::Teman Bersama::

Rabu, 19 Mac 2008

Sempena Sambutan Maulidur Rasulullah SAW 1429h


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصره ووالاه

Sempena Sambutan Maulidur Rasulullah SAW 1429H

Disediakan Oleh: almukminun

Semoga nukilan dikala dingin hujan membasihi bumi Selangor pada 11 Rabiulawwal 1429 H ini, meningkatkan kecintaan kepada Baginda Nabi Muhammad SAW. Sebasah itu jualah para pencinta Nabi Muhammad SAW menangisi tatkala memuji-muji Baginda Nabi dalam memperingati Majlis-majlis Maulid. Mengenang, lalu mencontohi setiap tingkahlaku Nabi, dari dicerca atau disakiti setiap jiwa ahlul bait juga para sahabat baginda.

YA Rasulullah SAW, tidak kami duga, biar berjauhan dengan jasadmu, biar bergetap bibir kami menahan syahdu mengenang kasihmu kepada umatmu. Akan digagahi jua perjuangan menerus sunnahmu. Tidak kami lupa Ya Rasulullah SAW, tatkala akhir hayatmu masih mampu mengingati kami.

Sedang kami masih tenggelam dalam enak mimpi. Menyangka bumi inilah persinggahan abadi. Ya Rasulullah SAW, kehadiranmu menyinari alam maya ini. Dikau mengingatkan kami Ya Rasulullah SAW, betapa bumi yang didiami ini akan hancur luluh dalam kekuasaan serta azab tidak tertanggung dalam Penguasa Agung, ALLAH SWT. Dikaulah Ya Rasulullah SAW, pembawa rahmat kepada sekalian alam. Menyedarkan umat, betapa dunia persinggahan cuma. Kasihmu Ya Rasulullah SAW, mebenarkan segala firman ALLAH SWT, lau diajar kepada kami, agar selamat di akhirat nanti.

Bahkan baginda adalah rahmat Allah yang paling agung sebagaimana firmanNya:-

وَمَآ أَرْسَلْنَاكَ إِلرَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ

"Dan tidaklah Kami utuskan engkau (yakni Junjungan Nabi)
melainkan sebagai rahmat bagi semesta alam."

Tidak kami lupa Ya Rasulullah SAW, ketika umatmu ditimpa ujian, dirimu segera menyerahkan perkara itu sepenuhnya kepada Pemilik Ujian (ALLAH SWT), seraya berdoa:

“Ya ALLAH! Ya TUHANku! Dan wahai TUHANnya Jibrai, Mikail dan Israfil, TUHAN Yang Mencipta segala petala langit dan bumi. Maha Mengetahui segala yang ghaib dan terang, ENGKAUlah yang menghukumkan antara sekalian hamba-hambamMU dalam segala perkara yang mereka pertelingkahkan. Berikanlah kepadaku petunjuk yang benar dalam perkara yang dipeelingkahkan itu dengan keizinanMU, sesungguhnya ENGKAUlah yang memberi petunjk kepada siapa yang ENGKAU kehendaki ke jalan yang lurus”

Ya ALLAH Ya Tuhanku, kurniakanlah kesempatan kepada kami mengecapi syafaat kekasihMu dengan berdirinya kami di jalan da’wahMU dengan kaki yang jitu.

Kerinduan tidak terbayang dengan kesedihan untuk mengingat penyelamat umat. Utusan dari ALLAH SWT. Bagindalah penyelamat umat dari kekufuran dan dari kezaliman nafsu menyesatkan. Segalanya dengan izin Tuhan Rabbul Jalil, ALLAH SWT.

Imam al-Qurthubi memetik kata-kata al-Husain bin al-Fadhl :-


Tidak pernah Allah menghimpunkan bagi sesiapa pun daripada kalangan para nabi, dua nama dari segala namaNya melainkan bagi Junjungan Nabi s.a.w. Maka sesungguhnya Dia telah berfirman: " ...terhadap orang-orang beriman baginda menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya " dan Dia berfirman: " ... Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman)."

