Mujahid Yang Sial
Dipetik daripada Kitab Empat Puluh Hadis-PENAWAR HATI-
Ertinya:
Daripada Abu Musa al-Asy'ari radhiallahu anhu bahawasanya seorang Arab Badwi datang kepada Rasulullah SAW.
Lalu bertanya: Ya Rasulullah, ada seseorang yang berperang dengan tujuan merebut harta rampasan, dan ada pula seseorang yang berperang dengan tujuan supaya disebut-sebut namanya, dan ada pula seseorang yang berperang dengan tujuan untuk memeperlihatkan betapa hebat perananya".
Dan dalam riwayat lain "Ada seseorang yang berperang untuk menunjukkan keberaniannya, dan ada pula seseorang yang berperang untuk membalas dendam keluarganya (kerana ada di antara keluarganya yang telah tebunuh dalam peperangan yang lalu)".
Dan dalam riwayat yang lain ada pula disebutkan: "Ada seseorang yang berperang kerana mahu melepaskan kemarahannya, maka yang di antara semua ini yang dianggap orang yang berperang FISABILILLAH?".
Rasulullah SAW menjawab: "Sesiapa yang berperang dengan tujuan supaya kalimah ALLAH SWT. (Agama Islam) menjadi tinggi maka orang itu sahajalah yang dikatakan berjihad FISABILILLAH"
Maka, yang perlu ditanyai, adakah segala usaha yang dilabur adalah untuk mendapat rahmat kasih ALLAH SWT semata-mata atau sekadar melepaskan batuk ditangga agar nama menjadi gah dan di pandang mulia di bumi kepunyaan ALLAH yang hanya singgahan ini.
almukminun
January 13, 2008
Tiada ulasan:
Catat Ulasan