::Teman Bersama::

Khamis, 18 September 2008

|Ahlul Azwa’|


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ


الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصره ووالاه


|Ahlul Azwa’|


Syarah Hikam Syaikh Ibnu Atho'illah [61]


-Syarah Oleh Al-Fadhil Syeikh Ahmad Fahmi ZamZam Al-Maliki An-Nadwi-Anjung Rahmat-Gombak-


“Tidak ada amalan yang lebih diharapkan untuk diterima daripada amalan yang langsung tidak dipandang (kerana hanya memandang zat yang menggerakkan amalan itu iaitu ALLAH SWT) dan anda memerlukannya kerana merasa kurang sempurna”


Amalan yang diterima ialah amalan yang jauh dari mengaku-akukan, yakni dengan meletakkan kehebatan kepada diri sendiri semata-mata.


Segalanya adalah taufik dan hidayah daripada ALLAH. Contoh: Derma masjid, tetapi masih merasa ada hak kepada derma tersebut.


Orang soleh: selepas kami solat,kami berasa seperti baru melakukan dosa. Sedangkan orang soleh tersebut telah menunaikan solat. Ini disebabkan beliau mengembalikan segala kebaikannya kepada PENCIPTA, yakni Rabbul Jalil.


Jangan sekali-kali menyebut “kita/gerakkan kita hebat”, ini adalah bertujuan mempersiakan pahala. Jangan merasakan kita adalah segalanya. Tanpa mengira bahawa hebat yang kita katakan itu adalah rahmat yang dipinjamkan oleh ALLAH SWT.


Jauhilah perasaan takut anak didik/usrah tukar landasan pada suatu ketika, pada ketika itu jangan pula kita merasa kecewa, ikhlaskan segalanya kerana ALLAH SWT semata. Betapa hamba hanyalah penjalan gerak kerja, selebihnya serahkan kembali kepada ALLAH SWT Yang Maha Mulia.


Jangan kita merasa segala usaha adalah hak kita.


Walaupun selepas segala usaha, penat dan sebagainya, kita tetap bertindak selaku hamba dengan mengembalikan segala senang dan sukar kepada ALLAH SWT.


Kita sedang dan sentiasa mencari manhaj yang ALLAH SWT redha.


Walaupun orang lain mendapat nama atas segala usaha kita, Kata Imam Syafie RA; “Biar manusia mengambil ilmuku, walaupun mereka tidak tahu ia hasil dari aku, biarlah manusia mengambil semuanya buah fikiran milik aku walaupun mereka tidak tahu dimana asalnya”


Contohya didalam Kitab Fiqih,kurang menyebut nama Imam Syafi’e.


“Mereka tidak berkata atas sesuatu yang mereka kerjakan”


Jangan merasa bengga dengan segala usaha, atau mengakui sesuatu itu kepunyaan dia.

Orang yang ikhlas beramal, sedang dia tahu segalanya akan terpulang kepada ALLAH SWT dalam menentu kadar balasan. Betapa baiknya amal belum tentu natijahnya aman dari azab api neraka.


Jangan sesekali mendabik dada atas tiap urusan akhirat mahupun dunia, melainkan pulangkan segalanya kepada ALLAH SWT.


Jangan tertipu dengan tipuan syaitan dengan mengakui (kita terbaik!).


Inilah jalan-jalan orang-orang diberi gelar “Mazatul akdam” yakni orang-orang hebat yang tergelincir kakinya.


Kata dan usaha syaitan laknatullah: 1 biji bola diletakkan, ratusan, malah jutaan manusia muslim meninggalkan solat.


Kepada muslim yang baik syaitan berkata”bagus,kamu perlu lebihkan solat berbanding orang lain, derma orang lain sikit, kamu perlu tambah lagi”


Kepada manusia hebat juga syaitan dan iblis membisik: kamu orang yang lebih hebat serta lebih fakih dalam segala hal keduniaan atau akhirat. Dibandingkan dengan manusia lain. Maka, terbibit ujub dan riak, bertambah serong pandangan kepada manusia banyak.


Beribadatlah sebanyak-banyaknya itu tidak salah,tetapi menjadi masalah jika merasa yang terbaik tanpa merasa segalanya adalah kurniaan daripada ALLAH SWT Yang Maha Mulia.

Untuk memasuki syurga bukan dengan amalan kita, kerana untuk memasuki syurga ALLAH SWT, kita tidak mampu dengan amalan selama kehidupan. Di bandingkan nikmat tidak terkira pemberian daripada ALLAH SWT.


Tanyailah dirimu:Amal hamba itu dari mana datangnya? (dinisbahkan secara “majazi”=zahir)


Kasihnya ALLAH SWT kepada kita: hambanya bekerja tunai,dibayar tangguh. Contohnya gerak kerja Islami yang kita sama-sama jalankan, ketika di dunia tiada merasa atau melihat ain nya. Tetapi sebenarnya ia telah diangkat untuk dilihat berupa syurga. Ameen wa INSYAALLAH.


Syed Qutb berkata:Orang melihat nikmat, seperti baju baru, kereta, rumah iaitu perkara yang mudah dipandang mata dengan merasa nikmatnya tetapi sebenarnya mereka itu tertutup hati bagi merasa nikmat itu hanyalah hiasan sementara.


Tetapi orang tidak mahu melihat nikmat itu berupa balasan,siksaan,cercaan dan kepayahan. Cemeti itu adalah balasan dan nikmat. Betapa darah yang mengalir,hasil singgahan cemeti itu adalah kenikmatan.


Disebalik seksaan adalah kenikmatan.


Hanya orang “ahlul azwa’” dapat merasai kenikmatan serta kelazatan. Disebalik kesakitan, terletak kenikmatan. Dengan cabaran semasa,hidup terasa indah kerana HANYA UNTUK ALLAH SWT!


Orang “ahlul azwa’” merasa zouq’ dalam ibadat. Ia adalah pengalaman ruhani yang memberikan inspirasi untuk terus bertaqarrub kepada ALLAH SWT.


Ketika ahli sufi berkata kami berada di dalam keadaan tidak perlu beribadat atau solat, BUKAn bermakna, mereka tidak solat bahkan mereka solat lebih lagi daripada kita. Tetapi mereka merasa solat umpama penerus hidup. Mereka merasa tiada solat, maka tiadalah kehidupan mereka di bumi. Itulah tingkatan yang dicapai oleh golongan ahlul haq, maka bagaimana dengan kita?


Mohd B. Wasiq sahabat yang khusyuk didalam solatnya. Satu masa ibu jari kukunya perlu dipotong. Dia berkata, potonglah, ketika aku masih di dalam solat.


Ketika berlaku gempa, ahlul azwa’ tidak terasa akannya, kerana khusyuknya dalam solat. Tenggelam dia dalam ketakutan dan pengharapan kepada empunya gempa.


Itulah beza di antara manusia yang memounyai rasa.


Kita tentu mahu mencapai tingkat ahli azwa’, maka perlu merasa keberadaan ALLAH SWT.


Langkah-langkah Ahlul Azwa’:


Al-Warid: adalah satu rasa yang indah yang dicampakkan oleh ALLAH SWT kepada hamba-hamba yang dikasihiNYA dengan ma’rifat dan mereka merasa gembira tidak tegambar. Sedangkan kita Cuma tahu sifat-sifat ALLAH teapi tidak merasa.


Kita tahu ALLAH SWT kasih kepada kita, tetapi adakah kita tahu ALLAH SWT dekat kepada kita, sehingga apabila disebut nama ALLAH SWT, kita merasa getar dihati. Takut dan harap hanya kepadaNYA.


Apabila hati masih tidak begetar, barangkali orang yang mendengar akan nama ALLAH SWT itu, masih ada rasa takut kepada makhluk. Manakala orang yang mengatakanya {seperti diri ana ini} adakah benar menghayatinya.


Al-Warid: Adalah nur yang dicampak oleh ALLAH SWT ke dalam hati seseorang.


Kalimah ALLAHu AKHBAR seringkali diucapkan ketika berasa menang melawan nafsu. Hanya kebesaran ALLAH SWT selayaknya diagungkan ke dalam hatinya makhluk ciptaan ALLAH SWT dan bukan pula kebesaran makhluk.


Ucapan yang tidak berkesan, mungkin kerana pengucapnya tidak ikhlas.

Maka bagi merasa al-Warid, carilah suasana yang selesa untuk menjaga al-Warid.

Perlu orang yang mendokong serta menggalak kebaikan.


Beradalah dengan usaha melingkari suasana ISLAMi, ia akan menjaga Al-Warid oleh ALAH SWT.


Ya ALLAH Ya TUHANku, ENGKAU kembalikanlah “ulfah” kejinakan dan kehambaanku kepadaMU.


Bermohonlah kepada ALLAH SWT bagi mencampakkan Al-Warid kedalam diri kita.


Datanglah MenghadapNYA, Janganlah ditangguh-tangguh!


Wallahu’alam..


"وصلى اللّه على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم"


26 Zulhijjah 1428H

Al-Haqir ila ALLAH al-Ghaniy:

Almukminun

http://almukminun.blogspot.com/

Usrah Pimpinan PKPIM|1 Rabiulakhir 1429H / 08 April 2008


1 ulasan:

Miss_Nie berkata...

Salam. Terkesan dengan artikel tok.. Syukran ya akh.. Moga Allah bagi kekuatan untuk kita istiqamah dalam mencari keredhaanNya, insyaALLAH...