::Teman Bersama::

Isnin, 18 Februari 2008

TASAWWUF IMAM HASSAN AL-BANNA

Assalaamu’alaikum warahmatullah wabarakatuh

Makluman Program PKPIM

KULIAH SYEIKH ROHIMUDDIN BIN NAWAWI AL-BANTENI
“TASAWWUF IMAM HASSAN AL-BANNA”

Tarikh:
18 Februari 2008 | 10 Safar 1429H

Tempat:
Surau Anjung Rahmat, Sekretariat PKPIM, Batu 6, Gombak

Masa:
7.00 petang


Syeikh Rohimuddin bin Nawawi al-Banteni merupakan cucu saudara kepada seorang ulama alam Melayu yang terkenal di Mekah yakni Syeikh Muhammad Nawawi bin Umar ibnu Arabi bin Ali al-Jawi atau Sheikh Nawawi Banten. Sheikh Rohimuddin mendapat pendidikan awalnya di Pesantren Cirebon Jawa Barat. Seterusnya di Pesantren Lirboyo.

Beliau seterusnya melanjutkan pengajiannya ke Universitas Syarif Hidayatullah di Jakarta. Kemudian beliau melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar, Mesir. Selain belajar secara formal, beliau juga belajar secara tidak formal dengan beberapa ulama’ yang terkenal di serata Indonesia, Mekah dan Mesir.
Buat masa ini beliau adalah merupakan di antara tenaga pengajar merangkap Pengetua di Dar Al-Hasani di Mesir, dan merupakan khalifah (muqaddam) kepada Sheikhuna Sidi Yusuf al-Hasani dalam thariqah asy-Syazuliyah ad-Darqowiyah.

Di samping itu, beliau juga giat member ta’lim kepada anak-anak Malaysia dan Indonesia yang menuntut di Mesir, di rumah-rumah dan di tempat-tempat organisasi mereka. Beliau juga sering menjadi tenaga pengajar jemputan di pelbagai pesantren dan organisasi.

Di samping juga bakal menjadi tenaga pengajar di Ma’ahad Az-Zein di Bogor bagi membantu Sheikh Muhammad Nuruddin al-Banjari. Beliau adalah seorang tokoh ulama’ kontemporari di dalam mazhab Asy-Syafi’e.

10 SAFAR 1429H

Tiada ulasan: