::Teman Bersama::

Sabtu, 31 Oktober 2009

Bayi Antara Empat Maut Nahas

Berikut di antara berita-berita yang termuat di muka utama akhbar-akhbar Malaysia berkenaan kecelakaan jalan raya yang melibatkan umi,kakak ipar,adik ipar ana beserta anak saudara ana yang berusia 3 bulan.

Bayi antara empat maut kemalangan

SEPANG 26 Okt. – Empat sekeluarga termasuk seorang bayi berusia tiga bulan maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 1.5, Persiaran Selatan, Kajang-Dengkil di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 1 petang itu, sebuah kereta Proton Saga dipercayai dipandu laju oleh seorang wanita terbabas lalu bertembung dengan kereta Kancil yang dinaiki keluarga malang itu dari arah laluan bertentangan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Supritendan Zahedi Ayob yang mengesahkan kejadian itu berkata, pemandu kereta Kancil, Nor Adila Mohd. Zawawi, 26, dan kakaknya, Nor Lenny Marlina Mohd. Zawawi, 28, mati di tempat kejadian.

Ibu mereka, Wan Hamisah Wan Ibrahim, 56, dan bayi kepada Nor Lenny, Siti Nur Balqis Muhammad Arif Fadilah berusia tiga bulan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya dekat sini.

Kesemua mangsa berasal dari Desa Pinggiran Putra, Sungai Merab, Kajang.

Zahedi memberitahu, kereta Proton Saga yang dipandu oleh Rabiah Ghani, 44, dipercayai dalam perjalanan dari arah Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menuju ke pusat bandar manakala mangsa dari arah pusat beli-belah Alamanda menuju ke Taman Pinggiran Putra.

Jelasnya, Rabiah mengalami patah kaki dan kini dirawat di Hospital Putrajaya.

“Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Dalam pada itu, Zahedi berkata, polis sedang mencari saksi kemalangan bagi membantu siasatan kes tersebut.

“Saksi diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, Inspektor Zaidi Hashim di talian 013-3230811,” katanya.

Sementara itu, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah meluangkan waktu menziarahi mangsa-mangsa berkenaan di Bilik Mayat Hospital Putrajaya.

Beliau mengucapkan takziah kepada Mohd. Zawawi Ablah, 56, yang merupakan pegawai kanan di Kementerian Kewangan.

Dalam kejadian di Kemaman, kelmarin, empat sekeluarga yang berhajat menghadiri kenduri kahwin di Felda Neram 2, Cheneh dekat sini tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan yang turut mengakibatkan kereta dinaiki terbakar.

Sebelum itu, pada 20 Oktober lalu, tiga lelaki maut setelah terbabit dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 9, Jalan Port Dickson-Seremban, Lukut.

Pada tarikh sama juga, keseronokan empat beranak menyambut Deepavali di rumah saudara di Kerian, dekat Bagan Serai bertukar tragedi apabila tiga daripada mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 12, Jalan Simpang Empat-Jalan Gula.

Pada 18 Oktober, tiga maut termasuk seorang pelakon dan warga Amerika Syarikat (AS) selepas kereta dinaiki mereka merempuh tembok sebuah jambatan ketika mengelak seekor kucing.

Pada 17 Oktober pula, seorang ibu yang sarat mengandung serta anak perempuannya berusia lima tahun terbunuh setelah dirempuh sebuah kereta dipandu laju ketika berteduh di sebuah jejambat di Putrajaya.

MEREKA LEBIH DISAYANGI...

AL-FATIHAH buat Almarhumah Umi tersayang Wan Hanisah Bt. Wan Ibrahim, Nor Lenney Marlina bt Mohd. Zawawi, Noradillah bt Mohd. Zawawi juga anak saudara ana yang bernama Siti Nur Balqis bt Arif Fadhillah...

Buat Isteri tercinta,ayahnda Zawawi, Abe Dahri, Akram, Fadhly, Hidayah, Ibrahim dan Ismail..INSYAALLAH, kita sama-sama hadapi kehilangan ini sebagai tanda kasih ALLAH SWT kepada Umi, Lenny, Dilla dan Balqis..Al-Fatihah buat mereka

أعظم الله اجرك وأحسن عزاءك وغفر لميتك

7 Zulkaedah 1430H

http://almukminun.blogspot.com/

5 ulasan:

cik santun berkata...

AL-FATIHAH...

Semoga sentiasa tabah, ustaz.. Mereka lebih disayangi~

Tanpa Nama berkata...

Salam Saudaraku,

TokPakir juga ingin mengucapkan takziah dan berdoa' setinggi-tinggi keredhaan dan kesabaran kepada yang ditinggalkan dan rahmat serta kasih-sayangNya kepada yang telah meninggalkan kita.

Salam,
TokPakir

Ummu Mukhlis berkata...

salam ziarah abg ikhram..nmpaknya lama tak singgah di blog ni..sekalung doa buat arwah yg telah pergi..sgt2 terkejut dgn pemergian 4 serentak. kebetulan, arwah umi abg ikhram ustazah adik usrah syira..dulu mereka pnah tggal di gombak kan? semoga terus tabah..

aryna berkata...

innalillahwainnailaihirojiuun...
takziah dari saya dan keluarga..
moga mereka ditempatkan bersama-sama para aulia...

al-fatihah...

ummi berkata...

nnalillahwainnailaihirojiuun...
takziah dari akak dan keluarga.. salam dari akak buat isteri ... moga tabah dengan ujian ini dan di tambah iman dari Illahi.. sesungguhnya kita di dunia ini hanya pinjaman... bukan hak milik kekal... ingat dek sabar itu indah.