::Teman Bersama::

Isnin, 31 Januari 2011

Penghinaan Terhadap Islam Oleh Orang Islam



بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصره ووالاه




Penghinaan Terhadap Islam Oleh Orang Islam



Penghinaan terhadap Islam bukanlah perkara baharu dalam sejarah tamadun manusia. Ia telah berlangsung sejak kali pertama ALLAH SWT memerintahkan iblis untuk sujud kepada Adam kerana merasakan bahawa dirinya lebih mulia daripada Adam, kerana Iblis laknatullahi alaih sudah lebih lama wujud daripada Nabi Adam A.S ribuan tahun sebelumnya.



Sebagaimana manusia di muka bumi ALLAH SWT ini merasakan bahawa dirinya sahajalah yang paling layak, paling bersih, paling sempurna jika mahu dibandingkan dengan orang lain. Justeru, bagi mewujdkan rasa “kebesaran”, mereka menyangka perlu dahulukan penghinaan, perlu disentuh hal-hal yang tidak berkaitan dengan dirinya contohnya soal agama bagi agama selain dirinya.




Seperkara apabila penghina ialah daripada kalangan orang bukan Islam, itu “perkara biasa” kerana aqidah yang diyakini mereka adalah batil. Walaubagaimanapun, ia menjadi luar biasa apabila hukum agama asas, budaya sesuatu agama atau bangsa tidak difahami oleh penganut agama atau bangsa lainnya kerana mereka merupakan penduduk sesebuah negara.




Justeru, dasar Islam pemerintah perlu diperhalusi. Barangkali menjadi faktor penyebab ketidakfahaman agama atau adat sesebuah bangsa, sehingga gagal memperkenal atau mempertahankan aqidah serta kedaulatan sesebuah agama yang bermajoritikan Islam. Sekiranya penghinaan itu dilakukan lalu didiamkan, malah diiyakan [wa naudzubillahi miinzaalik] oleh individu yang mengaku Muslim dan sebagai teraju pemerintah, maka kita lihat kepada hujah syarak.




Pandangan Syarak Apabila Penghinaan Daripada Orang Islam Terhadap Islam




1) Berkata Qadhi Iyadh : “Telah bersepakat sekalian ulamak bahawa hukum bunuh dikalangan orang Islam yang mencerca dan menghina Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam”.
(As-Syifa’ Bi Ta’rif Huquq Al-Musthofa, jilid 2, m/s 211).




2) Berkata Abu Bakar Ibn Al-Munzir : “Sepakat para ahli ilmu bahawa menjatuhkan hukum bunuh bagi mereka yang menghina Rasulullah Shollallahu Alaih Wassalam”.
(Tabqaat As-Syafi’ah Al-Kubra, jilid 3, m/s 102).




3) Berkata Abu Sulaiman Al-Khattabi : “Aku tidak mengetahui bahawa ada pendapat yang berbeza pada menjatuhkan hukum bunuh bagi mereka yang beragama Islam apabila mereka menghina akan Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam”. (Mukhtasar As-Sunan, juzuk 6, m/s 199 ).




Hujah-hujah syarak tersebut adalah daripada tiga hujah utama daripada para ulama Islam. Jika penghina dari kalangan umat Islam dijatuhkan hukuman seberat itu, maka bagaimana pula sokongan dan dokongan terhadap seseorang yang mengaku Muslim, memagang autoriti tinggi di dalam negara Muslim yang layak berbicara hal ehwal Muslim, tetapi malangnya sangat berlembut dengan para penghina agama Islam.




Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam juga telah bersabda : "Sesungguhnya aku meninggalkan kalian di atas (jalan) yang putih, malamnya sama dengan siangnya, tiada yang menyimpang darinya sepeninggalku kecuali orang binasa."




"Dan barangsiapa yang hidup di antara kamu dia akan melihat perbedaan yang banyak. Maka hendaklah kalian (berpegang teguh) dengan apa yang kalian ketahui dari sunnahku dan sunnah para khalifah yang berjalan diatas petunjuk yang mana mereka mendapat petunjuk, gigitlah (sunnahku dan sunnah pada khulafa' itu) dengan geraham-geraham (kalian)." (Demikian pula semoga selawat dan salam itu) tercurah kepada keluarga Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam yang suci dan para sahabat Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam semuanya.




Siri penentangan terhadap Islam tidak berakhir di situ, malah ia diteruskan dengan beberapa siri lain yang berlaku terhadap umat para anbiya yang tidak dapat menerima kebenaran yang dibawa oleh nabi masing-masing. Ia disebabkan ada dalam hati mereka rasa tidak setuju dengan apa yang dibawa kerana mendakwa mereka pun cerdik seperti nabi-nabi.




Justeru, ALLAH Subhanahu Wa Taala menegaskan didalam al-Quran menerusi ayat 112 surah al-An'am maksudnya: "Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh daripada syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (daripada perbuatan yang kufur dan dusta) itu."




