::Teman Bersama::

Khamis, 5 Februari 2009

Pakatan Rakyat tersungkur di Perak adalah kehendak Tuhan

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ


Pakatan Rakyat tersungkur di Perak
adalah kehendak Tuhan


Katakanlah:

"Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki.Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki.Dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkau lah segala kebajikan.Sesungguh nya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."

[Ali Imran:26]

ALLAH SWT menceritakan tentang tadbir orang yang beriman:

"Maka Yusuf pun mulailah memeriksa tempat-tempat barang mereka, sebelum memeriksa tempat barang saudara kandungnya (Bunyamin), kemudian ia mengeluarkan benda yang hilang itu dari tempat simpanan barang saudara kandungnya. Demikianlah Kami jayakan rancangan untuk (menyampaikan hajat) Yusuf. Tidaklah ia akan dapat mengambil saudara kandungnya menurut undang-undang raja, kecuali jika dikehendaki oleh Allah. (Dengan ilmu pengetahuan), Kami tinggikan pangkat kedudukan sesiapa yang Kami kehendaki; dan tiap-tiap yang berilmu pengetahuan, ada lagi di atasnya yang lebih mengetahui.

[Yusuf:76 ]

Dan kepunyaan-Nya jualah kapal-kapal yang berlayar di lautan laksana gunung-ganang.

[ Surah ar-Rahmaan : 24 ]


Nabi Yusuf a.s, dengan kepandaiannya, mengadakan muslihat untuk membawa saudaranya, Bunyamin, tinggal dengannya. Kepandaian dan muslihat yang pada zahirnya diatur oleh Nabi Yusuf a.s tetapi dengan tegas ALLAH SWT mengatakan DIA yang mengatur muslihat tersebut dengan kehendak dan kebijaksanaan-NYA. Kapal yang pada zahirnya dibina oleh manusia tetapi dengan tegas ALLAH SWT mengatakan kapal itu adalah kepunyaan-NYA. Ayat-ayat di atas memberi pengajaran mengenai tadbir yang dilakukan oleh manusia. Namun, sikap selaku hamba kepada ALLAH SWT Yang Maha Memiliki segala kemuliaan harus diutamakan.Ssebelum lintasan hati mengambil peranan dengan kata-kata luahan perasaan. Maka, dahulukanlah ALLAH SWT dengan mengakui segala sesuatu itu haknya ALLAH SWT. DIAlah Yang Maha Mengetahui atas segala peristiwa...ALLAHU ALLAH


Betapa selaku hamba kepada ALLAH SWT Yang Maha Mulia, peletakan harap hanya kepadaMU Ya ALLAH.

Engkaulah pemilik kepada segala kerajaan.

Engkaulah pengatur atas segala urusan.

Kami redha atas kurniaanMu.

Betapa menang itu kami takuti Ya ALLAH, andai ia berupa ujian daripadaMu.

Sedang kami bangga menikmati, hingga lupa akan kemurkaanMU.

Syukur kami panjatkan kepadaMU Ya ALLAH.

Atas segala ruang dalam kejap pemerintahan.

Atas hinaan, nistaan ketika kami diizin berkuasa atas kekuasaan yang Engkau pinjamkan.

Begitu juga kesyukuran hanya kepadaMU Ya ALLAH, kerana Engkau sedarkan kami yang alpa, betapa Engkaulah pemilik kepada raja yang ada dalam setiap diri manusia,

Justeru, ampunilah kami TUHAN.

Al-Haqir ila ALLAH Al-GHANIY ;
Almukminun
9 Safar 1430
http://almukminun.blogspot.com/


1 ulasan:

Muhammad berkata...

SEMINAR PEMBINAAN UMMAH
Assalamu'laikum,
kepada para sadah,jemput beramai-ramai untuk hadir ke majlis ilmu ini.
sesiapa yang berminat boleh daftarkan nama beserta IC ke nomborana,013-6280251 atau emailkan maklumat diri ke: ben_aidrus88@yahoo.com

berikut adalah detail program:

PROGRAMME DETAILS
SEMINAR PEMBINAAN UMMAH


TIME ACTIVITIES
7.30 A.M. Arrival of participants
7.45 A.M. Arrival of speaker and VIPs
1. VIPs
- Pengarah JAKIM
- Penaung Yayasan Sofa Negeri Sembilan
(Dato’ Syed Omar bin Abdul Qadir al-Aidrus)
8.15 A.M. Opening remarks by Master of Ceremony
Al-Qur’an Recitation
Speech by Dato’ Syed Omar b. Abdul Qadir
Launching by Ketua Pengarah JAKIM
Multimedia Presentation
9.15 A.M. Breakfast
9.45 A.M. Talk 1
-Ust. Hj. Zamihan Hj Mat Zin
( Peranan Mahasiswa Dalam Memahami serta Membanteras Penyelewengan Agama )
10.45 A.M. Break
11.00 A.M. Talk 2
- Ust. Hj Mahfuz Bin Muhammad
( Kesamaran yang Perlu Dijelaskan dalam Memahami Agama )
12.45 A.M. Lunch and Zuhr Prayer
2.00 P.M. Talk 3
-Ust. Ahmad Faidzurrahim b. Haji Muhammad Alwi
( Pegangan Jitu Seorang Muslim )
3.15 P.M. Break session
4.30 P.M. “Sesi Suai Kenal bersama Ulama’ “
- Tausiyah by al-Mukarram Syeikh ‘Afeefuddin al-Jailani
-Tausiyah by al-Habib ‘Ali Zaenal Abidin al-Hamid
- Special performance by Qasidah Group from Yayasan Jenderam


PROGRAMME DETAILS
SPECIAL TALK
مفاهيم يجب أن تصحح
(TOWARDS A BETTER UNDERSTANDING OF ISLAMIC FAITH)


7.45 p.m. : Arrival of participants, VIPs and speakers
1) VIPs
- Dean of CFSIIUM
- Deputy Dean of all departments
- Tuan Mohd. Shukor Bin Sabudin( Yang Di Pertua Yayasan Sofa Negeri Sembilan )

2) Speaker
- Syeikh Muhammad Fuad b Kamaluddin al-Maliki

: Ratib Haddad Recitation-lead by al-Habib Ali Zaenal Abidin al-Hamid

8.15 p.m. : Opening Remarks by MC
Al-Qur’an Recitation

9.15 p.m. : Talk Begins

11.00 p.m. : Question & Answer Session

11.15 p.m. : Maulid Daiba’ie Recitation
-Lead by Qasidah Nabawiyyah As-Sofa Group

11.45 p.m : Disperse & Refreshment
seminarpink.jpg (78.67 KB)

Downloads:0

Day-Before-Yesterday 03:53 PM




http://pondokhabib.wordpress.com