Terasa sebak mengenangkan mehnahmu Ya Rasulullah SAW. Tidak setanding ujian yang ditimpa umatmu kini. Ketika langkah kaki diatur menggerakkan panji-panji da’wah Islam, ketika itu jugalah hati berantakan mengenang dugaan yang menanti dihadapan. Namun Ya Rasulullah SAW, keazamanmu, keyakinanmu kepada Kudrat Teragung ALLAH SWT, membuatkan kami menelan segala dugaan. Menggengam erat segala sunnah serta suruhan agar tidak kami kesesatan.

Ya Rasulullah SAW, dalam esak tangis kami mengingatimu, dalam lautan duri fitnah yang mencengkam umat akhir zaman ini, kami lahirkan rindu kepadamu. Sebagai motivasi peningkat iman dalam menegak segala urusan yang haq serta menjatuhkan kebatilan.

Oleh itu, marilah kita wahai ikhwani
Dalam bulan Mawlid ini
Kita baharui bai`ah kita dengan Junjungan Nabi
Bersumpah setia kita berjanji
Atas ajaran Junjungan Nabi sentiasa dijalani dipegangi
Ajaran yang kita telah kita warisi
Zaman berzaman daripada para ulama yang dihormati
Sambung menyambung generasi ke generasi
Dari zaman ini hingga zaman sahabi
Lalu terus bersambung kepada Junjungan Nabi
Ingatlah tatkala mahalul qiyam kita berdiri
Marhaban, sholawat serta salam dilantuni
Jangan lupa satu bait yang kita lazimi

Bait berbunyi:-

Ayyuhal Mab`uutsu fiina * ji'ta bil amril mutho`i


Wahai Junjungan Nabi yang dibangkitkan kepada kami
Datangmu membawa perintah urusan agama yang mesti ditaati
Jadikan bait ini sumpah janji setia mu wahai ikhwani
Bai`ahmu agar segala titah perintah Junjungan Nabi ditaati
Tiap saat tiap ketika tiap waktu silih berganti
Saat malam dan siang hari
Bangun tidur berjalan duduk sentiasa diingati
Segala panduan ajaran Junjungan Nabi
Biar hidup kita diberkati
Pabila mati syafaat baginda diperolehi

Allahumma sholli wa sallim

asyrafas shoolati wat taslim

'ala Sayyidina wa Nabiyiina

Muhammadi-nir Ra-ufir Rahim.

Allahumma sholli wa sallim wa baarik

'alaihi wa 'ala aaalih.


"وصلى اللّه على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم"

Rujukan:

|Ustaz Abu Muhammad Bahrus Shofa|

Disediakan Oleh:

almukminun

11 Rabiulawwal 1429H

1030pagi

Cyberjaya, Selangor

http://www.almukminun.blogspot.com/



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

a/kum, minta penjelasan sikit Ustaz. Terima kasih atas jawapannya.

SEJARAH PERAYAAN MAULID

Diantara perayaan-perayaan bid'ah yang diadakan oleh kebanyakan kaum muslimin adalah perayaan maulid Nabi. Bahkan maulid Nabi ini merupakan induk dari maulid-maulid yang ada seperti maulid para wali, orang-orang sholeh, ulang tahun
anak kecil dan orang tua. Maulid-maulid ini adalah perayaan yang telah di kenal oleh masyarakat sejak zaman dahulu. Dan perayaan ini bukan hanya ada pada masyarakat kaum muslimin saja tapi sudah di kenal sejak sebelum datangnya Islam.

Dahulu Raja-Raja Mesir (yang bergelar Fir'aun) dan orang-orang Yunani mengadakan perayaan untuk Tuhan-Tuhan mereka,[1] 1. Al-Adab Al-Yunaani Al-Qodim...oleh DR
Ali Abdul Wahid Al-Wafi hal. 131. demikian pula dengan agama-agama mereka yang lain.lihat link : http://groups.yahoo.com/group/assunnah/message/38045