::Teman Bersama::

Khamis, 16 September 2010

Ditanya dan Dijawab


Saya terpaksa letakkan hasil jawaban saya ini atas soalan yang ditanya oleh seorang sahabat FB pada tarikh : 9 September 2010 disebabkan persoalan beliau itu ditanya secara terbuka dan menimbulkan isu yang gagal difahami oleh manusia wahabi gelandungan yang cuba menaguk di "aqidah" yang keroh.

_______________________________________________________________________________________________---


Assalammualaikum Warahmatullah.


Saya ucapkan berbanyak terima kasih atas saranan,cadangan dan teguran yang diberikan oleh tuan. Saya secara sedar dan sangat faham apa yang dimaksudkan oleh tuan. Izinkan saya memberi penjelasan daripaa apa yang tuan bangkitkan.


Baca jawaban saya yang berwarna biru”



Tuan :Salam ustaz



Merujuk kepada cit chat kita dalam tampalan ustaz dalam FB berkenaan dengan solat Jumaat pada hari raya yang mana ustaz menyanggah pandangan fiqh Dr Asri.



Saya tidak ingin berbahas dengan ustaz berkenaan dengan fiqh atau dalam bahasa yang lebih tepat saya sebenarnya tidak mampu berbahas dengan ustaz dalam soal ini kerana jurang pengetahuan yang sangat luas. Sebenarnya di sini saya ingin menyuarakan rasa hati saya sebagai umat Islam kategori awam yang cetek ilmu pengetahuan tetapi AlhamdulilLah diberikan hidayah timbul minat untuk belajar agama secara berdikit-dikit.



Saya :



Saya akui, perbahasan ini akhirnya berlanjutan disebabkan batas ilmu di kalangan kita. Saya memahami sesuatu ilmu dari sumbernya, manakala Dr. Asri juga mengambilnya dari sumbernya yang tersendiri. Permasalahan yang berlaku bukan di antara saya dan Dr Asri secara peribadi. Isu lebih rumit apabila Dr Asri dan kelompoknya menolak kaedah adabul ikhtilaf (Adab Berbeza Pendapat).



Imam al-Shatibi r.a. sendiri sebagai contoh menulis:



Sesungguhnya perbezaan pendapat yang terjadi pada zaman sahabat hingga ke hari ini berlaku adalah dalam masalah-masalah ijtihadiyyah. Pertama kali ia berlaku pada zaman Khulafa' al-Rasyidin dan sahabat-sahabat yang lain, lalu berterusan sehingga zaman para tabi'en dan merekatidak saling mencela di antara satu sama lain.

Mohon tuan tonton yang ini :



Lihat bagaimana Dr asri dan rakan seangkatan dengannya mentertawakan Imam As-Syafi'e :



http://drasri-jomislah.blogspot.com/2009/12/bila-ulamak-mengajar-biadap.html



Maka, kami di kalangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah terpaksa memanjangkan menjawab kembali isu-isu khilaffiyyah yang dimomokkan oleh Dr Asri dan pengikutnya disebabkan terdapat permintaan, pertanyaan daripada kalangan masyarakat kepada kami. Dan kami terpaksa menjawab secara umum dengan menggunakan laman sosial disebabkan ajaran dan sebaran yang dibawa oleh Dr. Asri sehingga mengakibatkan kekeliruan dahsyat di kalangan masyarakat kita yang baru berjinak-jinak dengan agama di laman2 sosial juga.




Tuan juga perlu selidiki sejarah awal mengapa Dr. Asri menjadi begitu kontroversi. Kami, mengenali beliau tidak seperti tuan dan masyarakat lain kenalinya. Saya tidak mendabik dada, mengatakan saya tahu semua perkara. Tetapi atas landasan ilmu yang terbatas juga kami terpaksa bertindak dengan kesombongan yang Dr Asri pamerkan kepada masayaikh juga kepada guru-guru kami.


Kerangka mudah isu Dr Asri ialah :



-membidaah sesat masuk neraka amalan umat Islam yang tidak sealiran dengannya


http://ustazmoden.wordpress.com/2010/03/12/dr-asri-petik-ibnu-taimiyah-dakwa-syaitan-boleh-menyerupai-nabi/



-memperlecehkan ulama-ulama Pondok, menghina pengajian sifat 20..sifat 20 pengajian aqidah, menghina aqidah umat Islam yang lama belajar dan bernafas dengannya apa hukum secara logiknya tuan.



http://www.youtube.com/watch?v=Mj4dhF8ojpw&p=9D3B1C5126B5A2B2&playnext=1&index=42



-Fiqah celaru



http://ustazmoden.wordpress.com/2010/07/07/kritikan-terhadap-kitab-barzanji-persamaan-asri-rasul-dahri-dan-pengikut-wahhabiy/



-memperdebatkan isu-isu khilaffiyyah [ranting],sehingga Dr Asri boleh menyesatkan hal-hal sebegitu ranting.



http://ilmudanulamak.blogspot.com/2006/12/soalan-apa-pandangan-ustaz-berkenaan.html




Saya percaya dalam masyarakat kita masa kini majoriti umat Islam termasuk dalam kategori yang sama seperti saya. Tentunya orang yang seperti kami amat memerlukan ilmuan seperti ustaz dan Dr Asri dan lain-lain ilmuan agama sebagai pembimbing.



Manusia seperti kami bukan sahaja cetek dari segi fiqh bahkan juga lebih menyedihkan ceteknya dalam bidang akidah dan ibadah. Kami bukan setakat memerlukan pimpinan bahkan juga tuntunan daripada para ilmuan yang memegang amanah kendali umat.



Saya:


Bacaan tambahan buat tuan


http://drasmadinet.blogspot.com/2009_11_01_archive.html



Kami mendengar ceramah para ilmuan, kami juga mendengar dakyah para munafik dan propaganda musyrik. Sesekali kami keliru dan kembali dicerahkan oleh para ilmuan. Kami dimaklumkan bahawa kelemahan umat Islam masa kini disebabkan kita tidak bersatu padu.



Mengharapkan ideologi nasionalisme Melayu yang ternyata gagal maka kami kembali kepada Islam yang syumul. Kami beralih daripada politikus sempit kepada ilmuan yang mengajar tentang keluasan, kebebasan, keadilan dan kecerahan Islam. Kami mahu bersatu dibawah panji-panji Islam, berteduh dibawah rendangnya ilmu para ilmuan.



Alangkah malang kalau antara para ilmuan sendiri bercakaran. Apakan terjadi pada nasib orang awam seperti saya dan yang lainnya yang baru berjinak dengan Islam. Apa yang dapat saya sampaikan kepada generasi anak-anak saya yang masih mentah kalau saya sendiri masih keliru dan dikelirukan.



Saya :



Mengapa manusia perlu ditegur ?


Dan manusia dijadikan bersifat lemah”

Surah An-Nisa : 2


Sekarang tuan dengarkan kata-kata Dr Asri yang mempunyai pHD ini bahawa Selawat Syifa mendatangkan kerosakan AQIDAH :


http://www.youtube.com/watch?v=J0Qu0d76cp8



Selawat ini diamalkan sejak sebelum Dr Asri lahir lagi. Kena semudah-mudah itu dia mengeluarkan fatwanya. Adakah dia layak dengan ilmu yang dimilik?



Ini pula jawaban Tuan Guru kami yang dikasihi Al-Mukarram Tuan Guru Prof. Dato' Dr. Haron Din. :



http://www.youtube.com/watch?v=_9ZiBnzwFQE&feature=related



Isu ini menjadi kecoh disebabkan kebijakan Dr Asri dengan hal-hal khilaffiyyahnya..Benda yang telah selesai lama. Paling memalukan kami ialah Tuan Guru yang mempunyai tugasa lebih besar dalam menguruskan hal umat dan negara Malaysia, terpaksa memperuntukan masa untuk menjawab isu selawat syifa yang ditimbulkan oleh seorang yang bergelar doktor pHD.



Maka saya diberitahu melalui ceramah yang saya ikuti lewat Youtube, Islam amat rigid dalam soal akidah dan ibadah khusus tetapi berlapang dada dalam soal fiqh. Islam itu mudah dan bukan menyusahkan. Ilmu akidah yang menjadi teras ajaran Islam adalah ilmu yang paling ringkas dan mudah difahami sama ada oleh cendiakawan di universiti, peniaga di bursa saham atau petani di sawah.



Saya :



Islam sama sekali tidak membataskan perbicaraan ilmu fiqh sila rujuk penulisan kami dibwah. Tuan Ramlan, menguasai disiplin ilmu Islam bukan sekadar mendengar daripada radio, tv atau Youtube. Ini menyebabkan matinya sistem pengajian bersanad dengan memiliki rantaian ilmu dari guru-ke guru sehingga sabit ilmu itu kepada Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam.



http://drasri-jomislah.blogspot.com/2009/11/membataskan-sumber-hukum-rugikan-umat.html



Belajar agama perlu adanya guru.Kitab mesti disyarahkan oleh guru dan sebagai orang awam kita masih belum layak untuk menghuraikan kandungan sesebuah kitab tanpa adanya guru.



Kita lihat hari ini, salah faham terhadap agama, kebanyakannya berasal daripada golongan yang suka membaca tanpa guru, lantas memahami dengan salah dan menyesatkan pula kefahaman orang lain. Lihat sahajalah ajaran-ajaran sesat yang timbul sekarang, kebanyakannya adalah intepratasi dari kitab-kitab yang sahih. Bukankah ini adalah bukti yang cukup jelas betapa syaitan menyesatkan manusia yang membaca dan belajar tanpa berguru?



Buku yang kandungannya penuh dengan Ayat-ayat Alquran dan hadis-hadis yang kuat pun, boleh disalah fahami lantas menatijahkan kesesatan kepada pembacanya. Oleh kerana itu ulamak zaman berzaman sentiasa menasihati kita agar berjaga-jaga dalam pembacaan buku. Orang yang belajar dengan berguru pun boleh sesat, apatah lagi orang yang tidak belajar dengan guru kan?


Akan tetapi, bukanlah kita menutup terus pintu bacaan kepada Ummat Islam. Malah Ummat Islam sepatutnya menjadi ummat yang paling rajin membaca. Hanyasanya, bacalah buku mengikut tahap kemampuan masing-masing. Kita akan merasa lucu, jika seorang pelajar fizik sekolah menengah, membaca dan membahaskan teori fizik yang ditulis oleh seorang profesor untuk dibahaskan oleh profesor-profesor lain.


Di dalam ilmu agama juga begitu. Tiada masalah untuk kita semua membaca kitab-kitab motivasi agama, sirah para rasul dan sahabat, galakan beribadat dan ancaman terhadap kemaksiatan, dan sebagainya. Namun di sana, ada kitab-kitab yang memerlukan kepada guru yang membimbing. Ada juga yang memerlukan kita membaca, kemudian bertanya kepada guru. Ada juga buku yang boleh dibaca oleh mereka yang sudah mencapai ke tahap pembelajaran yang tertentu. Hukum tak boleh diambil sekadar membaca. Aqidah jauh sekali.


Ini bermakna, memang membaca tanpa berguru itu banyak membawa kesesatan yang disemarakkan lagi oleh syaitan. Namun Islam tetap menggalakkan sikap suka membaca. Islam juga mengajarkan kepada kita adab-adab membaca, cara membaca, apa yang hendak dan boleh dibaca, bila hendak dibaca dan sebagainya, bagi mengelakkan kita menjadi bahan tawa syaitan yang direjam.


Ketika di Habsyah Jaafar bin Abi Talib berjaya memberi penerangan tentang Islam kepada Najasyi yang beragama Kristian sehingga beliau memeluk Islam secara senyap. Sudah tentu sebagai raja dan beragama Kristian yang taat beliau adalah seorang intelek namun penjelasan Jaafar bin Abi Talib masuk akal pada raja sehingga menyentuh nuraninya.


Islam juga disampaikan kepada Arab Badwi yang boleh kita samakan sebagai jakun dalam masyarakat kita tetapi kerana mudahnya akidah Islam ia juga turut difahami oleh si Arab Badwi tadi.


