::Teman Bersama::

Isnin, 15 September 2008

SS Asri

" Ana sangat menghormati ulamak kerana Ana tahu kedudukan ulama disisi Allah. Mereka ini adalah segolongan manusia yang meneruskan usaha-usaha Rasulullah s.a.w. Dan Ana juga sedar terdapat dua golongan ulamak iaitu golongan ulamak yang membawa kita mendampingi Allah dan golongan ulamak yang membawa kita mencintai dunia.

Kerana itu, kita perlu hati-hati supaya tidak tersalah pilih, ulamak yang dijadikan rujukan dalam hal ugama. Ana amat sedih bila ulamak yang membawa kita mendampingi Allah dicerca dan dihina, tetapi ulamak yang cenderung membawa kita mencintai dunia disanjung dan dipuji.

Ana ada mendengar cerita-cerita negatif tentang Mufti Perlis. (Kepada Sohibus samahah Tuan Mufti Perlis, terlebih dahulu Ana minta maaf kalau tulisan Ana ini tidak benar. Malahan tiada langsung niat Ana untuk menyebar fitnah).

Pada malam tadi 12 Romadhan, Ana tertonton suatu rancangan dimana Tuan Mufti Perlis ditemuramah dalam TV1. Ada suatu isu yang menarik perhatian Ana ia itu apabila Tuan Mufti Perlis berpendirian menentang tindakan yang diambil oleh kementerian tertentu mengharamkan pencetakan atau penyebaran buku-buku tertentu yang dikatakan bertentangan dengan Islam.

Tuan Mufti Perlis mempertikaikan tindakan tersebut dan dari temuramah tersebut juga jelas dan nyata Tuan Mufti Perlis berpendirian amat terbuka.

Ana membuat kesimpulan: Tuan Mufti Perlis berpendirian sesiapa sahaja boleh menulis buku tentang ugama Islam, betul ke, menyeleweng ke, menyesatkan umat ke, menghancurkan islam ke, lantak ler... biarkan pembaca menilai sendiri tulisan tersebut kerana dizaman ini kita tidak boleh lagi menapis tulisan-tulisan ini dan dizaman ini semua orang dah bijak-bijak yang boleh membuat penilaian sendiri. Itulah rumusan Ana dan kepada mereka yang menonton rancangan tersebut, boleh menilai sendiri samada rumusan Ana ini betul ke tidak.

Pemikiran dan pendirian Tuan Mufti Perlis yang sedemikian itu menyebabkan Ana hilang penghormatan terhadap Tuan. Minta maaf ... ... Betullah apa yang dikatakan oleh Sohibus samahah Tuan Mufti Perak... inilah jadinya kalau dah TERLEBIH PANDAI.

Cuba kita lihat keadaan orang Melayu dewasa ini terutamanya golongan mudanya. Golongan senja pun lebih kurang juga. Rata-rata pengetahuan ugama Islam mereka terlalu asas. Solat contohnya, berapa ramai yang mengangkat tangan bertakbir ketika bangun dari sujud untuk rokaat yang kedua?

Sedangkan mengangkat tangan bertakbir hanya disunatkan untuk takbiratul ihram dan semasa bangun dari tahyat awal untuk mendirikan rokaat ketiga. Berapa ramai yang mempelajari cara duduk tahyat akhir yang betul yang diajar oleh para ulamak bermazhab Iman Syafie? Realitinya adalah solat ikut-ikutan.

Solat ikut-ikutan tuan... bukan cara solat yang dipelajari mengikut kitab-kitab yang muktabar. Maknanya... terjaminkah?, sahkah? solat macam ini sedangkan sahnya amal mesti didahului dengan ilmu? Itu belum lagi ilmu tauhid ahlul sunnah wal jamaah yang wajib dipelajari, difahami dan dijadikan pegangan.

Apa yang Ana cuba terangkan adalah rata-rata generasi umat Melayu dewasa ini tidak terdidik dengan ilmu-ilmu Islam yang benar. Inilah kesan pendidikan yang ditaja oleh kerajaan UMNO-BN (Pakatan Rakyat pun BELUM TENTU LAGI). Sebab itu mereka mudah terpengaruh dengan ajaran-ajaran sesat.

Mereka ini nak berugama. Ana ulangi, mereka hendak berugama. Mereka mencari-cari guru-guru yang boleh membimbing mereka mengamalkan Islam. Bila mereka terjumpa tok guru-tok guru yang "ajaib-ajaib" ini, amat mudah mereka terpengaruh.

Bayangkan, mereka ini membaca buku-buku yang menyeleweng dari ajaran Islam seperti mentafsirkan Al-Quran pakai logik akal sahaja .. apa jadi Tuan Mufti? Cuba fikirkan betul-betul apa akan jadi Tuan Mufti.

Ini dah banyak terjadi.. contoh paling mudah debat pakai tudung oleh RPK hinggakan mereka merumuskan pakai tudung (menutup aurat) tidak wajib! Ini belum lagi tulisan-tulisan penulis-penulis ...... (minta maaf tak dapat Ana sebutkan disini kerana ditakuti Ana mengumpat dan dapat dosa kering ajer) tersebar dalam akhbar-akhbar utama negara ini .... astagfirullah ... jauh menyimpang dari ajaran-ajaran Islam.... fahaman yang bercampur baur.

Ana teringat kata-kata bapa mertua Ana iaitu pesanan dari guru-gurunya supaya berhati-hati apabila membeli kitab-kitab ugama yang diterbitkan dari Indonesia. Kitab-kitab ini cukup banyak ditahun-tahun 1960an dan 70an. Fahaman mereka dah bercampur-baur sehingga orang biasa tidak mampu membezakan mana yang hak dan mana yang batil.

Dan Tuan Mufti Perlis masih lagi berpegang: semua orang bebas menulis dan menyebarkan fahaman Islam ikut pendapat masing-masing? Semua orang bebas membaca dan membuat tafsiran sendiri? Minta maaf Ana nak tanya, Tuan Mufti ini hendak memelihara kesucian Islam ke atau hendak menghancurkan Islam?????

Fikir-fikirkan lah... mudah-mudahan kita semua mendapat keampunan, perlindungan dan rahmat Allah diakhirat nanti.

Wallahu'alam.

ww.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=15932&mode=thread&order=0&thold=0

PEsAN Al-Haqir:

-Ini adalah antara ratusan ribu rintihan suara orang Awam...

-
Marilah kita sepakat meninggalkan segala sengketa tidak berpenghujung. Rata-rata atas nama keingginan dunia. Mana mungkin ALLAH SWT itu disamakan dengan makhluk.

-"TIADA SUATU PUN YANG SAMA SEPERTI-NYA (ALLAH)" [Surah Al-Syura:11]

-Buang malas dan culas, kita tambahi ilmu dengan para muallimin yang masih bernyawa di sisi ALLAH Subhanahu wa Taala.

-Mungkin juga kekerasan hati yang masih menebal, adalah kerana tidak dilembutkan dalam mendengar hujah dan ulasan para ulama tidak berkepentingan.

-Melalui pengajian kitab-kitab tua lagi muktabar.

-Langkah diatur biar mengharapkan Redha ALLAH., bukan dilihat manusia banyak dan inginkan dikata gagah berilmu.

-Usaha mendalami ilmu, INSYAALLAH mendatangkan kesan lembut hati insan kepada TUHAN dan sesama makhluk.

Al-Haqir ila ALLAH AL-GHANIY:
Almukminun
http://almukminun.blogspot.com/

Tiada ulasan: