Setiap 1 jam, 25 kematian di kalangan kanak-kanak Somalia,
Saya tidak mampu untuk menyusun bicara,
Wajah-wajah mulus anak-anak Somalia cukup menjentik rasa,
Saya melihat hidangan makanan yang tersedia di hadapan mata,
Terlihat penderitaan mereka,
Kita walaupun berpuasa,
Tidak sama perasaan, kekosongan, kelaparan yang dirasai oleh mereka,
Kita penuhi perut dengan lambakan lemak, vitamin, zat tanpa sisa,
Mereka,
3.7 juta kelaparan, 800,000 darinya ialah kanak-kanak,
Masyarakat dunia sudah tiada deria,
Sudah tidak ambi peduli kedhaifan-kebuluran anak-anak Somalia,
Tuan-Puan, perhatikan wajah-wajah anak-anak kita,
Bandingkan nasib mereka dengan anak-anak Somalia,
Kiranya apa kita sanggup melihat keadaan ini terjadi di kalangan kita,
Seolah-olah terbit diminda ;
"Masalah ini tidak mungkin berlaku di Malaysia"
Barangkali esok atau lusa hari kita,
Atau kemalasan anak-anak mendoakan saat kita tiada,
Sebagai penganti rasa beban kita menghulur sedekah di dunia,
Inilah tasawuff Ramadhan, yang menuntut pelakuan melebihi perkataan.
http://almukminun.blogspot.com/
15 Ramadhan 1432H
Isnin, 15 Ogos 2011
Tabung Kemanusiaan Somalia
Posted by almukminun at 4:01:00 PTG
Labels: muhasabah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Saya baru balik dari utara Somalia (Somaliland)dan mendapat beberapa maklumat penting berkaitan situasi ini. Memang benar kebuluran berlaku tetapi apa yang menjadi isu adalah banyak pihak telah memutar belitkan situasi dan meminta bantuan dari pelbagai pihak atas nama Somalia. Namun bantuan itu tidak sampai sepenuhnya kepada mereka yang memerlukan. Pelbagai isu tempatan di Somalia dan Ethopia yang menyebabkan bantuan itu tidak sampai. Paling menyedihkan ada pihak2 yang mengambil keuntungan dari bantuan yang diberi (termasuk UN). Jadi ape yang penting disini adalah sekiranya kite ingin membantu, hendaklah salurkan kepada badan yang betul2 amanah dan terbukti memberi bantuan pada mangsa2 tersebut.
Jazakallah atas pencerahan Tuan. Barangkali boleh tuan kongsikan pengalaman,syarat,kaedah untuk bantuan dihulurkan buat saudara kita di Somalia. adapun, poster yang alfaqir kongsikan merupakan usaha daripada pihak GPM yang berada dibawah ABIM. Wallahu'alam
Catat Ulasan