Ramai dalam kalangan masyarakat yang ingin kembali kepada Islam, disebabkan itulah siapa saja yang sanggup mengetuk pintu hati mereka maka mereka mudah mengikutnya. Sebab itulah ajaran sesat begitu mudah tersebar. Pendakyah ajaran sesat begitu komited mencari pengikut manakala orang awam pencari hidayah ini dalam kegelapan ilmu menurut saja yang mana paling hampir dengannya dan dirasakan boleh dipercayai. Bayangkan kalau hal ini terjadi berkali-kali akan lunturlah semangat si pencari hidayah yang baru mahu berjinak hatinya mencari Islam. Sedangkan para ilmuan sibuk berbahas tentang soal fiqh yang masing-masing ada dalil.


Saya :


Saya bersetuju dengan kisah sohih Jaafar bin Abi Talib, walaubagaimanapun, saya mahu tuan fahami tidak sesekali sama pendekatan Dr asri dengan yang dibawanya pada zaman kita ini. Dr asri lebih membawa kepada persengketaan dan kekeliruan di kalangan pengikutnya dan orang awam yang baru mencari ilmu. Masakan tidak, Dr Asri kedepankan isu2 mengenai bacaan qunut subuh,tahlil,ziarah kubur, bacaan yasin malam Jumaat. Kesemua ini menyebabkan umat Islam di Malaysia khususnya dipandang sebelah mata kerana masih memperdebatkan isu2 lama. Seolah2 amalan2 moyang kita dahulu sesat belaka.


Pertanyaan saya kepada tuan apakah yang tuan ketahui mengenai ajaran mujjassimmah ?


Apabila tuan katakan “ orang awam pencari hidayah ini dalam kegelapan ilmu menurut saja yang mana paling hampir dengannya dan dirasakan boleh dipercayai.”


Isunya, apakah ilmu yang kita dididik dari kecil dengan ilmu aqidah, sifat 20, fiqah mazhab syafiie masih tidak mencukupi. Atau para ustaz2 semasa kita kecil dahulu tidak punya ilmu sehingga orang muda seperti dr asri dengan mudah mengatakan pengajian sifat 20 itu lemah?


Tuan, saya faham, pendekatan Dr Asri ialah mengambil semua mazhab lalu disatukan dan dijadikan kemudahan utk dilaksanakan. Ketahuilah bahawa ijtihad tidak semudah itu.


Saya sendiri tidak habis mengaji kitab2 imam-imam mazhab yang 4, bagaimana saya berani nak mengamalkan atau menjatuh hukumkan amalan2 tertentu itu salah, bidaah dan masuk neraka.


Dari kalangan sahabat Nabi Shollallahu Alaihi Wassalam mereka yang tampil memberikan fatwa dapat dihitung jumlahnya. Mereka dikenali mempunyai kemampuan dalam hukum fiqh, riwayat, dan kemampuan istinbath (mengeluarkan hukum). Yang paling mahsyur di kalangan mereka ialah para Khulafa'ur Rasyidin (Abu Bakar, 'Umar, Uthman dan Ali bin Abi Talib radiyaLlahu 'anhum), AbduLlah bin Mas'ud RadiyaLlahu 'anhu, Abu Musa al Asy'ari radiyaLlahu 'anhu, Mu'az bin Jabal radiyaLlahu 'anhu, Ubay bin Ka'ab radiyaLlahu 'anhu dan Zaid bin Tsabit radiyaLLahu 'anhu. Ada pun yang taqlid kepada mereka dalam mazhab dan fatwa, tidak terhitung jumlahnya.


Selanjutnya, pada zaman tabi'in daerah ijtihad semakin meluas. Pada masa ini kaum Muslimin tetap menempuh jalan yang sudah ditempuh oleh para sahabat. Hanya saja,
ijtihad pada waktu itu bercermin (terpaku) pada 2 mazhab yang utama iaitu :


1. Mazhab ahli hadith

2. Mazhab ahli ra'yu


Isu yang diperselisihkan oleh Dr Asri ini ada kaitan dengan perbezaan mazhab. Inilah yang mengecewakan kami. Dr Asri mengambil pendekatan tidak perlu bermazhab, sedangkan itu menjadi.


