::Teman Bersama::

Rabu, 2 April 2008

Geert Wilders...Rakyat Belanda yang biadab


Geert Wilders......Rakyat BELANDA Yang BIADAB.....

Justifikasi kebiadaban seorang Ahli Parlimen hipokritus lagi politikus. Tiada akan dibiar Islam itu tertegak tanpa diganggu gugat akanya oleh orang-orang bukan Islam yang benci dan tetutup rapat hati mereka. Penerbitan filem singkat “fitna” juga adalah satu menifestasi ketakutan yang diada-adakan bagi mewujudkan lagi jurang petentangan antara Islam dan blok barat. Wilders juga jelas melaksanakan tindakan dengan kiraan bahawa dia akan diangkat sebagai pejuang dunia barat dalam perang anti-keganasan yang dimomokkan bahawa umat Islam adalah umat yang ganas.

Geert Wilders menerbitkan filem itu, yang menunjukkan kenyataan paderi yang radikal dan menyebut surah al-Quran, dengan diselitkan imej serangan 11 September 2001 terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, pengeboman kereta api penumpang di Madrid, Sepanyol pada 2004 dan pembunuhan pengarah filem Belanda, Theo van Gogh, di Amsterdam pada akhir tahun itu.

Jika di Malaysia, dengan melakukan isu-isu kontroversi untuk diri diangkat dan dikenali atau penyataan-penyataan provokatif bersifat emosi, maka dalam kes Wilders, beliau menggangap tindakan tersebut akan mengangkat status dirinya dalam politik Belanda.

Satu kajian kes yang menarik untuk sama-sama kita selaku umat Islam yang rasional dirinya, melihat tindakan Wilders ini dari pelbagai sudut ilmiah. Tidak salah juga kita merefleksi diri. Bukan sekadar responsif kepada suasana semasa, tetapi sama-sama mengajak kepada semua berlapang dada dalam menilai diri sendiri.

Mungkin juga isu ini mampu mengkoresi diri-diri kita yang mengaku beriman sedangkan tidak selari dengan amalan. Ada saja di kalangan umat ini yang menunjuk-nunjuk perihal diri dengan tujuan menjatuhkan kredebiliti insan lain. Ada juga atas nama menegur,namun tidak selari dengan syarak. Dalam sudut pandang psikologi, tindakan-tindakan ini adalah natijah ketidakmampuan akal menafsir informasi dengan nas al-Quran:

“Wahai orang-orang beriman, janganlah suatu kaum menghina kaum lain, sebab mungkin sekali mereka yang dihina itu lebih baik dari yang menghina. Dan jangan pula kamu perempuan menghina perempuan yang lain, barangkali mereka yang dihina itu lebih baik dari mereka yang menghina”

(al-Hujurat:11)

Kadangkala, tindakan-tindakan provokatif ini juga lahir atas gambaran kelemahan atau lompong-lompong yang terdapat kepada personaliti individu yang terlibat. Mereka berkehendak akan perhatian, maka lahirlah cercaan dan makian yang dilemparkan kepada orang yang tidak berbuat zalim kepadanya.

Atas tujuan mendapatkan tindak balas dari yang ditegur. Mereka juga dalam kekeliruan melahirkan pandangan kepada tempat yang bukan bersesuaian dengannya. Contohnya dalam adab menegur pemimpin, adakah sesuai mengikut logik akal dilakukan dalam keadaan umum mengetahui sesuatu yang ditegur. Dibimbangi, tujuan yang baik dalam membetulkan kesalahan, mengundang fitnah luaran keatas yang memimpin dan menegur. Sudah pasti menatijahkan titik pecah dalam ummah secara keseluruhan.

Rasulullah S.A.W telah bersabda:

“Orang yang amat tercinta di antara kamu kepada ALLAH, ialah orang yang terbaik sekali akhlaknya, si pemurah hati yang suka menjamu tetamu, orang yang rapat dengan kawanya dan kawan-kawan pula suka rapat kepadanya. Dan orang yang amat terbenci di antara kamu kepada ALLAH, ialah orang yang suka menyebarkan fitnah (mengadu-domba), orang yang suka memecahbelahkan di antara kawan-kawan, orang yang suka mencari alasan dari kesalahan-kesalahan.”

Kita perhatikan secara umum para sarjana atau mana-mana bangsa yang menentang Islam itu dan kita lahirkan dengan kata-kata:

-Tunjukkan keteranganmu jika kamu berasa yang dipegangimu itu adalah benar.

-Tunjukkan keteranganmu dengan fakta-fakta kenyataan, jika kamu mengatakan patung-patung, lembu betina, arca-arca sembahan, mampu menumbuhkan tumbuh-tumbuhan juga buah-buahan, manusia-manusia yang kamu sembah itu menurunkan hujan dari langit atau memakbulkan doa dan meluaskan kesempitan.

-Tunjukkan juga keteranganmu wahai penentang Islam, dengan memberi bukti-bukti nyata, jika kamu mengatakan ada Tuhan selain ALLAH SWT yang telah menciptakan langit dan bumi atau alam semesta yang luas ini.

Mereka bersikap keras bagi mewujudkan suasana huru-hara di kalangan umat Islam. Satu provokasi terancang, bilamana provokasi disambut dengan aksi tanpa kawalan, maka kerugian berpihak kepada mangsa, yang rata-rata dari umat Islam dunia ketiga. Maka, kita selaku umat Islam yang waras akalnya, tinggi keimanannya dan tidak zalim kepada celaan dan nistaan bergabung di bawah payung Akidah yang satu, berpakat atas kapasiti umat Islam menentang dengan hikmah,melawan dengan kemampuan sekadarnya.

Sebarang isu atau aktiviti yang menghina Islam, maka kita perlu sepakat dan bersatu untuk mengambil tindakan. Andai kekuatan sekadar mengeluarkan kenyataan melalui media, kita lakukan, jika berkemampuan mengadakan mesyuarat di kalangan rakan-rakan perkumpulan sealiran, maka silakan. Seharusnya isu ini menjadi pengikat kasih antara sesama mukmin walau berbeza ideologi kerana kita menentang ketidakadilan ciptaan manusia.

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah sebahagian besar dari sangkaan-sangkaan, kerana setengah dari sangkaan itu ada mengandungi dosa”

(al-Hujurat: 12)

Wallahu’alam

"وصلى اللّه على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم"

almukminun

25 Rabiulawwal 1429H

1531

Cyberjaya, Selangor

http://www.almukminun.blogspot.com/

Tiada ulasan: