::Teman Bersama::

Ahad, 27 Februari 2011

Insan Termulia di Kalangan Yang Biasa






























Insan Termulia Di Kalangan Yang Biasa





Apa yang Tuan-Puan fikirkan mengenai seorang lelaki bersikap amat mulia, beliau lahir dan dibesarkan di celah-celah kematian demi kematian orang-orang yang amat mengasihinya dan dia teramat mengasihi akan mereka? Lahir dari rahim sejarah, ketika tidak seorangpun mampu menggugat keperibadian selain kemuliaan keperibadiannya sendiri. Beliau merupakan produk ta’dib Rabbani (didikan Tuhan) yang menyejukkan matahari dalam panasnya dan menggetarkan jutaan bibir dengan sebutan namanya, saat muadzin mengumandangkan suara azan. ALLAH....ALLAHU ALLAH...









Di rumahnya tidak dijumpai perabot-perabot mahal yang menjadi gilaan para pembesar negara, raja, sultan juga tidak mempunyai ramainya pengikut melainkan dirinya yang mulia. Beliau makan di lantai seperti budak, sehingga para pencintanya tidak mampu membezakan dirinya yang mulia di kalangan para sahabat disisinya. Tidak seorang pembantunya yang pernah mengeluh pernah dipukul atau diperlakukan sehinanya daripada tangannya yang mulia.










Dalam kesibukannya, beliau masih mampu bertandang ke rumah puteri dan menantu tercintanya, Fathimah Azzahra dan Ali bin Abi Thalib. Fathimah merasakan kasih sayangnya tanpa membuatnya menjadi manja atau kehilangan sifat berdikari. Saat Bani Makhzum memintanya membatalkan hukuman hudud diatas kesalahan jenayah seorang wanita bangsawan, Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam menegaskan: Sesungguhnya yang melakukan kebinasaan orang-orang sebelum kamu ialah, apabila seorang bangsawan mencuri, tetapi mereka biarkan dia dan apabila yang mencuri itu seorang rakyat jelata, maka mereka tegakkan hukum keatasnya. Demi ALLAH, seandainya Fathimah anak Muhammad mencuri, maka Muhammad tetap akan memotong tangannya.”









Hari-hari Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam penuh dengan kerja dan intaian bahaya. Tetapi tidak menghalanginya untuk lebih dari satu atau dua kali berlumba jalan dengan Humaira, sebutan kesayangan yang Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam berikan untuk Aisyah binti Abu Bakar Asshiddiq. Masih adakah lelaki, suami di kalangan kita hari ini yang menyantuni wanita, isteri sebagaimana Sayyiduna Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam muliakan wanita? ALLAH....










Lambang kecintaan, paduan kecerdasan, dan pesona diri dijalin dengan penuh hormat dan kasih kepada ayahnda isteri Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam yang diberi gelar Asshiddiq, sesuai dengan namanya “yang membenarkan”. Suatu kewajaran yang menakjubkan ketika dalam sibuknya Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam masih sempat memerah susu kambing serta menampal pakaian Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam yang koyak. Tidak membebankan para isteri Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam. Wahai pemilik akhlak terindah, semoga kami menyantuni keindahan akhlakmu wahai Nabi Shollallahu Alaihi Wassalam.










Setiap kali para sahabat atau keluarganya memanggil, Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam menjawab: “Labbaik”. Dialah yang terbaik dengan karisma di luar rumah, namun Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam masih seorang ketua keluarga terbaik ketika Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam berada di rumah.








Di bawah pimpinannya, lelaki menemui jati dirinya sebagai lelaki, pada masa yang sama wanita yang menjadi simbol kehinaan dizaman jahiliah mendapat kedudukan amat mulia di sisi masyarakat. “Sebaik-baik kamu ialah yang terbaik terhadap keluarganya dan akulah orang terbaik di antara kamu terhadap keluargaku.” “Tidak akan memuliakan wanita kecuali seorang mulia dan tidak akan menghina wanita kecuali seorang hina.” demikian sabda Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam.









Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam bersama barisan mujahidin didalam 27 kali pertempuran secara langsung (ghazwah) atau diketuai dikalangan para sahabatnya (sariyah) sebanyak 35 kali, di dalam pertempuran-pertempuran tersebut, Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam masih sempat mengajarkan Al-Qur’an, sunnah, hukum-hakam, kepimimpinan, menerima delegasi asing, memimpin rumahtangga bahkan hubungan yang paling khusus dalam keluarga tanpa kehilangan adab dan wibawa. Sedangkan waktu berlangsungnya di antara dua petempuran itu tidak lebih dari 1 hingga 7 bulan. Itulah kepimpinan yang ditinggalkan oleh Sayyiduna Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam kepada umat Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam sehingga zaman mutakhir ini.











Rahsia keindahan ALLAH Subhanahu Wa Taala terus dihulurkan kepada kita dengan munculnya hadith ini kepada kita, sehingga sampailah ucapan mulia ini dari lisan manusia yang paling suci dan indah :






كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ


“Setiap kalian adalah pemimpin, dan setiap kalian akan diminta bertanggungjawab atas yang dipimpinnya”










Jika terdetik contoh diminda Tuan-Puan, usah pantas membandingkan kepimpinan negara. Kita cermin dahulu diri kita sebagai pemimpin kepada wanita, adakah sudah tertunai hak wanita dengan menghormati kemuliaan mereka? Tidak berdua-duaan sebelum akad nikah? Suami melarang isteri daripada mendedahkan aurat? Meninggi suara? Lelaki yang menaungi sebagai ketua jabatan, melaksanakan amanahnya dengan berkesan tanpa salah guna kuasa?








Tuan-Puan, tiada manusia di muka bumi ini yang setiap saat dan peristiwa didalam hidupnya dicatatkan sebagai sejarah berharga sehingga kekal selama 1432 tahun lamanya. Suatu hari datanglah ke masjid seorang Arab disebalik gunung yang belum mengerti adab di masjid. Tiba-tiba dia kencing di lantai masjid yang beralaskan pasir. Para sahabat sangat marah dan hampir memukulnya. Sabdanya kepada mereka : “Jangan, biarkan dia selesaikan hajatnya.” Sang Badwi kagum dengan akhlak Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam, dia mengangkat tangannya seraya berdoa, “Ya ALLAH, kasihilah aku dan Muhammad. Jangan kasihi seorangpun bersama kami.” Dengan tersenyum Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam menegur Badwi tadi agar tidak mempersempitkan rahmat ALLAH hanya kepada mereka berdua sahaja. ALLAHU ALLAH...









Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam kerap bergurau senda dengan para sahabatnya, berhubungan rapat dengan mereka, bermain dengan anak-anak, bahkan memangku mereka di pangkuannya. Tidak dizaman kita, sering memperolokkan teman-taulan sebagai bahan hiburan sehingga mereka berkecil hati. Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam menerima undangan mereka yang merdeka, budak lelaki atau budak perempuan juga kaum miskin. Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam tidak kekok menziarahi rakyat yang sakit walaupun berada jauh di Madinah. Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam menerima permohonan maaf orang yang menyakiti Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam walaupun seberat mana kesakitan yang dialami Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam.









Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam pada kebiasaannya terlebih dahulu memberi salam dan berjabat tangan kepada sesiapa sahaja yang menjumpainya dan tidak pernah menarik tangan itu sebelum sahabat tersebut yang menariknya. Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam tidak pernah menjulurkan kaki di tengah sahabatnya sehingga menyempitkan ruang bagi mereka samada ketika di masjid atau seharian bersama. Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam memuliakan sesiapa sahaja yang datang, kadangkala Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam membentangkan bajunya yang membaluti tubuhnya yang mulia. Bahkan Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam memberikan alas duduknya dan dengan bersungguh-sungguh Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam memanggil mereka dengan nama yang paling mereka sukai. Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam memberi mereka kuniyah (sebutan bapa atau ibu kepada si Fulan). Tidak pernah Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam memotong pembicaraan orang, kecuali jika mereka berlebihan didalam bicara. Apabila seseorang mendekatinya ketika Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam menunaikan solat, Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam segera menyelesaikan solatnya dan segera bertanya apa yang dihajatkan oleh mereka.









Pada suatu hari ketika berada didalam khemah di medan pertempuran, Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam bersabda: “Seandainya ada seorang yang soleh mahu mengawalku pada malam ini”. Dengan kesedaran dan cinta yang tinggi, beberapa sahabat mengawal khemah Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam. Di tengah malam terdengar bunyi bising yang mencurigakan. Khuatir sesuatu tidak baik berlaku, para sahabat bergegas ke arah bunyi tersebut. Ternyata Sayyiduna Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam telah berada disana mendahului mereka, Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam sedia tegak segak diatas kuda tanpa pelana, “Bertenang, hanya angin gurun,” sabda Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam. Nyatalah bahawa keinginan Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam supaya adanya pengawal itu bukan kerana takut atau manja, tetapi suatu tarbiyyah disiplin dan kesetiaan kepada para sahabat.









Ummul Mukminin Aisyah RA berkata: “Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam wafat tanpa meninggalkan makanan yang biasa dimakan oleh makhluk hidup, selain seikat gandum dalam simpananku. Saat ruh Sayyiduna Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam dijemput, baju besinya masih digadaikan kepada seorang Yahudi dengan harga 30 gantang gandum.” ALLAHU ALLAH. Kemiskinan Nabi kita Sayyiduna Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam menjadi isyarat jelas kepada umat manusia, betapa harta bukan syarat bahagia untuk menggegarkan dunia. Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam mencahayai seluruh alam walaupun berupaya mengenggam harta dunia.









Sayyiduna Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam ketika berangkat menunaikan haji dengan kenderaan yang sangat sederhana dan pakaian tidak melebihi 4 dirham harganya, Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam berdoa, “Ya Allah, jadikanlah haji ini tidak mengandungi riya dan sum’ah.”










Ketika kemenangan besar semasa Makkah ditakluk dengan sejumlah besar pasukan muslimin, Sayyiduna Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam menundukkan kepalanya yang mulia, sehingga nyaris menyentuh punggung untanya sambil mengulang-ulang tasbih, tahmid dan istighfar. Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam tidak mabuk dengan kemenangan.










Perhatikanlah kemenangan yang diraikan kita didunia ini. Kemenangan yang pada awalnya membawa hampirnya kita kepada ALLAH Subhanahu Wa Taala, tetapi menjadi ia sia-sia kerana rosaknya akhlak. Kita mencerca pihak lawan yang tewas dengan hinaan provokasi, seolah-olah mereka berkedudukan hina jika mulut kita berbicara.









Betapapun sukarnya mengecapi lautan kemuliaan yang dimiliki insan kamil ini, beberapa kalimat ini pasti membuatkan kita menyesal kerana tidak mencintainya atau tidak menggerakkan bibir mengucap sholawat ke atasnya: “Semua nabi mendapat hak untuk mengangkat doa yang tidak akan ditolak dan aku menyimpannya untuk umatku kelak di padang mahsyar nanti.” ALLAHU ALLAH...mulianya peribadimu duhai Nabi Shollallahu Alaihi Wassalam. Apakah akan ada ruang buat diriku yang penuh noda dosa ini disaat umatmu mengharapkan syafaat darimu.









Ketika masyarakat Thaif mencederakan dan menghina Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam, malaikat penjaga bukit menawarkan untuk menghimpit mereka dengan bukit. Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam menolak, “Jika tidak mereka, aku berharap keturunan di sulbi mereka kelak akan menerima dakwah ini, mengabdikan diri mereka hanya kepada ALLAH sahaja dan tidak menyekutukan-Nya dengan apapun.”









Barangkali dua kata kunci ini menjadi gambaran kebesaran jiwa Penghulu segala Nabi kita ini. Pertama,
ALLAH, sebagai sumber kekuatan yang Maha dahsyat, kepada-Nya Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam begitu yakin menumpahkan semua keluhannya. Inilah yang membuatkan Junjungan Mulia Sayyiduna Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam amat tabah menerima segala risiko perjuangan, walaupun dijauhi kaum kerabat, sahabat yang membenci, dan khalayak yang mengusirnya dari negeri yang dicintai Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam. Kedua, Ummati, ya itu nama KITA, nama terkandung didalamnya saya-isteri-ibu-bapa-tuan-puan didalam lafaz “UMMATI” segala hamparan akal, nafsu dan perilaku yang menentang untuk dibongkar, dipasang, diperbaiki, ditingkatkan dan diukir oleh Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam dengan berjiwa besar, amanah, sabar dan tertib dalam memimpin ummah.









Ya, Ummati, apa masih tidak cukupkah semua keutamaan ini menggetarkan hatimu dengan cinta, menggerakkan tubuhmu dengan sunnah dan qudwah serta mulutmu dengan ucapan sholawat? ALLAH tidak mencukupkan pernyataan-Nya bahawa Sayyiduna Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam dan para malaikat bersholawat ke atasnya [Surah Al Ahzab: 56], justeru Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam menyatakan dengan begitu menyentuh jiwa dan rasa perintah tersebut, “Wahai orang-orang yang beriman, bersholawatlah atasnya dan bersalamlah dengan sebenar-benar salam.”









WALLAHU’alam



Buat Faqir dan yang mahu peduli.




Allahumma shalli ‘alaihi wa’ala aalih!



Ana faqirilallah Al-GHANIY:


Almukminun


26 Rabiulawwal 1432H


Sepang, Selangor, Malaysia


http://almukminun.blogspot.com/2011/02/insan-termulia-di-kalangan-yang-biasa.html




Sabtu, 26 Februari 2011

Dr. Asri : Dahulu Hina Sultan, Kini Puji Dalam Susunan Syair, Apa Salah Sambutan Maulid Rasulullah SAW Dengan Bacaan Qasidah-Madih.






Dr.Asri : Dahulu Hina Sultan, Kini Puji Dalam Susunan Madah, Apa ada Salah dengan Sambutan Mawlid Sayyiduna Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam.



Disebalik penolakan terhadap Sambutan Maulidur Rasul dan Majlis-Majlis bacaan mawlid-qasidah burdah yang dituduh sebagai rekaan manusia dan bid'ah semata-mata, Dr. Asri tampil dengan puji-pujian terhadap Sultan.


Justeru, apa sebenarnya yang cuba ditegakkan oleh Dr. Asri. Justeru, apa sebenarnya pendirian beliau yang tidak tetap ini.





Masih ingat hinaan Mantan Mufti Perlis Dr. Asri yang menggemparkan Malaysia dengan penulisan kontroversinya mengenai para sultan di Tanah Melayu ini? Rujuk :

http://almukminun.blogspot.com/2010/04/laporan-polis-terhadap-tulisan-drasri.html


Tidakkah yang dilakukan oleh Dr. Asri ini merupakan satu pujian kepada manusia? Justeru apakah dosa berat kepada para pencinta Sayyiduna Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam ?


Keadilan buat Umat Sayyiduna Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam.


Bersabda Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam :

يَخْرُجُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ رِجَالٌ يَخْتَلُونَ الدُّنْيَا بِالدِّينِ يَلْبَسُونَ لِلنَّاسِ جُلُودَ الضَّأْنِ مِنْ اللِّينِ أَلْسِنَتُهُمْ أَحْلَى مِنْ السُّكَّرِ وَقُلُوبُهُمْ قُلُوبُ الذِّئَابِ يَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ أَبِي يَغْتَرُّونَ أَمْ عَلَيَّ يَجْتَرِئُونَ فَبِي حَلَفْتُ لَأَبْعَثَنَّ عَلَى أُولَئِكَ مِنْهُمْ فِتْنَةً تَدَعُ الْحَلِيمَ مِنْهُمْ حَيْرَانًا “


Akan muncul di akhir zaman orang-orang yang mencari dunia dengan agama. Di hadapan manusia mereka memakai baju dari bulu adu-domba untuk memberi kesan kerendahan hati mereka, lisan mereka lebih manis dari gula namun hati mereka adalah hati serigala (sangat menyukai harta dan kedudukan). ALLAH Subhanahu Wa Taala berfirman, “Apakah denganKu kalian tertipu ataukah kalian berani kepadaKu. Demi Diriku, Aku bersumpah. Aku akan menurunkan bencana dari antara mereka sendiri yang menjadikan orang-orang santun menjadi kebingungan (apalagi selain mereka) sehingga mereka tidak mampu melepaskan diri darinya.” [HR: Tirmidzi]



Faqirilallah ; almukminun

26022011




Jumaat, 25 Februari 2011

Jemputan Ke Majlis sambutan Maulidur Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wassalam 1432 H