Ramai di kalangan kita sekarang ini sudah malu untuk mengaku beragama dan malu pula untuk beramal dengan agama. Maruah Islam dihina, pemimpin masih bernada rendah suara demi kuasa, walaupun tidak mengiya. Ahli agama terpaksa merumus perkara-perkara khilaf yang diketengahkan oleh para pemuka tidak bermazhab. Kemudian, ahli agama ini pula dituduh sebagai kaki ampu dan lali membicarakan isu mutakhir umat. Dewasa ini, orang ramai lebih senang dan berbangga menjadi anti-agama, Islam kritikal, agama biasa-biasa, sederhana, dan pelbagai ucapan demi niat satu sebagai cerminan bahawa “Saya, bukanlah orang yang kuat beragama”.




Apabila ada yang membela agama, lantas dia ditanya mewakili apa suaranya samada jamaah Islam atau hizbu syaitan. Dek kerana suaranya yang membuatkan mereka para seteru terasa dengan teguran-teguran yang saling kena-mengena. Inilah sikap sebahagian kita termasuk saya yang acap kali lupa menyalahkan diri dahulu sebelum memperbetulkan keadaan yang sedia bercelaru.




"Dia-lah yang memenangkannya di atas segala agama-agama meskipun orang musyrik membenci " [As-Soff : 9]




Abu Bakar RA menyediakan kita para Muslim akan perjuangan yang wajib didahulukan dalam mempertahankan aqidah Islam daripada dicemar pleh para munafik dan musyrikkin.



Daripada Abu Hurairah R.A katanya: Sebaik sahaja Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam wafat, Abu Bakar RA dilantik menjadi khalifah menggantikan Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam dan pada waktu itu ramai dikalangan bangsa Arab yang kufur (murtad). Lalu Umar RA berkata: (Bagaimanakah kamu ingin memerangi orang-orang yang murtad kerana Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam bersabda: Aku diperintahkan supaya memerangi orang-orang yang murtad sehingga mereka mengakui bahawa tiada Tuhan selain ALLAH, jika mereka menyatakan pengakuan tersebut, maka jiwa dan hartanya terpelihara daripada aku kecuali apabila orang berkenaan melakukan tindakan yang boleh dijatuhkan hukuman dan perhitungan orang tersebut terserahlah kepada ALLAH Subhanahu Wa Taala? Lantas Abu Bakar RA menjawab: Demi ALLAH, aku akan terus memerangi orang yang memisahkan di antara sembahyang dengan zakat kerana zakat adalah kewajipan terhadap harta. Demi ALLAH, seandainya mereka tetap enggan membayar walaupun seekor anak kambing betina yang belum sampai umurnya satu tahun sedangkan mereka pernah membayarnya kepada Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam, aku tetap akan memerangi mereka kerananya. Kemudian Umar RA berkata: Demi ALLAH sesungguhnya ALLAH telah menerangi dada Abu Bakar untuk memerangi mereka dan aku juga yakin bahawa tindakan tersebut adalah benar). (Hadis Riwayat Bukhari)




Generasi Islam hari ini terpelihara daripada tipudaya disebabkan tumpahnya darah serta keringat daripada umat terdahulu yang bermatian mempertahankan aqidah Islam yang murni. Tetapi kini, ia dinodai lagi daripada kalangan bukan Islam dan orang Islam yang memiliki kuasa atau tidak sabar merampas kuasa hanya diam membisu disaat agama Islam didiherdik dan dihina.




Kita, ya kitalah para penerus jihad yang luas. Perubahan yang kita nantikan barangkali tidak wujud dizaman kita, tetapi hasil usaha tangan para pejuang yang ikhlas bermatian berjihad dengan usaha usrah kecil-kecilan dan tiada sambutan tetapi meninggalkan kesan berbekas di hati barisan pejuang yang akan mengantikan kita.




Perjuangan kita yang ikhlas melalui lisan, penulisan, nasihat-nasihat, pesanan, wasiat akan berterbangan ke hati para pemuda-pemudi pencinta syahid dan perindu kepada berdirinya Kota Sayyiduna Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam. Mereka meneruskan kesinambungan perjuangan dengan lirihan air mata walau bersendirian kerana tetap yakin dengan aqidah Islam sebagai satu cara hidup kerana mereka berterusan yakin bahawa masa hadapan adalah di tangan Islam tanpa perlu menanti turunnya Imam Mahdi [Tafsir Imam Ibn Katsir pada Juzu 2, m/s 33] dan Nabi Isa Alaihi Salam dalam merealisasikan janji-janji ALLAH Subhanahu Wa Taala dan Junjunagn Mulia Sayyiduna Muhammad Sholllallahu Alaihi Wassalam.



Berjuanglah para pemuda-pemudi sekalian, kalian bukan kanak-kanak atau remaja hingusan, tetapi pada tangan-tangan kalianlah Islam akan ditegakkan dengan pemikiran dan jiwa yang besar, bukan lagi kecintaan terhadap hal ehwal keduniaan yang melalaikan.



Mohon doa-mendoakan.



Al Faqir ilallah Al -GHANIY:



almukminun
26 Safar 1432H
31012011
Shah Alam-Selangor-Malaysia

2 ulasan:

armorphism berkata...

kalau apa yg ana fahamkan di sini...kita berada di tgh2..bukan begitu ustaz???

almukminun berkata...

Benar akh Armorphism..

Berkata benar kepada pesalah, walaupun yang bersalah itu orang yang kita dukung dan sokong...

Mohon doa-mendoakan ya..