::Teman Bersama::

Sabtu, 23 Januari 2010

ISU NAMA ALLAH: Debat Ilmu


Oleh : albanjari



Satu debat yang cukup baik dengan hujahan yang bukan calang-calang supaya dapat diberikan melalui blog ini, debat 'ilmu' ini adalah di antara saudara Ustaz AB albanjary dalam mempertahankan 'ilmu' dan bidangnya dengan Tulang Besi, blogger MalaysiaWaves yang cukup kontroversi.



Debat 1 - (5) Isu Nama Allah : Pendirian AB albanjary libas hujah Tulang Besi



Debat eksklusif ini bukan saja diikuti oleh pembaca-pembaca blog yang biasa, malah wak telah dihujani dengan beberapa sms daripada beberapa professor, pelajar, mahasiswa yang 'kagum' bahwa mereka 'berdua' mampu menterjemahkan beberapa 'kekeliruan' yang selama ini bersarang dalam konteks isu yang cukup 'dramatik'. Isu yang amat 'sensitif'. Tahniah buat saudara TB dan AB albanjary. Dan dibawah : HUJAH LAWAN HUJAH diteruskan lagi,



Yang mengatakan nabi Isa bukan tuhan pulak adaah St. Arius, saya memperbetulkan kenyataan TB di sini, St. Arius juga berasal dari Iskandariah, Mesir, kira sekampung lah dengan St. Athanasius. Jelas disini bahawa kenapa wujud di Mesir ada yang paham atau apa saja (unity tak sama dgn makna tauhid ) sebab kedua2 pelopor adalah berasal dari Iskandriyah, TB kena baca sejarah ini, buleh rujuk dalam buku2 perbandingan agama, buku saya pula dalam bahasa arab, kot payah nak baca, tapi TB kata dia kerja kat Mesir dulu, lagipun katanya budak al-Azhar tak pandai Arab..??.



TB : Haaa barulah saya nampak serangan sebenar AB Banjary. Baiklah saya nak tanya AB Banjari, benarkah St Arius mengajar bahawa Nabi Isa bukan Tuhan? Kalau AB Banjary percaya benda ni, beliau kena belajar lagi. Fahaman St Arius (atau disebut sebagai Arianism) TIDAK MENOLAK NABI ISA ITU TUHAN. Perbezaannya saya naqal dari WIKI:



“Arius posed the question: "Is Jesus unbegotten?"[citation needed] In other words, he taught that God the Father and the Son did not exist together eternally. Further, Arius taught that the pre-incarnate Jesus was a divine being created by (and possibly inferior to) the Father at some point, before which the Son did not exist.”.



Ertinya, bagi St Arius, Jesus masih Tuhan tapi kewujudan Jesus sebagai Tuhan adalah KEMUDIAN dari KEWUJUDAN TUHAN.




Diterangkan lagi:

“Archbishop Dmitri of the Orthodox Church in America said Islam is the largest descendant of Arianism today. There is some superficial similarity in Islam's teaching that Jesus was a great prophet, but very distinct from God, although Islam sees Jesus as a human messenger of God without the divine properties that Arianism attributes to Christ. Islam sees itself as a continuation of the Jewish and Christian traditions and reveres many of the same prophets, though Islam denies the crucifixion and resurrection of Jesus and historical Arians claimed it.[citation needed]”.



Ertinya AB Banjary mempunyai kekeliruan yang serupa dengan Archbishop Dmitri. Ini kerana St Arius MASIH MENGANGGAP NABI ISA ada SIFAT2 KETUHANAN. Sedangkan Islam TIDAK PERNAH MENGANGGAP Nabi Isa ada sifat2 Ketuhanan.(Dari segi Zat),



Sekadar mengingatkan semula sejarah, bagaimana ajaran nabi Isa a.s menjadi rosak dan akhirnya mereka menyatakan nabi Isa itu tuhan dan nyata bercanggah dengan sifat Allah yang qadim lagi azali. Perlu dijelaskan disini bahawa perbalahan di kalangan paderi Kristian tentang soal unity, trinity, tuhan anak,bapa dan ruhul qudus adalah keputusan2 yang dicapai oleh mereka dalam sekian siri persidangan (majmak) yg mereka adakan.



TB : Syariat Nabi Isa rosak bila ada orang2 Yahudi yang menjual syariat Nabi Isa kepada rakyat bukan yahudi dan menambah2 serta menokok tambah benda yang tak wujud. Sedangkan Syariat Nabi Isa HANYA untuk orang yahudi dan bukan untuk orang bukan Yahudi. Maka, apabila fahaman menyembah berhala semakin lemah, pemerintah Rom mengambil keputusan untuk mencampur aduk ajaran nabi Isa dengan ajaran kuno roma dan mesir dan lahirlah apa yang kita kenali sebagai Kristianity.



Dan soal koptik di Mesir, ada yg menolak Nicene Creed ini, dan dalam pergaulan arab, memang kalimah allah biasa digunakan kerana faktor sejarah yang sama, di Malaysia macam mana pulak waqi’nya..? Itulah sebab dalam komen saya yang lepas2 hanya nak cerita wujudnya puak2 dalam kristian saja. Yang nyata semuanya kufur.



(*) Di Mesir, islam dan kristian sentiasa berintraksi dalam banyak cara, dan kebanyakkannya adalah perbahasan soal allah, rakyat di Malaysia ni apakah tahap intelek aqidah mereka sampai boleh bahas ke tahap ini? Yang nyata ia boleh keruhkan lagi suasana dengan menimbukan kekliruan sebab pengajian aqidah/ilmu tauhid amat sikit dan pemahaman soal sifat2 allah jugak amat lemah! Itu sebab adalah lebih baik dihalang pengunnaan kalimah allah bagi selain islam di Malaysia ?.



TB : Apa masaalahnya di Malaysia ? Adakah di Malaysia orang Islam tak tau beda antara Kristian dan Islam? Jadi apa masaalahnya? Ini adalah waqi’ Sabah dan Sarawak yang kita cerita bukan waqi’ Malaysia . Saya yakin AB Banjari tidak ada maklumat yang banyak berkenaan dengan waqi’ di Sabah dan Sarawak . Betul tak? Di Semenanjung, biasanya upacara ibadah mereka dilakukan dalam bahasa Inggeris. Jadi tak timbul isu ini di Semananjung.




Soalnya adalah di Sabah dan Sarawak yang mereka telah menggunakan kalimah ini semenjak sebelum mereka masuk Malaysia lagi. Sekarang saya nak tanya, berapa ramaikah orang Islam di Sabah dan Sarawak telah murtad sejak Merdeka kerana orang Kristian menggunakan kalimah Allah?Boleh jawab tak sheikh?




Berkenaan "Council of Sir" ni saya konfiden tak betul, kerana pada masa itu, mereka yang benar2 ikut syariat Nabi Isa tahu bahawa syariat nabi isa hanya untuk orang Yahudi. Jadi, masing2 bangsa ada nabi dan rasul serta syariat tersendiri.




Kristianity adalah penggunaaan syariat Nabi Isa oleh Yahudi2 sesat untuk membantu Kerajaan Rom yang pada masa itu sedang menghadapi krisis keimanan kerana rakyat sudah tidak sanggup lagi menyembah berhala.



“Dan bermula disinilah berlaku perpecahan besar soal unity atau trinty. Trinty lebih kepda tuhan anak manakala unity leih kepada tuhan bapak.dan disinilah mulanya gereja timur dan barat. Timur ata terpancar dari tuhan bapak yg dorg sebut allah kat mesir,syiria, lubnan Iraq dan yg sewaqtu dengannya. “.



TB : Lagi sekali saya nak bagitahu AB albanjari salah, dan salah besar. Akidah Nicea ini diterima oleh SEMUA GEREJA termasuk Gereja Mesir. Yang membezakan Gereja Mesir dgn Rom adalah penolakan Gereja Mesir (sebenarnya madzhab Orthodox) terhadap keputusan “Council of Chiledon”(Persidangan Chiledon).




Nak cerita apa yang dibincangkan dalam “Persidangan Chiledon” ni panjang tapi ia adalah titik tolak perpecahan gereja Mesir dengan Gereja di Rom. NAMUN, dari sudut TRINITY pula, kedua2nya percaya pada benda yang sama. Dan kalau saudara kata pada “Council of Nicea” berpecah pada UNITY dan TRINITY, maka saudara SILAP BESAR. Ini kerana TRINITY tidak lahir dari Persidangan Nicea tapi dari PERSIDANGAN CONSTANTINOPLE (Council of Constantinople) . Dan, perpecahan selepas Persidangan Nicea hanyalah kepada Nicean dan Arian bukan TRINITY dan UNITY.



Yang kata terpancar dari tuhan anak dia tak sebut allah, dia sebut lain, sebab itu pentyerjemahan injil pon beza, yg barat guna god, lord, jesus dll. Dlm bahsa hebre dia panggil elahom atau eli, seperti yang disebut oleh bahlontong seperti yg tersebuit dalam mettews 47, “eli eli lima scabacthani” dalam inil bahasa arab dan bu pengajian saya (dlm bahasa arab) dia sebut “ ilahi lahi, lima traktani” yang bermaksud “tuhanku tuhanku kenapa engkau tinggalkan aku” taraktani itu berasal dari perkataan taraka berbeza dgn bahasa Hebrew “scabact”,.



TB : Allah tu maksudnya “Al Ilah” bermaksud “THE GOD”. Betullah terjemahan mereka dalam bahasa Arab. Soalnya kepada Kristian kat Mesir boleh pakai perkataan Allah dan takda sapa larang pun?



Maka dengan itu bermula disinilah berlaku perpecahan besar soal unity atau trinity. Trinty lebih kepada tuhan anak manakala unity lebih kepada tuhan bapa. Dan disinilah mulanya gereja timur dan barat. Timur kata - terpancar dari tuhan bapa yang mereka sebut Allah kat Mesir, Syria, Lubnan, Iraq dan yang sewaktu dengannya..



TB : Lagi sekali saya sebut, Anak Bapa buat silap BESAAR . Isu UNITY dan TRINITY tidak WUJUD PADA MASA ITU. Tiada aliran Kristian yang tidak mempercayai Trinity. Dan mereka yang tidak terpengaruh dengan fahaman ini adalah yang mengikut syariat2 Nabi2 terdahulu (seperti pengikut syariat Nabi Ibrahim di Mekah dan Madinah serta tanah2 Arab). Kita tidak tahu apa syariat yang diikuti oleh bangsa2 lain pada masa itu kerana kita tidak tahu Nabi atau Rasul mana yang telah dihantar oleh Allah pada masa itu.




Hakikatnya, aliran “UNITY” yang kerap disebut AB ni TIDAK WUJUD SAMA SEKALI. St Arius yang diperbesarkan oleh AB tidak mengajar kefahaman UNITY ini. Bagi St Arius, Jesus/Isa masih mempunyai ciri ketuhanan walaupun beliau dicipta selepas itu. Walaupun perbezaan berlaku selepas itu, ianya adalah antara NICEAN dan ARIAN yang keduanya mengatakan NAbi Isa adalah TUHAN.




Aliran yang mempertahankan bahawa Isa adalah Nabi dan Rasul adalah aliran2 yang TIDAK SAMA SEKALI masuk dalam aliran Kristian. Dan, kesemua itu telah masuk Islam sekarang ini dan tidak wujud sama sekali.




Berdosa AB mengatakan ada aliran yang mempertahankan akidah yang murni dan menjadi sebahagian dari aliran Kristian. Kristian tidak boleh sama sekali dikaitkan dengan akidah yang tulin kerana KRISTIANITY adalah CIPTAAN MANUSIA.



Dan di dalam Inji bahasa arab pun ada kalimah guna allah ada yang ilah, ada yang guna rabb sebab dia ikut mazhab yang menentang keputusan Majmak Qistantiniyyah ke-4 itulah ! Itu sebab 100 tahun lepas Counsil of Costantinapole- 4, ada pula yang kelima (Majmak Qistintiniyyah al-Khomisaho) yg menyatakan roh qudus terpancar dari tuhan anak bukan bapa.



TB : Saya minta maaf, lagi sekali AB buat silap BESAARRR dalam hal ini. Majmak Qistantiniyyah ke-4 adalah Majmak (atau Council) yang telah memecahkan antara Eastern Orthodxy dgn Gereja di Barat.




Rom pada masa itu mengiktiraf “Klaus Phillipe” manakala Constantinople tidak. Maka, berpecahlah kedua2 gereja pada masa itu atas isu ini dan itulah dia juga asas kepada gereja Koptik di Mesir, yakni Gereja Orthodox. Kalimah Allah ini TIADA KENA MENGENA dengan Majmak Qatantiniyyah ke-4 yang AB nak cuba tonjolkan ini.




Ertinya, walaupun Mesir mahupun Barat, kedua-duanya MEMPERCAYAI TRINITY. Dan, konsep UNITY yang AB sebut ni TIDAK WUJUD sama sekali. Dan, Ulama Azhar tetap tidak bersuara menentang orang2 Kristian Koptik menggunakan nama Allah. Baik Gereja Barat mahupun Timur, mereka semua mengiktiraf usul2 dari Persidangan2 ini:




Nicaea I (325) • Constantinople I (381) • Ephesus (431) • Chalcedon (451) • Constantinople II (553) • Constantinople III (680-81) • Nicaea II (787)




Lagi satu, saya berharap AB berhenti jual teori kononnya wujud aliran “unity” pada Kristianiti. Hakikatnya, mereka yang mengikut akidah Islam yang murni tidak terlibat dalam perbahasan serta perbincangan yang dilakukan oleh pemuka-pemuka Kristian.




Ini kerana pada masa itu, adalah HARAM bagi mereka yang bukan berbangsa Yahudi untuk beramal dengan apa yang diajarkan oleh Nabi Isa. Mereka yang mengikut Akidah yang benar akan mengikut syariat-syariat yang ditunjukkan oleh Nabi dan Rasul masing-masing. Perbincangan di kalangan elit Kristian ini adalah dikalangan mereka2 yang mendapat bantuan dari Empayar Rom.




Empayar Rom pada masa itu sedang menghadapi krisis agama kerana agama asal mereka, yakni agama “pagan” atau jahiliyyah sudah semakin ditolak oleh rakyat dalam Empayar Rom. Maka, Rom telah mengambil keputusan untuk mencampur adukan ajaran Nabi Isa bersama dengan kefahaman2 karut dan kuno Rom sebelum ini.




Emperor Konstantin, seorang pagan atau penyembah berhala, telah mengumpulkan kesemua pemuka2 ajaran baru ini (campuran syariat Nabi Isa dengan kepercayaan kuno Rom dan Mesir) pada Persidangan Nicea yang pertama dan pada persidangan itu diambil keputusan bahawa Nabi Isa itu adalah Tuhan.



Ertinya, Nabi isa DIPERGUNAKAN sahaja untuk kepentingan Empayar Rom bagi menjamin keutuhan pemerintahan kerajaan Rom yang sebegitu besar pada masa itu. Dengan kata lain, mereka yang mempercayai akidah yang tulin serta benar TIDAK MUNGKIN TERLIBAT dalam perbincangan NICEA itu kerana:



  1. Haram bagi mereka beramal dengan syariat Nabi Isa
  2. Mereka sudah ada syariat mereka sendiri dari Nabi2 dan Rasul2 yang telah dihantar kepada mereka sebelum ini
  3. Empayar Rom tidak berminat untuk menjemput mereka yang membawa akidah Islam yang murni dan tulin.



Dengan sendirinya teori AB Banjari menjadi TIDAK BENAR dan SALAH. Tiada aliran UNITY dalam Kristianity sama sekali. Dan, walaupun begitu, ulama Azhar tetap mengizinkan orang Kristian Koptik Mesir menggunakan kalimah Allah dalam upacara ibadah mereka.




Rumusan Tulang Besi :-




Kesimpulan yang saya ambil, AB albanjary bersetuju dengan pendirian UMNO sebab dia adalah sebahagian dari Fraksi UMNO.Maka, wajiblah akan dia mengambil pendirian yang selari dengan UMNO. Wallahualam bissawab



___
Update 6.30pm



Sebahagian dari hujah balas daripada Ustaz AB albanjary :




Saudara Tulang Besi, jika anda nak pakai yang wikipedia pakailah, saya berpegang pada apa yg saya sudah tulis, untuk apa saya menulis begitu panjang komen ini, kerana "memberi"kan permohonan kristian menggunakan kalimah allah berdasarkan apa yang mereka perdebatkan tetap tidak sama dengan sifat-sifat allah yg qadim lagi azali.




Saya merujuk kepada kitab pengajian yg ditulis hasil kajian pensyarah muslim, dan tidak kepada sumber yg ditulis oleh orientalis atau ateist. Dan saya cukop sekadar ini dan sekurang2nya anda tahu kenapa saya pertahankan pendirian ini berdasarkan suasana di malaysia kini dan saya juga tahu apakah premis pemikiran anda yang saya kira tak lebih sekadar menyokong tulisan dan pendirian khalid samad saja.




Saya bimbang satu masa nanti, kalau anak-anak kita bertanya, kristian juga bertuhankan allah, maka si kristian berkata saling menuding jari : itu dia (patung jesus crist) dan ini dia (salib), kita pulak berkata, itu bukan allah, tapi itu patung jesus crist dan bukan allah.




Kalaulah anak-anak kita bertanya semula, kalau itu bukan allah, buat apa benarkan mereka guna kalimah allah walhal sebelum ini mereka guna kalimah tuhan atau god atau jesus crist sahaja..? Dan kita jawab (ikut rasional TB) pasal al-quran sebut org kafir jugak guna kalimah allah? kemudia anak-anak kita tanya balik, apakah allah boleh ditunjuk dalam bentuk benda yg nyata bercanggah dengan sifat sempurna bagi allah..? Apa kita nak jawab...??




Maka apakah apabila allah sebut dalam al-quran yg merujuk kenyataan nasrani bahawa isa itu ibnullah menunjukkan allah redha dengan apa yg disebut oleh nasrani? Allah sbut semula apa yg disebut oleh nasrani, bukan allah sebut kemudian nasrani ikut apa yg allah sebut, sebab itu ayat ini bukan khusus seagai dalil boleh guna nama allah oleh kristian, tapi alah nak cerita pada kita betapa mereka ini dahulunya pada asal beriman dengan ke-esaan allah tetapi menentang ajaran rasul-Nya dan mereka-reka perkara bid'ah dlm agama mereka dengan mengatakan bahawa uzair anak allah, isa anak allah, para malaikat anak perempuan allah, bukan bermaksud allah setuju, tetapi allah nak tunjuk kesesatan yahudi dan nasrani..pegilah rujuk kitab tafsir dulu kemudian baru bagi konklusi, jgn semata2 nak pertahankan huah khalid samad saja!!!(maaf kasar sedikit)saya bersetuju dengan isbat nas al-quran, tapi tak bersetuju dengan tafsiran anda!!!




Jika anda sebut ada banyak kesalahan dan banyak salah faham saya, sebutkan dimana salah faham dan kesalahan saya! Saya dah pun sertakan alamat web untuk download pendirian wakil al-azhar tentang pa yg terjadi di malaysia,suasana tidak sama menyebabkan keperluan hukum juga tak sama.di mesir terdapat banyak majlis percambahan ilmu dalam bentuk bahas dan debat yg secara tak langsung rakyat mesir ada asas ilmu yg kukuh berbanding majoriti rakyat di malaysia.




Kalau salah lah fahaman saya, maka salah juga pensyarah saya yng mengajar perbandingan agama di alazhar, prof dr baha' bin abdut tawab, melalui dialah saya berbincang soall ketuhanan agama-agama samawi lain.dr baha' juga pernah mengajar di kolej insaniah kedah, specialistnya dlm bidang perbandingan falsafah dan agama.




Bahkan saya masih ingat pesan beliau sebelum saya pulang ke tanah air, beliau pesan, tugas kamu adalah menerangkan tauhid yang sebenar dan membatalkan syirik, ketahuiah bahawa jika kita mengatakan semua agama sama, maka kufur kamu, jika tuhan kita dan tuhan mengikut aqidah mereka adalah sama, maka murtad kamu, ketahuilah bahawasanya allah itu "ma'bud bihaqqin" ai..takkan anak murid nak lawan tok guru?




Soal ortodox di mesir, ingat, ortodhox saja dah ada 12 mazhab lebih, semua pasal apa yg berlaku beribu tahun dulu, saya dah jelas panjang lebar dlm komen saya, mcm jugak anda, nak terima tak terima, itu anda punya suka. tapi berdasarkan sejarah itulah menyebabkan saya amat kuat menyatakan, ada benda yang tak kena dengan permohonan katholik di malaysia ini.




Tak tahulah pulak kot ada yg setuju keputusan mahkamah sebab nak jaga undi gereja-gereja kahtolik di kawasan parlimen dia..wallahua' lam



http://almukminun.blogspot.com/

2 ulasan:

Unknown berkata...

as-salam.....

AB dan TB....
macam mana dgn surah KAFIRUN...

boleh ke saudara berdua beri hujahan

Tanpa Nama berkata...

http://satdthinks.blogspot.com/2010/01/dumb-doctor-doom-pakiam-ane-even-arabs.html

kristian nama tuhan mereka YHWH

takkan depa jahil tentang nama tuhan mereka