Sekiranya para ilmuan berasa bertanggungjawab untuk memperbetulkan umat dalam soal fiqh yang diperselisihkan maka naiklah masing-masing atas satu pentas dan berdebatlah. Di akhir debat tersebut buatlah kesimpulan dan hasil kesimpulan itulah yang disampaikan kepada orang awam seperti kami. Janganlah soal fiqh seperti itu dibahaskan di laman sosial. Walaupun ramai diantara kami yang tidak memberi komen namun kami membaca.


Saya ingin menegaskan sepanjang saya mengikuti ceramah ataupun tulisan Dr Asri saya tidak pernah mendengar atau terbaca sebarang kritikan beliau kepada ustaz sama ada dalam bahasa yang lembut hikmah atau kasar tak berlapik. Sekiranya ustaz tidak bersetuju dengan beliau dalam soal fiqh maka langsung saja ustaz berbahas dengan beliau. Bukan dengan kami yang cetek ilmu. Dari segi akidah saya percaya kita semua meyakini Allah yang esa. Salam dan berkat untuk ustaz. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.


Saya:


Mengenai kritikan terhadap saya, memang tiada. Tetapi segala hinaan kepada para guru saya, pondok-pondok yang banyak berjasa samalah seperti cubit paha kiri, paha kanan terasa.


Saya juga menegaskan, bukan niat saya mahu berbahas dengan tuan atau sesiapa sahaja. Tetapi disebabkan kekeliruan mengenai fatwa-fatwa Dr Asri tersebar luas melalui laman sosial, maka dengan akedah itu jugalah yang saya gunakan. Andai ada pertanyaan di laman FB saya, saya akan jawab ikut kemampuan ilmu yang saya miliki.


Sebagaimana saya katakan, cadangan bahas telah lama diajukan kepada pihak Dr.Asri, lihat di akaun FB beliau, tetapi satupun tidak disambut. Siapalah saya berbanding guru-guru saya yang difitnah oleh Dr. Asri, maka selayaknya guru-guru sayalah yang lebih aula kehadapan berjabat tangan memulakan bicara mewakili saya dan masyarakat awam khususnya. Malah ketua Persatuan Ulama Malaysia yang juga guru yang mengajar kami YBhg. Dato’ Sheikh Hj. Abdul Halim bin Abd Kadir juga mencadangkan sedemikian. Namun, tetap tidak diendahkan. Dr Asri bersama angkatannya lebih suka menghebahkan penulisan provokatif dan ceramah mereka di kalangan orang awam.


Akhir kalam, nasihat saya si pendosa kepada ALLAH Yang Maha Mulia, untuk tuan bersikap adil dengan kami, mohon tuan berguru dengan guru-guru yang menjauhi aqidah wahabi, syiah, hizbut tahrir, Islam liberal, dan nasionalisme-sekularis.


Kembalilah menadah kitab bersama guru-guru yang menjauhi sifat-sifat tersebut. Jika di Perak tuan boleh mencari Ustaz Kazzim Elias, Ustaz Abu Zulfiqar Gunung Semanggol atau Syeikh Muhamamd Fuad Kamaluddin Al-Maliki di KL & N9, Ustaz Zamihan Mat Zin Al-Ghari, dan senarai-senarai blog ini :


http://drasmadinet.blogspot.com/
http://drasri-jomislah.blogspot.com/
http://jomfaham.blogspot.com/
http://mukhlis101.multiply.com/
http://aljoofre.iluvislam.com/
http://nazrulnasir.blogspot.com/
http://sawanih.blogspot.com/
http://bahrusshofa.blogspot.com/
http://al-fanshuri.blogspot.com/
http://ustazazhar.com/v1
http://tanya-ustaz.blogspot.com/
http://ysofakl.blogspot.com/


Serta banyak lagi.
WALLAHU'alam
Maaf zahir dan batin
Yang benar, faqiru ilallah
almukminun
30 Ramadhan 1431H
http://almukminun.blogspot.com/2010/09/ditanya-dan-dijawab.html

Tiada ulasan: