Masjid al-Muttaqin Equine Park Kembali Ke Pangkuan ASWJ
Setelah
sekian lama dikuasai wahhabi, (dahulu Surau) Masjid
al-Muttaqin Taman Equine, Seri Kembangan dikembalikan di bawah Ahli
Jawatankuasa baharu selaras dengan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri
Selangor Pindaan 2001, Perkara 8. Ia diputuskan oleh Majlis Agama Islam
Selangor (MAIS) setelah JAIS mendapat pelbagai aduan bersabit pelanggaran
peraturan.
Masjid
al-Muttaqin Taman Equine subur dengan pelbagai aktiviti yang dituntut oleh
syariat. Pelbagai program dianjurkan dari majlis-majlis ilmu, sambutan Maulid
Sayiduna Muhammad SAW, Isra’ Mi’ raj, aktiviti motivasi remaja, bacaan Yassin,
tahlil dan pelbagai lagi.
Namun,
segala-galanya berubah apabila AJK masjid sesi 2009 hingga 1 Jun 2012 mengambil
alih. Segala program, sambutan hari kebesaran Islam dan amalan-amalan yang
dituntut oleh syariat segera dihapuskan atas nama “HAPUSKAN Bid’ah”. Masjid al-Muttaqin dikenali oleh umat Islam
disekitar Lembah Kelang sebagai “Markas Ampuh ASWJ”. Segala aktiviti meragukan
dari kalangan wahhabi atau syiah segera disekat tanpa diizin bertapak walau
seinci. Namun apa yang berlaku?
Salah
seorang yang lama mengajar disini ialah al-Fadhil Ustaz Don Daniyal Don
Biyajid, serta puluhan asatizah ASWJ lain apabila kuliah mereka dihentikan
tanpa sebarang makluman. Hatta panggilan telefon dan pesanan ringkas.
Apa yang berlaku
kepada Masjid al-Muttaqin merupakan malapetaka peringatan awal buat seluruh
pejuang ASWJ. Kelekaan, kelalaian, kesibukan para pejuang ASWJ dengan melupakan
keutamaan isu yang utama boleh dikatakan punca utama jatuhnya Masjid
al-Muttaqin ke tangan wahhabi.
Berlaku Rampasan Wahhabi
Segala-galanya
bermula dengan sikap sambil lewa dengan menjemput penceramah wahhabi. Atas nama
“tahu ilmu” membuatkan kesilapan menjemput penceramah-penceramah tersohor di “TV”
tanpa mengenali sanad ilmu menjadi jerat memakan tuan. Permulaan ceramah
bertaqqiyyah dibalik nama Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Setelah mendapat tempat
dihati kariah, isu-isu khilaffiyah dijadikan bahan ceramah. Ustaz Rasul Dahri
yang terkenal dengan fahaman wahhabi pernah ditahan di Masjid ini atas
kesalahan mengajar tanpa tauliah.
Penceramah-penceramah
wahhabi mula bertanya kepada AJK dan kariah mengenai persoala-persoalan
khilaffiyyah. Tanya tanpa jawab akhirnya menjadikan para penceramah dilikat
berilmu berbanding asatizah ASWJ yang sekian lama mengajar di Masjid tersbut.
Imam al-Shatibi
R.A. menulis:
Sesungguhnya perbezaan pendapat yang terjadi pada
zaman sahabat hingga ke hari ini berlaku adalah dalam masalah-masalah
ijtihadiyyah. Pertama kali ia berlaku pada zaman Khulafa' al-Rasyidin dan
sahabat-sahabat yang lain, lalu berterusan sehingga zaman para tabi'en dan
mereka tidak saling mencela di antara satu sama lain.
[al-I'tisom
2/191]
Ketika ini
bermula tentangan lantang dari kalangan AJK dan kariah yang faham terhadap
isu-isu yang diungkapkan oleh para penceramah wahhabi. Maka, berlakulah
perdebatan yang dianalogikan sebagai “tin mana yang diketuk berbunyi kuat, maka
dialah yang lebih berilmu dan katanya jitu”.
Maka,
berlakulah pelbagai siri perbalahan khusus membicarakan perihal khilaffiyyah.
