::Teman Bersama::

Isnin, 8 September 2008

ULAMA-ULAMA MALAYSIA pun di AHBASHkan?

(PENGIKTIRAFAN RASMI) YADIM: AL-MUHADDITH SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI PEJUANG AHLI SUNNAH WAL JAMAAH SEJATI


YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (YADIM) AKUI SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI AL-HABASYI ADALAH ULAMA ISLAM YANG PAKAR ILMU HADITH & PEJUANG AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH SEJATI JUGA SEORANG ULAMA ISLAM YANG TERAMAT BIJAK







KENYATAAN DIBAWAH INI DIPETIK DARI SUMBER RASMI YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (YADIM)
http://www.yadim.com.my/Ulama/UlamaFull.asp?Id=202


Pejuang Ahli Sunnah Wal Jamaah sejati
05 September 2008

Dunia Islam baru-baru ini kehilangan sebutir permata yang selayaknya menjadi role model kepada kita semua. Jasanya terhadap Islam memang tidak terhitung kerana sikapnya yang zuhud dan tidak mahu bermegah-megah dengan tindakannya selain sentiasa mengorbankan diri untuk kepentingan masyarakat.

Lelaki alim kelahiran Harar, Ethiopia pada 1910 bersamaan 1328 Hijrah ini gigih memerangi begitu banyak dakyah palsu dan ajaran songsang dalam masyarakat. Meskipun paling menonjol dalam usahanya menetang gerakan Wahabi, namun Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari sebenarnya memberi sumbangan yang jauh lebih banyak.

Beliau adalah seorang yang alim, pakar dalam ilmu Feqah dan kuat berhujah menentang golongan-golongan yang terpesong dari landasan Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Paling jelas, seorang yang zuhud dan bertaqwa, ketika lahir, beliau dinamakan Abdullah. Manakala bapanya ialah Muhammad bin Yusuf bin Abdullah bin Jamei’.

Dilahirkan di Bandar Harar pada tahun 1910 bersamaan 1328 Hijrah dan dibesarkan di rumah yang penuh dengan kasih sayang pada ilmu agama. Beliau diberikan didikan agama yang mendalam sejak kecil dan telah menghafal al Quran ketika berumur 7 tahun.

Beliau membesar dengan menghafal ilmu-ilmu agama selain mendalami ilmu hadith dengan sanadnya sekali hinggakan telah berjaya diijazahkan meriwayat hadis nabi pada usia yang begitu muda.

Oleh kerana begitu terserlah kepintaran dan kebijaksanaan beliau, selain pengetahuan ilmu agama yang nyata begitu dalam, beliau telah dilantik menjadi Mufti Harar pada usia yang cukup muda, belum pun mencecah 18 tahun.

Selain sibuk menimba ilmu , zaman muda beliau juga dipenuhi dengan perjuangan untuk membebaskan Somalia daripada penjajahan British dan Itali.

Selepas berjuang membantu membebaskan bumi Somalia, ulama ulung ini mengembara ke desa-desa dan ke bandar-bandar di seluruh pelusuk bumi Syam untuk menyampaikan ilmu-ilmu Islam yang berguna dan bermanfaat serta mengajarnya berteraskan metodologi Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari mempunyai perwatakan dan peribadi yang sangat baik, justeru tidak hairan jika ramai yang mengungkapkan kata-kata ”walaupun kulitnya hitam, namun hatinya putih”.

Sifat mulianya ini menyebabkan beliau diterima dengan baik oleh semua lapisan masyarakat di Syam, tanpa mengira latar belakang mereka.

Satu perkara yang membezakan beliau dengan para pejuang yang lain ialah kebijaksanaannya menyampaikan dakwahnya serta cara ia ditujukan kepada masyarakat umum.

Walaupun tegas dalam pendirian serta dakwahnya, ia tidak menyakiti dan menyentuh sensitiviti mana-mana pihak menyebabkan beliau tidak pernah ditahan atau dimasukkan ke penjara seperti rakan-rakan seperjuangan, contohnya Ibn Taimiyah dan Sayyid Qutb.

Pada tahun 1950 bersamaan dengan 1370 Hijrah, beliau telah pergi ke Beirut, Lubnan dan di sambut oleh ulama-ulama di sana seperti Syeikh Taufiq al Hibry. Kedatangannya di Lubnan juga adalah untuk mengajar dan membetulkan salah faham umat tentang Islam.

Beliau telah pergi meninggalkan kita pada subuh hari kedua umat Islam berpuasa iaitu 2 Ramadhan 1429 Hijrah bersamaan 2 September 2008, selepas waktu subuh di Beirut, Lubnan. Jenazahnya ulama tersohor ini disembahyangkan oleh ribuan umat Islam di Masjid Burj Aby Haidar, Beirut

Jasad beliau kemudiannya disemadikan berhampiran Masjid Burj Aby Haidar. Takziah kepada keluarganya. Kita sesungguhnya telah kehilangan seorang tokoh Ahli Sunnah wal Jamaah yang terkemuka. Al Fatihah untuk beliau...

* Sumber YADIM: http://www.yadim.com.my/Ulama/UlamaFull.asp?Id=202

YADIM & DATO' NAKHAIE: SYEIKH AL-HARARI SEORANG AL-MUHADDITH & TA'ZIAH BUAT PENCINTA ULAMA

PENGERUSI YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (YADIM) AL-FADHIIL DATO' MOHD NAKHAIE BIN HAJI AHMAD MENYIFATKAN SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI AL-HABASYI SEBAGAI AL-MUHADDITH DAN MENGUCAPKAN TA'ZIAH ATAS PEMERGIAN BELIAU KE RAHMATULLAH








Kenyataan Pengerusi YADIM Dato Nakhaie:

"
Kepada As Syeikh Husam Khorokirah
Jamaiyyah Al Masyarie Al Khairiah
Beirut
Lubnan

Tuan,

SEKALUNG TAKZIAH

Dengan penuh rasa kesedihan dan dukacita, kami telah menerima berita pemergian Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari Al-‘Abdary Rahimahullah ke rahmatullah pada tanggal 2 Ramadhan.

Bagi pihak Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), terimalah ucapan ta’ziah dengan sepenuh ikhlas dari kami.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau serta ditempatkan di dalam syurga bersama para ambiya dan solihin.

Yang benar,

DATO’ HAJI MOHD NAKHAIE HAJI AHMAD

Pengerusi,
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia ".


* Sumber dipetik dari perutusan khas rasmi dalam bahasa Inggeris yang dihantar oleh Dato Hj Nakhaie Bin Hj Ahmad Pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia kepada wakil rasmi Jam'iyyah untuk diserahkan kepada Jam'iyyah Al-Masyari' Al-Khoiriyyah Al-Islamiyyah Beirut Lubnan pada Khamis, 4hb September 2008, jam 1:46pm waktu Malaysia. (rujuk scan di atas)

MUFTI PAHANG MEMUJI PERJUANGAN SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI RAHIMAHULLAH







MUFTI PAHANG DARUL MAKMUR SOHIBUS SAMAHAH DATO' HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI OSMAN MEMUJI PERJUANGAN SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI AL-HABASYI, MENYIFATKAN BELIAU SEBAGAI AL-MUHADDITH DAN MENGUCAP SEKALUNG TA'ZIAH ATAS PEMERGIAN BELIAU KE RAHMATULLAH


Kenyataan Mufti Pahang SS Dato' Abdul Rahman:

" Assalamu'alaikum Warahmatullah Wabarakatuh. Pada tanggal 2hb Ramadhan 1429H bersamaan 2hb Sept 2008M telah kembali ke rahmatullah seorang ulama bahkan pejuang Islam iaitu Syeikh Abdullah Al-Harari. Saya menyifatkan Syeikh Abdullah Al-Harari sebagai seorang ulama Al-Muhaddith pakar hadith yang sukar dicari ganti setelah pemergian beliau.Beliau merupakan ulama yang tidak gerun dengan musuh Islam dek kerana hujjah-hujjah dan dalil sentiasa berada dalam gengaman ulama seperti beliau. Saya sendiri dan mewakili seluruh umat Islam di Negeri Pahang Darul Makmur Malaysia merasai sedih dan mengucapkan ta'ziah kepada ahli keluarga dan anak-anak muridnya di atas pemergian As-Syeikh Al-Muhaddis Abdullah Al-Harari Al-Habasyi. Semoga Allah menempatkan beliau bersama para Ambiya', syuhada' dan solihin ".

* Sumber dipetik dari perutusan ta'ziah yang dihantar sendiri oleh SS Dato' Abdul Rahman Mufti Negeri Pahang kepada wakil rasmi Jam'iyyah Al-Masyari' Al-Khoiriyyah Al-Islam Beirut Lubnan pada hari Rabu, 3hb Sept 2008M, jam 12:52TGH-MLM waktu Malaysia.

PERUTUSAN KHAS UCAPAN TA'ZIAH & PUJIAN OLEH TIMBALAN MUFTI SELANGOR






PERUTUSAN KHAS UCAPAN TA'ZIAH DAN PUJIAN OLEH:
SOHIBUL FADHILAH DATO' ABDUL MAJID BIN OMAR TIMBALAN MUFTI SELANGOR DARUL EHSAN MALAYSIA DI ATAS PEMERGIAN AL-MUHADDITH SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI AL-HABASYI KE RAHMATULLAH



Kenyataan Dato' Timbalan Mufti Selangor:

" Saya sendiri amat berdukacita apabila mendapat berita tentang kembalinya Al-Muhaddith Asy-Syeikh Abdullah Al-Harari ke rahmatullah. Jasa beliau pastinya terlalu tinggi buat umat Islam zaman ini yang dahagakan ilmu Islam tulen. Syeikh Abdullah Al-Harari merupakan ulama Islam yang berjuang sehingga ke akhir hayatnya. Saya mohon kepada Allah agar mencucuri rahmat ke atas ruhnya. Ta'ziah juga diucapkan dari saya dan Jabatan Mufti Selangor amnya buat ahli keluarga beliau dan seluruh pendukung ilmu Ahli Sunnah Wal jamaah ".

* Sumber dipetik dari perutusan khas yang dihantar sendiri oleh Sohibul Fadhilah Dato' Abdul Majid, Timbalan Mufti Selangor kepada wakil rasmi Jami'yyah Al-Masyari' Al-Khoiriyyah Al-Islamiyyah pada hari Rabu 3hb September 2008 bersamaan 3hb Ramadhan 1429H, jam 12:43TGH-MLM.

SEKALUNG TA'ZIAH DARI JABATAN MUFTI TERENGGANU

SEKALUNG TA'ZIAH DI ATAS PEMERGIAN AL-MARHUM SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI DARI SELURUH WARGA JABATAN MUFTI TERENGGANU DARUL IMAN






Kenyataan Ta'ziah Jabatan Mufti Terengganu:

" Maka kami bersama kesemua kakitangan Jabatan Mufti Negeri Terengganu Malaysia mengutuskan setinggi-tinggi ucapan ta'ziah ke atas ahli keluarga dan anak-anak murid insan yang telah meninggalkan kita Al-Marhum Asy-Syeikh Abdullah Al-Harari semoga Allah memuliakan jenazahnya, kami turut mengucapkan ta'ziah buat kerajaan negara Lubnan, dan sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali. Kami semua mendoakan agar ruh Syeikh Abdullah Al-Harari bersama-sama para ambiya', para syuhada' dan orang-orang yang soleh.
Telah disemak perutusan sekalung ta'ziah ini di Jabatan Mufti Terengganu pada hari khamis bersamaan 4hb Ramadhan 1429H ".

* Sumber dipetik dari perutusan ta'ziah rasmi dari Jabatan Mufti Negeri Terengganu yang diwakili dan ditulis oleh Naib Mufti Negeri Terengganu Negara Malaysia Sohibul Fadhilah Ustaz Abdul Halim Bin Awang (arabic)diberi kepada wakil rasmi Jam'iyyah Al-Masyari' Al-Khoiriyyah Al-Islamiyyah untuk dipanjatkan kepada ikhwah muslimin di Lubnan. Diterima pada Khamis, 4hb September 2008, jam 16:05pm waktu Malaysia.(lihat scan)

PERUTUSAN KHAS UCAPAN TA'ZIAH & PUJIAN OLEH MUFTI JOHOR DAN RAKYAT JOHOR






PERUTUSAN KHAS UCAPAN TA'ZIAH DAN PUJIAN OLEH:
SOHIBUS SAMAHAH DATO' ASY-SYEIKH AL-HAJ NOOH BIN GADOT MUFTI NEGERI JOHOR TURUT MEWAKILI SELURUH RAKYAT JOHOR DARUL TAKZIM DI ATAS PEMERGIAN AL-MUHADDITH AL-WALI SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI AL-HABASYI KE RAHMATULLAH



Ucapan Dato' Mufti Johor:

" Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim. Siang hari Selasa bersamaan 2hb Ramadhan 1429H baru ini umat Islam dikejutkan dengan pemergian ke rahmatullah seorang tokoh ulama Islam yang berani mempertahankan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah beliau adalah Al-Muhaddith Al-Allamah Asy-Syeikh Abdullah Al-Harari terkenal dengan Al-Habasyi rahimahullah.
Dengan ini saya, keluarga saya, Jabatan Mufti Johor dan seluruh umat Islam di Negeri Johor memohon semoga Allah subhnanahu wata'ala melimpahkan keampunan ke atas ruh Syeikh Abdullah Al-Harari dan menempatkan beliau bersama ruh muslimin, para syuhada', para ulama, para muttaqin dan para ambiya'.
Ta'ziah juga saya ucapkan buat ahli keluarga, para penuntut dan anak-anak murid beliau yang gigih mempertahankan aqidah Islam dengan huja-hujah yang kental. Saya sendiri mengenali dan mengetahui perihal Syeikh Abdullah Al-Harari Al-Habasyi dengan baik berdasarkan kitab-kitab dan karangan-karangan beliau yang cukup hebat. Kepakaran beliau dalam ilmu hadith pula membuktikan bahawa beliau merupakan seorang ulama Al-Muhaddith dan juga merupakan seorang wali dan pejuang yang mempertahankan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Semoga Allah merahmati beliau dan ditempatkan didalam syurga firdaus. Rahimakallah ya Syeikh Abdallah Al-Harari ".

* Sumber ucapan SS. Dato' Mufti Johor tersebut dipetik daripada perutusan khas beliau sendiri bertulis dan berlisan juga mengunakan bahasa arab yang dituturkan oleh beliau sendiri kepada wakil rasmi Jam'iyyah Al-Masyari' Al-Khoiriyyah Al-Islamiyyah Beirut Lubnan pada hari Khamis, 4hb September 2008, jam 11:00am waktu Malaysia.

03 September, 2008

PERUTUSAN KHAS UCAPAN TA'ZIAH & PUJIAN OLEH KETUA PENGARAH JAKIM ATAS PEMERGIAN SYEIKH AL-HARARI







PERUTUSAN KHAS UCAPAN TA'ZIAH DAN PUJIAN OLEH:
DATO' WAN MOHAMAD BIN DATO' SHEIKH ABDUL AZIZ KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) DI ATAS PEMERGIAN AL-MUHADDITH SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI AL-HABASYI KE RAHMATULLAH


Ucapan Ketua Pengarah JAKIM Dato' Wan Mohamad :

" Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari merupakan insan yang soleh dan mulia, pemergian beliau juga pada bulan yang mulia (Ramadhan), benarlah ungkapan 'orang yang mulia kembali kepada Allah pada bulan yang mulia'. Ta'ziah saya ucapkan untuk ahli keluarga, anak-anak murid dan seluruh pengikut Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari Rahimahullah.- Wan Mohamad KP JAKIM " .

* Sumber ucapan dipetik daripada perutusan khas yang dihantar sendiri oleh KP JAKIM kepada wakil rasmi Jam'iyyah Al-Masyari' Al-Khoiriyyah Al-Islamiyyah pada Rabu, 3hb September 2008, jam 11:07pm waktu Malaysia.

Pesan si haqir:

Malaysia dipenuhi ulama ahbash? Gara-gara menterjemahkan dan memperjuang AKIDAH AHLUS SUNNAH WA JAMAAH, insan yang melaksanakan tugas mulia dikatakan ahbash[ahbash itu berasal daripada mulut pemuka wahabbi, ia tidak wujud dalam peradaban AHLUS SUNNAH WA JAMAAH]? ALLAHU ALLAH...

Dituduh pemecah belah ummah,sedang usul bahas mengenai wahabbi menjisimkan ALLAH dikatakan pemecah belah ummah? ALLAHU ALLAH...

Dikatakan menabur fitnah, sedang yang menuduh demikian tidak pernah menundukkan hatinya mendalami ilmu berkenaan AKIDAH?

Duhai insan yang mendiami dunia yang nyata sekadar sisa karat, bangkitlah dalam pendirian utuh bahawa ALLAH SWT itu tidak sama sebagaimana makhluk!

Betapa hidup dan mati ini bukan sekadar mendedangkan kebahagian buat orang lain agar senang diterima. Lalu mengiakan segala perkara yang dikata teman, hatta tersalah dalam mengatakan sifat Qidam ALLAH SUBHANAHU WA TAALLA.

Biar terus disanggah, asal tidak tergugat akidah, hidup ini bukan untuk mencari nama, dikenali atas bijaksana berkata-kata, menabur nista. Punya kenalan seantero dunia, sebagai hubungan bukan tujuan maksud hidup yang fana' di dunia.

Ya,segala usaha akan diteruskan demi pembasmian segala akidah sesat!

BERKATA IMAM ALI RADHIALLAHU ÁNHU : "SESUNGGUHNYA ALLAH TAALA MENJADIKAN ARASY ADALAH UNTUK MENUNJUKKAN KEKUASAANNYA BUKAN UNTUK MENGAMBILNYA (ARASY) SEBAGAI TEMPAT BAGI ZAT-NYA.
Al-Farqu Bainal al-Firaq, Abu Mansur al-Baghdady, ms:333


al-Haqir ila ALLAH Al-GHANIY:
Almukminun
8 Ramadhan 1429H

http://almukminun.blogspot.com/
http://abulehyah.blogspot.com/
http://al-ghari.blogspot.com/
http://www.geocities.com/traditionalislam/
http://www.mufti.gov.bn/

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mufti dab puak2 ni cari makan, semua orang tahu beb....