PKPIM dah bertambah seorang lagi. Bahawa yang melantik akan diriku bukan dengan menawar diri.
Tetapi, atas keputusan MAJLIS SYURA PKPIM. Jadi, adalah baik jika tuan dapat memanjangkan hal ini. Perihal akhlakku. Daftar ahli dah?...Ku akan katakan setuju!..
Namun, ku ulangi, melepas diri akan aku setelah menjalankan amanah dan tanggungjawab sebagaimana ilmu tidak seberapa yang ku miliki. Jawaban yang ku berikan juga adalah merujuk kepada ahli. Yakni guru-guru yang pernah dan sedang mengajar akan diriku.
PESANAN untuk SEMUA:
Berhati-hatilah dalam mengamalkan segala perkara yang shazz(pelik).
Bacalah buku apa pun yang Tuan-tuan minati, namun awas. Jadilah orang yang berilmu dengan berhati-hati kepada segala sumber yang diperolehi.
Berhati-hati juga ketika melayari, laman-laman web yang tidak tahu usul ilmunya.
Jalankanlah segala aktiviti haraki, tetapi awas, tanyakan kepada diri, adakah cukup ilmu untuk diri? Akidah, Fiqah, Sirah, “Tasawwuf” juga segala fardhu kiffayah?
Bahawa daku hanya menjalankan tugas sebagaimana yang diamanahkan dalam mempertahan Akidah Ahlul Sunnah wal Jamaah.
Silakan pembetulan atas segala jawaban, pada akhirnya kepada ALLAH SWT Yang Maha Mulia juga aku yang haqir ini serahkan.
Al-Haqir illa ALLAH Al-Ghaniy:
almukminun
8 Rejab 1429h
http://almukminun.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan