::Teman Bersama::

Selasa, 10 Julai 2012

Lepasan Pondok



Lepasan Pondok.
Katanya sirr,
Sabarnya diam,
Ilmunya pada sanad Gurunya,
Hingga tiba alir Sayyiduna Muhammad SAW,

Lepasan Pondok,
Dikata akan dia,
Tidak sunyi berpahala,
Didatangi kerana amal ilmu,
Diziarahi kerana ampuh hujah,
Tenang walau susah,

Lepasan Pondok,
Tilamnya tidak empuk,
Atas lantai tidak berlapik,
Tazkirah susah,
Mencahayakan ibadah,
Yurannya tidak ribuan,
Amanahnya menyampaikan,
Mengajarkan,

Lepasan Pondok,
Rezekinya bermatian jauhi syubhah,
Pesan Ustaz Ustazah demi menjaga kelangsungan da'wah,

Lepasan Pondok,
Ada sudah menjadi Doktor Perubatan,
Menjadi Usahawan Nuklear,Perindustrian,
Kemas berketrampilan,
Menyumbang dana ziarah pra Habaib ke Malaya,
Tidak dimegah,

Lepasan Pondok,
Senyumnya manis,
Marahnya tidak,
Dilihat biasa,
Pemalu hatinya pada dunia.

Lepasan Pondok.
20 Syaaban 1433 H
http://jomfaham.blogspot.com/
http://almukminun.blogspot.com/2012/07/lepasan-pondok.html

Tiada ulasan: