::Teman Bersama::

Isnin, 21 Februari 2011

Revolusi Mesir : Dr Asri berhati-hatilah ketika mengkritik Ulama'



REVOLUSI MESIR : Dr Asri Zainul Abidin hati-hatilah ketika mengkritik Ulama'



Dr Maza tidak setanding Dr Ali Juma'h




Saya rasa tersentak apabila ulama' idola pelajar-pelajar Al-Azhar Mufti Mesir dikritik kasar oleh Dr Asri Zainul Abidin di laman beliau http://drmaza.com/home/?p=1354.






Dr Maza sepatutnya menilai terlebih dulu ilmu yang beliau miliki dan mengkaji punca seseorang ulama' mengeluarkan fatwa sebelum melemparkan fitnah dan tuduhan kepada Ulama' mujtahid yang kini dilantik menjadi mufti Mesir. Dr Maza juga sebelum ini dengan mudah memperlekeh Syeikh Ramadan Al-Buti dengan mengatakan "Al-Buti ulama' kerajaan". Saya nasihatkan Dr Maza perlu berhenti "kurang ajar dengan ulama"



Seandainya anda sampai ke Masjid Al-Azhar, boleh dikatakan majoriti-majoriti syeikh-syeikh yang mengajar di sana murid kepada Dr Ali Juma'h. Keilmuan beliau jelas lebih tinggi daripada Dr Maza. Saya rasa Dr Maza perlu mengetepikan fahaman tauhid yang di pegang oleh beliau dan tidak menjadikan ianya dasar umtuk menghentam ulama'2 yang tak sehaluan dengan beliau.




Sebab Dr Ali Juma'h suruh rakyat Mesir pulang ke rumah




Pada awal demonstrasi Dr Ali Juma'h telah diminta untuk mengeluarkan fatwa tentang demonstrasi yang dilakukan oleh rakyat Mesir tetapi beliau enggan menunjukkan sokongan beliau kepada rovolusi yang cuba dilakukan oleh rakyat Mesir.




Selepas Husni Mobarak mengumumkan beliau tetap akan mengekalkan jawatannya timbul satu kumpulan demonstrasi pro Husni Mubarak. Kumpulan ini telah bertindak ganas dengan menyerang kumpulan yang menentang Mubarak. Kesannya wujud pertempuran antara kedua-dua kumpulan lantas menyebabkan kematian dan kecederaan. layari http://gate.ahram.org.eg/News/36551.aspx



Ketika itulah Dr. Ali Juma'h mengeluarkan fatwa supaya peserta-peserta demonstrasi pulang ke rumah bagi mengelakkan pertumpahan darah terus terjadi sesama muslim kerana tidah mahu mereka tergolong dalam golongan ahli neraka sepertimana sabda nabi: " Pembunuh dan orang yang dibunuh akan masuk ke neraka."





Tuduhan Dr Maza amat tidak berasas, beliau tidak melihat situasi di Mesir ketika itu. Tuduhan beliau yang mengatakan Dr Ali Juma'h hanya berfatwa perkara-perkara furu' dalam feqh dan ilmu kalam perlu dikaji, kerana Asri bukanlah anak murid Dr Ali Juma'h, jauh lagi kalau nak digolongkan orang yang sentiasa berada di samping Mufti Mesir.




Insaflah..




Saya amat berharap Dr Maza bertaubat, insaf terhadap kelancangan beliau dan meminta maaf kepada semua ulama' yang telah diperlekeh oleh beliau. Dr Al-Qaradawi yang menjadi tokoh pujaan Dr Maza amat beradab ketika bercakap dihadapan Dr Ali Jumaa'h dan Dr Ramadan Al-Buti, Saya rasa Dr Asri perlu lebih beradab.




5:29 09-02-11
Iskandariah Mesir.
http://as-syazuli.blogspot



Inilah bahana kehilangan adab dan ta'dib dalam hati. Segala perkara yang berlaku dijadikan hujjah nafsu kerana apa? Kerana Dr MAZA punyai rasa BENCI, DENDAM KESUMAT dan beliau berhujjah atas kelancangan mulut demi populariti. Mahu kehadapan untuk menjadi Mufti 1 Malaysia lagi serba tahu.



Tidak nampakkah lagi akan bezanya orang yang mengetahui dan membuta tuli menaburkan fitnah kerana iri hati dan hasad dnegki. Inilah insan yang diberi nama akannya Dr. Mohd Asri Zainul Abiddin. Beliau pantas mengeluarkan kenyataan walaupun dia tahu dan arif akan firman ALLAH SWT :



"Bertanyalah kepada ahlu dzikr jika kalian tidak mengetahui." [An Nahl: 43]



Tetapi tidak kepada Asri, beliau berasa takjub dengan kelebihan yang dimilikinya. Habis semua ulama dikatakan menyeleweng daripada aqidah sebenar. ALLAHU ALLAH. Dia mahukan semua manusia memandang jijik kepada institusi ulama. Lihat apa tuduhan beliau terhadap Institusi Mufti di Malaysia kini Ulama ulung Sheikh Ali Jumuah abad ini ditohmah oleh kebiadaban mulut sama Asri. Akhlak apa yang mahu ditonjolkan oleh Asri disisi pengikut "Islam Progresif" beliau?



Asri tetap Dr Asri yang dilahirkan sebagai manusia yang bersifat melulu dalam tindakannya. Malangnya, beliau menjadi ikutan segelintir insan yang sedang mencari ALLAH Subhanahu Wa Taala sebagai Rabb Yang Esa lagi Wujud Tidak Bertempat, kerana sedar akan tanggungjawab untuk berbaik sangka kepada Asri, maka segala kelemahan hujjah dan kedangkalan pemikiran beliau akan dimuzakarahkan oleh para alim-ulama kami yang ahli dari kalangan Ahlu Sunnah Wal Jamaah tanpa membabaitkan para wahabbiah-syiah-liberal. Semoga saya-tua-puan mendapat rahmat kasih ALLAH Subhanahu Wa Taala.



faqirilallah : almukminun



http://almukminun.blogspot.com/2011/02/revolusi-mesir-dr-asri-berhati-hatilah.html

4 ulasan:

fathullah al-haq berkata...

bagi pendapat saya, jgn terlalu taksub kepada mana2 guru, kerana mereka tidak maksum apatah lg terlepas dari sebarang kesilapan.. kita dari golongn yang mempelajari ilmu, perlu mengetahui bahawa ada pendapat2 ulama yg perlu dikritik dan dihalusi.. mungkin ada dari kalangn mereka yg sngt syadid dlm mengeluarkan pendapat dan kritikan..

Tanpa Nama berkata...

Saya dah lama hilang kepercayaan dengan bekas mufti Perlis ini. Sebahagian dari keceluparan beliau boleh dilihat di sini:
http://www.youtube.com/watch?v=0TyBYrTdCRk"

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Saya amat setuju dengan artikel ini. Bagi yang berakal, motif artikel dia hanyalah untuk mengutuk Dr Ali Jumaa'h, kerana yg kononnya dikecewakan hanya fatwa melarang pertempuran antara rakyat dan kerajaan, tetapi kenapa perlu meleret sehingga mempersoalkan keilmuan Dr Ali yg telah jelas, malahan mempertikaikan perlantikan syekh sebagai mufti. Nampak jelaskan, artikel adalah cubaan menjatuhkan kredibiliti Dr Ali dikalangan pengikut dia. Bagaikan anjing menyalak ke gunung, masakan dia yg tidak pandai manapun, jadi mufti perlis, malahan Dr, Harun Din, Hasan Din dan ramai lagi yg boleh dilantik menjadi mufti perlis. Kebijaksanaan Dr. Ali dimana beliau menguasai pelbagai bidang ilmu tidak seperti dia yg cetek, malahan bukan pelajar yg cemerlang ketika belajar pun. sigh..... Orang berakal pasti akan mengikuti orang berakal, masakan dia nih layak nak memimpin bahtera perubahan.

muslim_uia berkata...

assalamu'alaikum. Allahu Allah, berkata Guru kami; al Syaikh Dr Nur al Din 'Ali Jumu'ah Hafizhohullah ini 'alim dlm empat mazhab dan mempunyai sanad kepada keempat2nya. dan al Fadhil al Syaikh juga seorang yg 'alim dlm usul fiqh.

Inilah masalahnya jika manusia2 yg tidak mengerti hakikat para ulama', semua merasakan diri 'alim. Allahu Allah.

Ambil sahaja contoh berADABnya ulama' dgn ulama'.

al Imam al Kabir al Hafiz al Mujadid Zain al Din al 'Iraqi Radiyallahu Ta'ala 'anhu ketika beliau mentakhrij hadith2 dlm kitab Ihya' 'Ulum al Din li al Imam al Kabir al 'Arif Billah al Hujjah al Islam al Mujadid al Ghazzali Radiyallahu Ta'ala 'anhu.

Beliau apabila tidak menemui akn riwayat hadith di dlm kitab Ihya', maka al Hafiz al 'Iraqi akan mengatakan; aku tidak menjumpai hadith ini.

Nah, bagaimana pula kita yg BUKAN ulama' nk mengkrtik ulama'? Perlu difahami, jikapun kita berbeza pendapat dgn mereka, ULAMA' perlu diutamakan adab2 dlm bermu'amalah dgn mereka.

Wallahu Ta'ala A'lam.