Di antara Ustaza-Ustaz wahhabi dan ahli kariah yang beremosi untuk
mempertahankan aqidah yang benar. Walaubagaimanapun, emosi tidak memungkinkan
berjayanya diskusi. Akhirnya, kariah-kariah tersebut mengiyakan apa yang
dihujahkan oleh para Ustaz wahhabi. Maka patuhlah mereka kepada fahaman bid’ah
yang dibawa.
Berlaku
usaha kaki fitnah yang cupa memusingkan cerita sebenar dengan tuduhan kononya
ia usaha pihak-pihak tertentu dari Pakatan Rakyat dalam menjatuhkan kepimpinan
AJK 2009-2012. Sebagaimana pesan saya, mengenali lama sifat wahhabi, apabila habis
hujjah maka ditaburnya fitnah.
Kesan
Akibat
paling ketara ialah para asatizah yang dahulunya begitu ampuh mengajarkan
aqidah ASWJ dibuang jauh. Muka-muka baharu Ustaz-Ustaz wahhabi dijemput
meramaikan memberi penggisian. Kebanyakkan dari mereka tidak memiliki tauliah
mengajar dari JAIS. Maka, bertebaranlah caci maki terhadap apa sahaja yang
berkaitan dengan Akidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Bertambah kecamuk kariah Masjid
al-Muttaqin dengan ajaran-ajaran keras daripada pemuka wahhabi. Pada awal kehadiran
pendakwah wahhabi ini, kariah Masjid al-Muttaqin bersangka baik. Lama-kelamaan
jumlah kehadiran menurun mendadak. Paling jelas, kanak-kanak dan remaja menjadi
dingin untuk turut sama mengimarahkan Masjid akibat tindak tanduk kasar para
AJK dan Imam yang terpengaruh dengan kesombongan akhlak wahhabi.
Tindakan
memburuk dan mengaibkan para penceramah terdahulu di kalangan asatizah ASWJ,
disangkakan oleh wahhabi ini akan menjauhkan kariah dari kecintaan terhadap
mereka. Ternyata, firman ALLAH ini menjadi azimat berangkai :
"Katakanlah, hai ahli k
tab, janganlah kamu berlebih-lebihan (melampaui batas) dengan cara tidak benar
dalam agamamu. Dan, janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang telah
sesat dahulunya (sebelum kedatangan Muhammad), mereka telah menyesatkan
kebanyakan (manusia), dan mereka tersesat dari jalan yang lurus. "
[Surah al-Maidah : 77]
Satu
peristiwa yang tidak dapat dilupakan ketika mana menguruskan jenazah salah
seorang kariah. Usai, solat jenazah, ahli keluarga jenazah yang dekat dan jauh
bertanyakan kepada Tuan Imam, mengapa tidak didoakan jenazah. Di Makkah sendiri
selepas usai solat jenazah, Imam akan membacakan doa. Dijawab dengan sombong : “..itu
bid’ah..”Begitu halnya apabila selesai mengembumikan jenazah, talqin tidak
dibacakan walaupun ia menjadi uruf setempat. Keresahan berlangsung lagi apabila ahli
keluarga jenazah berhajat memberi sedekah untuk diadakan majlis bacaan Yassin
dan Tahlil pada malamnya. Untuk makluman, malam tersebut bukanlah malam Jumaat
sebagaimana kebencian wahhabi terhadap majlis bacaan Yassin pada malam Jumaat. Dengan angkuh dikatakan oleh AJK Masjid : “...kami
tak buat bid’ah..”
Pengajaran
Serahkan sesuatu
urusan kepada ahlinya. Dalam hal yang berlaku, kekuatan Masjid al-Muttaqin yang
ampuh dari diancam dari kekeliruan akidah lain, akhirnya musnah disebabkan
dipertahankan oleh orang yang bukan ahlinya. Sebagaimana debat-debat emosi yang
beralngsung. Serahkan kepada yang berkeahlian dalam mendepani mereka dnegan
hujah yang jitu.
قُلۡ هَلۡ
يَسۡتَوِى ٱلَّذِينَ يَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِينَ لَا يَعۡلَمُونَۗ إِنَّمَا
يَتَذَكَّرُ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ (٩)
Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan
orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat
mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.
[Surah
az Zumar : 9]
Jangan
sesekali memberi ruang yang kecil kepada pendakyah wahhabi yang akhirnya akan mengakibatkan fitnah berangkai terhadap
kesinambungan perjuangan ulama ASWJ. Usah memandang enteng akan BAHAYA ancaman
WAHHABI, SYIAH dan AJARAN SESAT lainnya.