Jemputan ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1432H

Bersama Al-Musnif Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Al-Maliki An-Nadwi

dan Kumpulan Ahbabul Mustafa [Pondok Yasin]



1-Tempat :
Surau Kota Warisan Bandar Baru Salak Tinggi
Masa : Maghrib / 25 Februari 2011 / Jumaat malam Sabtu



2-Tempat : Masjid Kampung Salak Tinggi, Sepang
Masa : 9 pagi / 26 Februari 2011 / Sabtu pagi



3-Tempat : Surau Kota Seriemas
Masa : Maghrib / 26 Februari 2011 / Sabtu malam Ahad



4-Tempat : Masjid Al-Falah USJ 9 Subang Jaya
Pengajian Kitab Sairus Salikin
Masa : 9pagi -1230 tgh / 27 Februari 2011



Tuan-Puan Dijemput Hadir

Isnin, 21 Februari 2011

Revolusi Mesir : Dr Asri berhati-hatilah ketika mengkritik Ulama'



REVOLUSI MESIR : Dr Asri Zainul Abidin hati-hatilah ketika mengkritik Ulama'



Dr Maza tidak setanding Dr Ali Juma'h




Saya rasa tersentak apabila ulama' idola pelajar-pelajar Al-Azhar Mufti Mesir dikritik kasar oleh Dr Asri Zainul Abidin di laman beliau http://drmaza.com/home/?p=1354.






Dr Maza sepatutnya menilai terlebih dulu ilmu yang beliau miliki dan mengkaji punca seseorang ulama' mengeluarkan fatwa sebelum melemparkan fitnah dan tuduhan kepada Ulama' mujtahid yang kini dilantik menjadi mufti Mesir. Dr Maza juga sebelum ini dengan mudah memperlekeh Syeikh Ramadan Al-Buti dengan mengatakan "Al-Buti ulama' kerajaan". Saya nasihatkan Dr Maza perlu berhenti "kurang ajar dengan ulama"



Seandainya anda sampai ke Masjid Al-Azhar, boleh dikatakan majoriti-majoriti syeikh-syeikh yang mengajar di sana murid kepada Dr Ali Juma'h. Keilmuan beliau jelas lebih tinggi daripada Dr Maza. Saya rasa Dr Maza perlu mengetepikan fahaman tauhid yang di pegang oleh beliau dan tidak menjadikan ianya dasar umtuk menghentam ulama'2 yang tak sehaluan dengan beliau.




Sebab Dr Ali Juma'h suruh rakyat Mesir pulang ke rumah




Pada awal demonstrasi Dr Ali Juma'h telah diminta untuk mengeluarkan fatwa tentang demonstrasi yang dilakukan oleh rakyat Mesir tetapi beliau enggan menunjukkan sokongan beliau kepada rovolusi yang cuba dilakukan oleh rakyat Mesir.




Selepas Husni Mobarak mengumumkan beliau tetap akan mengekalkan jawatannya timbul satu kumpulan demonstrasi pro Husni Mubarak. Kumpulan ini telah bertindak ganas dengan menyerang kumpulan yang menentang Mubarak. Kesannya wujud pertempuran antara kedua-dua kumpulan lantas menyebabkan kematian dan kecederaan. layari http://gate.ahram.org.eg/News/36551.aspx



Ketika itulah Dr. Ali Juma'h mengeluarkan fatwa supaya peserta-peserta demonstrasi pulang ke rumah bagi mengelakkan pertumpahan darah terus terjadi sesama muslim kerana tidah mahu mereka tergolong dalam golongan ahli neraka sepertimana sabda nabi: " Pembunuh dan orang yang dibunuh akan masuk ke neraka."





Tuduhan Dr Maza amat tidak berasas, beliau tidak melihat situasi di Mesir ketika itu. Tuduhan beliau yang mengatakan Dr Ali Juma'h hanya berfatwa perkara-perkara furu' dalam feqh dan ilmu kalam perlu dikaji, kerana Asri bukanlah anak murid Dr Ali Juma'h, jauh lagi kalau nak digolongkan orang yang sentiasa berada di samping Mufti Mesir.




Insaflah..




Saya amat berharap Dr Maza bertaubat, insaf terhadap kelancangan beliau dan meminta maaf kepada semua ulama' yang telah diperlekeh oleh beliau. Dr Al-Qaradawi yang menjadi tokoh pujaan Dr Maza amat beradab ketika bercakap dihadapan Dr Ali Jumaa'h dan Dr Ramadan Al-Buti, Saya rasa Dr Asri perlu lebih beradab.




5:29 09-02-11
Iskandariah Mesir.
http://as-syazuli.blogspot



Inilah bahana kehilangan adab dan ta'dib dalam hati. Segala perkara yang berlaku dijadikan hujjah nafsu kerana apa? Kerana Dr MAZA punyai rasa BENCI, DENDAM KESUMAT dan beliau berhujjah atas kelancangan mulut demi populariti. Mahu kehadapan untuk menjadi Mufti 1 Malaysia lagi serba tahu.



Tidak nampakkah lagi akan bezanya orang yang mengetahui dan membuta tuli menaburkan fitnah kerana iri hati dan hasad dnegki. Inilah insan yang diberi nama akannya Dr. Mohd Asri Zainul Abiddin. Beliau pantas mengeluarkan kenyataan walaupun dia tahu dan arif akan firman ALLAH SWT :



"Bertanyalah kepada ahlu dzikr jika kalian tidak mengetahui." [An Nahl: 43]



Tetapi tidak kepada Asri, beliau berasa takjub dengan kelebihan yang dimilikinya. Habis semua ulama dikatakan menyeleweng daripada aqidah sebenar. ALLAHU ALLAH. Dia mahukan semua manusia memandang jijik kepada institusi ulama. Lihat apa tuduhan beliau terhadap Institusi Mufti di Malaysia kini Ulama ulung Sheikh Ali Jumuah abad ini ditohmah oleh kebiadaban mulut sama Asri. Akhlak apa yang mahu ditonjolkan oleh Asri disisi pengikut "Islam Progresif" beliau?



Asri tetap Dr Asri yang dilahirkan sebagai manusia yang bersifat melulu dalam tindakannya. Malangnya, beliau menjadi ikutan segelintir insan yang sedang mencari ALLAH Subhanahu Wa Taala sebagai Rabb Yang Esa lagi Wujud Tidak Bertempat, kerana sedar akan tanggungjawab untuk berbaik sangka kepada Asri, maka segala kelemahan hujjah dan kedangkalan pemikiran beliau akan dimuzakarahkan oleh para alim-ulama kami yang ahli dari kalangan Ahlu Sunnah Wal Jamaah tanpa membabaitkan para wahabbiah-syiah-liberal. Semoga saya-tua-puan mendapat rahmat kasih ALLAH Subhanahu Wa Taala.



faqirilallah : almukminun



http://almukminun.blogspot.com/2011/02/revolusi-mesir-dr-asri-berhati-hatilah.html

Selasa, 15 Februari 2011

Sabtu, 12 Februari 2011

Bersempena Sambutan Mawlid Junjungan Mulia Sayyiduna Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam [1432H]


Bersempena Sambutan Mawlid Junjungan Mulia Sayyiduna Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam [1432H]



Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam dididik dengan ujian bagi mematangkan pemikiran dan tindakan Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam, sejak kecil lagi Nabi Shollallah Alaihi Wassalam telah kehilangan ayahandanya Abdullah yang wafat di Madinah semasa bondanya Siti Aminah baru mengandungkan Nabi Shollallahu Alaihi Wassalam selama dua bulan.



Ketika Nabi Shollallahu Alaihi Wassalam masih memerlukan belaian kasih sayang seorang ibu, sekali lagi Nabi Shollallahu Alaihi Wassalam diuji dengan kawafatan ibundanya Siti Aminah dalam perjalanan pulang dari melawat makam ayahndanya Abdullah iaitu di Abwa’. Penjagaan Nabi Shollallahu Alaihi Wassalam yang yatim piatu diambil alih oleh datuk kesayangan yakni Abdul Muttalib. ALLAH Subhanahu Wa Taala menguji lagi Nabi Shollallahu Alaihi Wassalam dengan kematian datuknya itu ketika baru berusia lapan tahun di mana pemeliharaan Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam berpindah kepada bapa saudaranya Abu Talib.



