Sebar Ilmu Tetapi Tidak Tahu Usul!
Hari ini terlalu ramai manusia yang bercita-cita tinggi dalam menyebar kepelbagaian ilmu. Namun yang diberikan adalah dengan tidak berpegang kepada usul.Dengan kata mudah lagi kasar, jumud tetapi mengaku bermaruah.
Lagaknya, mereka bercita-cita bergelar 'protaz' dan anda namakan sahaja.Tujuannya sememangnya mulia, iaitu pengetahuan yang baik lalu disampaikan kepada semua. Kadangkala, ilmu yang sekadar dibaca, tidak dihadami dengan kata mudah mereka MEMANG tidak FAHAM. Tetapi dengan megah disebar luaskan dengan bangga dan penuh cita-cita.
Sedangkan para muffasiriin, begitu takut untuk meletak hukum dan kata pada perkara yang tidak pasti.Mereka berusaha merujuk ULAMA! Bukan laman-laman web atau buku-buku yang direka cerita! Berjalan jauh akan mereka untuk mendapat PASTI!
Berbeza dengan hari ini.
Benar,siapa "aku" nak meletak hukum.Tetapi,alangkah indah Islam bilamana mantan ilmu diambil dari yang FAQIH lagi Tinggi usul ilmunya.
Tujuan disandarkan(punya sanad) adalah bagi keselamatan di mahsyar nanti.
Dalam duk sibuk "memukul" orang dengan berapi-api,kononya bumi dicemari aliran sesat dek kerana tidak mengamal sunnah Nabi Rasulullah Shollahhua alaihi wassalam,juga menambah dengan penuh bid'ah, mereka lupa nak menilai diri.
Balik-balik "tok guru" itu yang dirujuki. Aneh, mana pergi muafakat ulama dan fukaha' tidak diambil bagi keselamatan diri.
Tidak mengaji satu ciri. Dikatakan berguru dengan buku satu ciri.Paling
Pesan Buat Diri,jangan berkira-kira pi ngaji dengan ahli...
Turun tiap majlis ilmu,bertanya bukan hanya satu guru...(BERTALAQI laa)
Buat cara tak tahu,INSYAALLAH mudah-mudahan ALLAH SWT membuka jalan agar tiada lagi duduk kita dalam kesesatan.
Wallahu'alam
almukminun
8 Jamadilakhir 1429H
Tiada ulasan:
Catat Ulasan