::Teman Bersama::

Selasa, 17 Februari 2009

Kesal Dengan Hinaan Ke Atas Sohibus Samahah Datuk Seri Dr Harussani Zakaria


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصرهووالاه


Kesal Dengan Hinaan Ke Atas Sohibus Samahah Datuk Seri Dr Harussani Zakaria


Tersentuh dengan situasi masyarakat umum di Malaysia. Khususnya yang dihadapi oleh institusi alim ulama dan Raja Berpelembagaan. Hanya disebabkan Sohibus Samahah Datuk Seri Dr Harussani Zakaria mengeluarkan penyataan yang kelihatan menyokong sesetengah pihak, lantas beliau dituduh dengan pelbagai tuduhan yang tidak munasabah. Hinaan, cacian serta kejian bagaikan mainan terhadap seorang ulama yang mengorbankan seluruh hidupnya ke arah penyatuan Islam. Seolah-olah, beliau tidak pernah berfungsi sebagai ulama yang memperjuangakan Islam dengan sesungguhnya.


Apakah kita melupakan jasa-jasa beliau dalam menentang isu Interfaith Commitee yang jelas satu usaha memurtadkan masyarakat Islam secara seluruh? Pandangan dan lontaran beliau dalam menangkis pandangan taksub pihak yang tidak bermazhab? Pada isu tersebut ternyata lebih tinggi kesannya kepada akidah umat Islam di bumi Malaysia ini khususnya. Atau kita lupa peranan Datuk Seri Dr Harussani Zakaria yang juga merupakan Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dipilih atas persetujuaan syura, bukan atas kepentingan diri.


Terkesan dengan sikap sebilangan kecil penyokong-penyokong parti politik yang bertaqlid buta tuntas menghukum Sohibus Samahah Datuk Mufti Perak dengan pelbagai gelaran dan hinaan. Saya berasa khuatir candu politik semakin meresapi pemikiran umat Islam. Bibit perpecahan sangat mudah ditiup, hatta pantas sahaja sesebuah isu berlaku, pelbagai tohmah dan fitnah segera bertebaran.


"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan". [Al-Hujuraat : 6]


Asal sahaja tidak bersama dalam lingkaran sesebuah parti, pantas dijatuh hukum sesat atau tidak punya sifat nasionalis yang tinggi. Mengapa harus dibiarkan emosi menguasai akal? Matanglah dengan sifat tawadhhu kepada ALLAH SWT.


Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya ALLAH tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri [Surah Luqman :18]


Sepatutnya kita lebih rasional dengan emosi yang terkawal dalam memberi kritikan. Kata-kata keji dan makian hanya mengeruhkan perhubungan. Apakah dengan cercaan mampu membendung permasalahan? Andai berlaku juga kurang faham terhadap maksud yang disampaikan, mengapa jalan pertemuan empat mata tidak didahulukan? Ketika kita sibuk memukul gendang perang sesama saudara, ada pula segelintir kumpulan bertepuk tangan melihatkan hasil usaha mereka memusuhkan kita sesama Islam.


Wallahu’alam


وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وبارك وسلم أجمعين، والحمد لله رب العالمين


Almukminun

21 Safar 1430H

http://almukminun.blogspot.com/

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0218&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm

15 ulasan:

Dr. Hasbullah Ahdar, MD. berkata...

Semoga Allah memberikan beliau keteguhan hati dalam segala usaha ikhlas beliau dalam menegakkan syiar islam. He may be mis leaded by 'certain people' which eventually tarnished his good name.

Wallahu 'alam.

almukminun berkata...

yup akhi, ppl will using any opportunity especially to help people defend themselves against the effects of negativity..

Dato Mufti is in a defensive people model, usually are acting from their subconscious and that they generally are not trying to create problems or difficulty. but ppl around him using the issues for their own benefits. ALLAHU ALLAH

Dr. Hasbullah Ahdar, MD. berkata...

sperti pepatah melayu:

Gajah ('certain people' in politic) sama gajah bergaduh, kancil (mangsa keadaan 'as colleteral damage') mati di tengah tengah.

Nasihat beliau telah digunakan oleh this 'certain people' to justify their act. As a reaction the other 'certain people' accused sided to othe side.

Kesihan. I love him.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum. Bg Saudara yg menulis blog.. saye ingin tahu sedikit mengenai surah al kahf ayat 92-98 iaitu tntg yakjut and makjud

Tanpa Nama berkata...

..Perkara 4 Fasal 1 berbunyi "Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Malaysia dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu".

Nak tanya semasa Umno dok membuka aib Raja2 Melaya, Malaysia belom ada Se Ekor Mufti pun yang ber fatawa..

Dasar Mufti cari makan...cuba lihat perkara 4 fasal, mana fatawa daari Mufti?.

Bukankah ada manusia masuk Neraka kerana se ekor lalat? (hadith)

Tanpa Nama berkata...

pak mat jual fitnah ye..berapa sen skilo? hehe...bila pandang pada tulisan pak mat ni, macm prempuan pun ada...maaf ya, ana bkn had jenis sokong mussawwah d klgn jantina..(anti liberal!!!,wahabbi pon ada sipi2 sokong yer pak mat ya)

tak kira la pak mat ni ambik "law" ke gapo...rendam ego tu dulu ye..

pak mat ni bapak mufti ye..sbb kata sekor mufti tu mgambarkan pakmat ni tinggi ilmu nih...biadab tu tuan! lain la kt guna kpd mufti cicak man di perlis nuuu...bapak mufti mujassimah wahabbi malaysia...

mnurut penulis artikel,yg terpapr rasa adab kpd Dato' Mufti bdsarkn kseluruhan kata2nya..bukn ambik tang tv3,rtm1,utusan,b harian ulang2 nuu...pas tu pak mat tafsir sbb parti politik ksaygn ditewaskn dgn keji o umno ya...sabaq..

uh ya..mantan hadith tu apa ya..?lalat tu pakmat aambik hadith mana???

anti wahabbi (yg ngaku salafi tp salafiyuun), anti syiah, anti islam liberal!!!

Tanpa Nama berkata...

ada juga orang tanpa nama, laki atau perempuan aku tetap bernama, entak keluar dari bukit mana tampa nama, kekadang hantu pun pandai berlagak alim.sebab tu di katakan para wali dok menyebok kat dunia ini.lagi nampak hantunya bila dok melalok dengan wahabbi (yg ngaku salafi tp salafiyuun), syiah, islam liberal!!!,

Tanpa Nama berkata...

eh pak mat,kata undang undang malaysia tak ikut Islam sampai siap terbaring kat tengah jalan halang sultan perak tu.

kenapa tak terbaring tengah jalan juga tuntut supaya sultan kelantan laksanakan undang-undang Islam.pak mat takut ker.kalau datuk mufti tak cari makan,pak mat nak tolong support keluarga datuk mufti ker.

harun din tulih dalam artikel dia,Nabi je maksum dan memang baginda je maksum.kalau tak sebulu dengan pas dan PR tu di katakan pencacai,cari makan,mufti dunia tu kenapa.pas dan PR tu maksum macam Nabi juga ke tak boleh ditegur.

999 tahun tanah kat bukan melayu....~

Tanpa Nama berkata...

jawab la pak mat soklan kawe tuu..uh ya..mantan hadith tu apa ya..?lalat tu pakmat aambik hadith mana???

nulih cam bebudok...

Tanpa Nama berkata...

Semoga Allah swt tabahkan hati Sohibus samahah Mufti Perak yg jelas dengan manhaj Ahlus-Sunnah wal Jamaah walaupun dibenci oleh mereka yg inginkan agama ikut nafsu mereka.

Dulu, PAS kata, UMNO nie nak ulamak ikut diorang. Sekarang nie, PAS pun nak ulamak ikut diorang. Aik, tulah. Asyik mengata orang, kan Allah dah timpakan atas diri sendiri.

Sepatutnya, nak mewakili Islam, ikutlah contoh Rasulullah saw dlm dakwah. Kata nak wakili Islam, tapi nak faham agama ikut kaca mata kafir.

Kalau jelas di negeri2 beraja tu, Sultan adalah ketua agama, dan politik dalam Islam adalah cabang dari Islam, kenelah hormat Sultan sebagai ketua politik yg cabang dari agama. Kalau nk faham politik dgn cara sekular jgk, samalah cam UMNO.

Sohibus Samahah Mufti Perak jelas hal ini, sebab itu beliau pertahankan Sultan kerana Sultan adalah ketua agama. British yg rosakkan kedudukan tersebut dgn bagi sistem "Raja Berpelembagaan" padahal asalnya sistem beraja di Malaysia (aka: TANAH MELAYU) itu adalah sub daripada khilafah turki uthmaniyyah.

PAS x boleh bersikap lemah lembut kepada org2 kafir dan bersikap keras dgn sesama muslim. Rasulullah saw siap tahu siapa munafiq dalam negara Islam Madinah, tapi xdelah nak memusuhi mrk secara zahir.

PAS kene sedar, paling tinggi pn diorang boleh pegi hanyalah sebagai Perdana Menteri. Semua orang PAS bai'ah Haji Hadi, tapi bila Haji Hadi nak jadi PM, dia kena bai'ah (aka: angkat sumpah) kepada Yang Dipertuan Agung jugak. Belajarlah dulu bab taat dan bughoh dalam konteks di Malaysia. Sejarah pun kene belajar. Kalau belajar sejarah, baru tahu asal usul.

Semoga Allah terus bantu Mufti kita. Amiin...

- hamba Allah yang Sayangkan Islam dan umat Islam serta tolak taksub -

Tanpa Nama berkata...

Tibe-tibe PAS jadi mangsa keadaan.. Nie masalahnya bila penyokong tak faham dasar perjuangan PAS.. jadilah fitnah kapada pemimpin PAS kerana kita orang awam yang tak faham apa perjuangan PAS yang sebenar.. nak sokong atau menyertai sesuatu parti itu perlulah memahami apa dasar perjuagan parti itu.. Siapa hijrahnya kerana Allah dan Rasul.. Maka hijrahnya kerana Allah dan Rasul.. Maka, siapa perjuangannya kerana Al Quran dan As Sunnah.. Maka, dia akan dapat apa yang diperjuangkan.. Siapa yang hijrahnya kerana dunia ataupun mahu kahwin dengan wanita.. Maka dia akan dapat apa yang dikehendakinya.. maka, siapa yang perjuangannya kerana bangsa atau nasiolisme.. maka dia akan dapat laj pa yang dikerjakan.. Sebab tue masalah ketuanan melayu dah dekat 50 tahun lebih tak selesai2.. padahal Rasulullah s.a.w mudah2 je satukan kaum aus dan kharaj..

Tanpa Nama berkata...

Me: setuju dengan tulisan anda...

Tanpa Nama berkata...

PAS pun pecahan UMNO jugak yg asasnya adalah kebangsaan jgk. Bagi yg x tau sejarah je yg rasa PAS nie suatu parti lain dari UMNO.

Asas prjuangn PAS pn dulu agama, bangsa dan negara jugak. Mslhnya bukn pada perjuangan bngsa, tp kerna apa bgsa melayu dprjuangkan.

Tk kisahlah soal prjuangn pn. Mslh kedudukan Raja Berpelembagaan pn kena tau jugak. Sejarah Tanah Mlyu sebelum malysia n kena tau jugak. Masalah bugho' pn kena tau jugak.

Sokong ulama' yg faham kebenaran...

Tanpa Nama berkata...

sapa bleh bagi Komen kenapa Mufti senyap.. bisu ... SURE HEBOH nak ada balik kat Perak??

Bila puak tu memerintah.. senyap suyi balik.. kalau nak tau elau mufti sekarang tambah gaji RM 20,000 ... kita sini tau la perangai dia.. hat bagi tau org pejabat agama jugak...

Muslim Kelantan berkata...

Muslim Terkejut
MasyAllah Pak Mat ... pendapat anda menjatuhkan maruah PAS. Orang yang faham agama tak kata lagu tu ... tarik baliklah kata-kata anda sebelum terlambat.