Buat AJK
Masjid al-Muttaqin, atau mana-mana AJK
Masjid di Malaysia ini, insaflah, bahawa amanah yang anda terima dari undi
kariah merupakan soalan wajib yang akan ditanya akan usaha anda dalam
membangunkan institusi ummah. Jawatan bukan kebanggan melainkan penderitaan di
dunia yang pati manisnya anda kecapi di akhirat nanti.
Saya tidak
akan terkejut JAIS selepas ini pasti akan dihentam dari kiri dan kanan. Sebagai
contoh dalam ucapan daripada Peguam kepada seorang tokoh “tersebut” yang mana
dijatuhkan hukuman bersalah kerana mengajar tanpa tauliah yang sah baru-baru
ini. JAIS atau mana sahaja Jabatan agama dijadikan tempat melepaskan rasa marah
hasil kejayaan syaitan menguasai rasional diri. Moga Tuan-Puan yang berada di
Jabatan Agama terus istiqamah dibekalkan oleh ALLAH kekuatan dan ingatan akan
niat dalam mempertahankan agenda ummah dari ancaman penyelewengan akidah.
WALLAHU’alam
اللهم صل على
سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم
Alfaqir ilallah
: almukminun
4 Sya’aban
1433H/24JUN2012
7 ulasan:
Alhamdulillah..
sebelum ni ana biasa ke sana.. dan memang benar amat kuat wahabi di situ.. termasuklah para imamnya.
tuan blog, tulisan tuan sangatlah banyak kelemahannya.fakta tuan kabur dan ada kalanya tidak betul.jemaah dr kanak kanak dan remaja ramai, mereka belajar tajwid dari salah seorang jemaah yg mengajar secara percuma.remaja?ada walau tak ramai, tuan tengoklah di surau atau kariah tuan sendiri berapa jumlah remaja yg konsistant mengimarahkan masjid...masalah sejagat...
membaca tulisan tuan punya blog berkaitan wahabi seolah2 hampir sama dengan membaca memorandum syiah kpd yg dipertuan agung, ayat2nya hampir sama, serangan kpd wahabi seperti menggunakan laras bahasa yg sama, pendakwaan dan keinginan terus mengamalkan berbagai bentuk ritual syiah yg banyak itu juga sama saja nadanya.yg saya kecil hati dan sedikit terkilan, kenapa hujah tuan blog hampir sama dengan gesaan penulis memorandum syiah kepada YDPA?
dan jangan lah menyangka tiada sekelumit kekurangan pada ajk baru yg diwar warkan sebagai aswj sejati itu, fikrah mereka berbagai, niat mereka juga hanya ALLAH yg tahu.persepakatan ad hoc dan kaedah petik dan terima dengan berlandaskan "patuh kpd jemaah" wala' dan sebagainya hanyalah percintaan dan kasih sayang sementara.kedinginan memandu di subuh hari merentas jarak berkilo meter dan melepasi birai bumbung atap beberapa surau dan masjid lain hanya kerana ingin memikul beban tambahan bukanlah satu hiburan yang boleh bertahan lama, penolakan menguruskan jenazah mereka yg berharap dengan apa alasan sekalipun tidaklah mengharumkan nama pentadbir sesebuah masjid.perhatikan juga tajwid mereka yg bergelar imam dan bukan Imam yg terpaksa menjadi imam terjun disebabkan "absent"nya mereka yg sepatutnya diamanahkan menjadi imam.sebagai anak kariah, saya bersimpati dengan ajk baru, terperangkap antara manhaj dan hizb, antara wala tanpa bara" dan bebanan yg diarahkan pikul oleh pencatur atasan., di saat masjid kariah lain begitu ingin diimamkan, perhatikan juga surau di kawasan sendiri.
Syiah laknatullah :)
ALHAMDULILLAH, terima kasih Tuan atas label yg diberi. Saya tak sesekali berani menulis jika tidak merasai.
Apapun, saya sedekahkan buat Tuan al-Fatihah, semoga ALLAH mudahkan urusan Tuan sekeluarga.
اللهم لا تجعل لفاجر على يدا فيحبه قلبي
dari wahabi tukar ke syiah...baik aku wahabi xpa...huhuhuh
Kau n betul2 syiah la..memang perosak agama islam waahai almukminun..
Catat Ulasan