Cubalah kita bayangkan bagaimana Nabi Shollallahu Alaihi Wassalam yang bakal melaksanakan tugas Islam yang begitu besar dan berat telah diuji dengan kehilangan ahli keluarga yang begitu penting dalam mengasuhnya ketika usianya begitu kecil. ALLAH Maha Penentu segala-galanya di mana setiap sesuatu yang dibuat ada di sana beriringan hikmahnya yang tersendiri. Ujian kepada kewafatan ahli keluarga tercinta telah banyak melahirkan Nabi Shollallahu Alaihi Wassalam sebagai seorang yang cepat matang dan tidak terlalu bergantung kepada orang lain. Melalui ujian ini juga mampu mendidik jiwa Nabi Shollallahu Alaihi Wassalam agar mengasihani terhadap anak yatim apatah lagi ketika menjadi pemimpin maka ramai di kalangan rakyatnya terdiri daripada anak yatim terutama mereka kehilangan ayah yang gugur semasa mempertahankan Islam. Jika Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam memberi layanan yang baik kepada anak yatim maka kita pada hari ini mestilah melakukan perkara yang sama kepada anak yatim sekitar kita atau pun menghulurkan bantuan kepada mangsa perang yang kehilangan tempat bergantung terutamanya di Palestin, Iraq dan terbaru di Aceh, Indonesia.



Masih ingat kisah Zaid Bin Harithah mempertahankan Sayyiduna Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam daripada cacian, hinaan, Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam menyambutnya dengan tersenyum. Kemudian tubuh mulia Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam dibaling batu, kayu daripada tangan-tangan penduduk Taif. Zaid cedera parah. Lalu, mereka berundur perlahan-lahan ke sebuah kebun.



Tubuh mulia Sayyiduna Muhamamd Shollallahu Alaihi Wassalam dibasahi darah dan bertakung dalam sepatu Nabi Shollallahu Alaihi Wassalam...ALLAH.... Tuan-puan, kekasih ALLAH dikenakan ujian sebegitu berat oleh ALLAH Subhanahu Wa Taala.



Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam tetap bertahan dari dibaling batu bersama Zaid bin Harithah Radiallahuanhu.




Mereka berundur sehingga akhirnya kedua-duanya tiba di suatu tembok dalam kebun milik Utbah bin Rabiah.



Dalam kebun itulah Nabi Muhamamad Shollallahu Alaihi Wassalam mengangkat kedua tangan mulianya, Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam bermunajat kepada ALLAH dengan doa yang meruntun jiwa para kekasih Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam yang terdiri daripada semulia-mulia makhluk yakni manusia, malaikat dan unggas tumbuhan...ALLAHU ALLAH..Apa yang didoakan oleh Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam ?




Dinukilkan oleh Prof. Dr. Muhammad S`id Ramadan al-Buti di dalam kitab Fiqh al-Sirahnya (Jilid 1 ms 180), Nabi Shollallahu Alaihi Wassalam berdoa :



“Ya ALLAH!...... Betapa hinanya aku dalam pandangan manusia. Ya ALLAH! Betapa lemahnya kekuatan ku. Ya ALLAH!...... Kepada siapakah yang Engkau nak serahkan aku? Adakah kepada musuh yang sentiasa menanti untuk membaham aku? Ya ALLAH! .......Aku tidak peduli semua itu, kerana yang aku cari hanyalah keredhaan daripada MU…”



ALLAH ALLAH YA ALLAH...



Bukan kemudaratan atau diterbalikkan azab ke atas bumi Taif yang dihajatkan oleh junjungan Mulia Sayyiduna Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam.


Firman ALLAH Subhanahu Wa Taala :



لقد جاءكم رسول من أنفسكم عزيز عليه ما عنتم حريص عليكم بالمؤمنين رؤوف رحيم . فإن تولوا فقل حسبي الله لاإله إلا هو عليه توكلت وهو رب العرش العظيم .




Maksudnya :



"Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin. Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah : “Cukuplah ALLAH bagiku, tiada tuhan selain Dia, hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arasy yang agung”."




[at-Taubah : 128-129]



Kasih saya-tuan-puan dimana kini...


10 Rabiulawwal 1432H


http://almukminun.blogspot.com/2011/02/bersempena-sambutan-mawlid-junjungan.html