::Teman Bersama::

Selasa, 18 Mac 2008

Dialog Maulid 12 Rabi'awwal?

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ

Dialog maulid 12 rabi' awwal?

kl cute:

akm ustz. cmna tarikh 12 rabiul awal tak betul???. apa pndpt ustaz?. t q.

al-ustaz

tarikh kelahiran bukan asas dalil harus dan baik amalan majlis maulid Nabi. ini jgn keliru . ini kena faham dulu. kalau tidak nnti terpengaruhlah dgn fahamn anti maulid pulak.

jgn trikut2 dgn faham berminyak2 air

macam kenderaan le, kalau asyik dok perhati bahagian yg rosak, sampai yg tak nampak langsung bahagian yg elok , keta tu boleh pakai lagi, pastu tak naik, kan ke kebodohan namanya.

kalau hang ada kereta baru elok , tak pe le.. ni daknya.. yg elok baru takdak juga.. he he..

yg elok sangat pun tak dak gak aiih..

kl cute:

ooo camtu ke ustaz.. kalau cmtu tarikh 12 tu elok lagi la ya ustaz?..

tmsih msih

al-ustaz

ii yaa kl. betul tu.

kalau kl cute tak caya.. ce kl tanya org yg fham 9 tu. ade ke riwayat hadis sohih kata 9 ke 11 ke haribulan rabi' pertama tarikh kelahiran Nabi s.a.w?.. he he.. kalu ada ana nak beri hadiah anta seposen je.

ade tak riwayat al- bukhari ke, muslim ke yg kata gitu.

mun kalau depa jwp takde... haa tu le ana dah kata... tak dak gak.

mun depa kata ada ... ish osh... telah sah sssssah……. ape ke bendenya tu... jawab le sendiri.

qaul masyhur , 12 rabi'ul awwal tarikh kelahiran Nabi s.a.w, itu pndapat ulamak. yg bantah kata hari isnin jatuh pada 9 rabi'ul awwal hanya brdasarkn dalil yg lebih lemah. Sbbnya hanya andaian saja iaitu : tarikh 12 tu sama tarikh wafat Nabi s.a.w 12 juga..

jwb-- tu crita lain. Tapi ke crita lahir, kenapa kaitkn tarikh wafat pulak.. tempat bahas pun tak jumpa. ape ke halnya ntah.

alasan no 2: ikut pndapat ahli falak.. hari isnin jatuh 9 bukan 12,,, ish2.. bila pulak pndapat falak boleh dibuat dalil mmbatalkan hukum?..kan ke falak hisab adalah darajatnya waham saja?..

alasan no 3: ibnu ishak lemah?.. ....... dan lagi2 ttng ibnu ishak. ..jwb-- cube datangkan , ulamak mana yang batalkan riwayat ibnu ishak tu... yg betul2 batalkan tarikh 12 tu le..

soal naqad personal ibnu ishak sja tak main le.

satu lagi , ape takde ke langsung atsar2 sahabat ke tabiin ke yg riwayat 12 tu?.. ke tak jumpe.

alasan no 4: ulamak itu , ulamak ini kata 12 tak betul..... jwb: ape kah yg kata 12 bukan ulamak juga kah. ape sayyid Ja'far al- barzanji bukan ulamak?. yg telah menghikayatkan qaul-qaul tarikh lahir Nabi s.a,w. Yg jumhur ulamak memilih 12 , itu yg masyhurnya.

terpilih dan diamalkan serata dunia dan dimuktamad kan.

Semua dalil-dalil dan hujjah pembantah maulid tidak tepat dan andaian saja dan bukan dalil.

sebab , takde pun dalam kaedah berdalil seperti yg diamalkan oleh pembantah. sebenarnya pembantah tidak mengikut metod pendalilan yg betul utk mmbntah maulid.

cara2 bantahan pembantah hanyalah kaedah yg carca marba.

ini boleh diperhatikan dgn teliti ...

09 Rabiulawwal 1429H

Dipetik daripada:Pondok Tampin

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dalil-dalil yang dikemukakan oleh pelajar pondok itu bukannya dalil ulamak Ahlissunnah, tetapi dalilnya sendiri semata-mata. Ini kerana tidak ada seorang pun di kalangan ulamak Ahlissunnah Waljamaah yang dahulu (salaf), bermula dengan para sahabat Rasulullah s.a.w., kemudian diikuti oleh para ulamak di kalangan tabien yang mengadakan sambutan maulidurrasul. Para Imam Mazhab Empat, Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam As-Syafie dan Imam Ahmad bin Hanbal tidak pernah mengadakan sambutan maulidurrasul. Demikianlah juga keadaannya, para Imam Hadis yang terkenal seperti Bukhari, Muslim, Tarmizi, Ibnu Majah, Abu Daud, Nasai dan lain-lain tidak pernah kedengaran di telinga kita mereka ini telah mengadakan sambutan maulidurrasul sebagaimana yang diadakan sekarang.

lagi di http://yapis.blogspot.com/2008/03/maulidurrasul-dengan-dalil-dalil-yang.html