بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ
Pertahan Ahlul Sunnah!
Lewat, Ramai mengutus khabar,
Bertanya melalui emel juga pesanan ringkas;
Kenapa Akhir-akhir ini kamu lantang bercerita fasal wahabbi?
Tidak kurang juga ke depan memberi sokongan, biar dibelakang syukur ku panjatkan kepada ALLAHU Rabbi.
Mana mungkin diam boleh ku teruskan, andai maruah diri di injak-injak juga dizalimi,
Fitnah pula disebar-sebar, konon atas nama kebenaran,
Fakta dipalsu tujuan menjadi pujaan!
Mana mungkin dapat ku diamkan, bila ibadahku mereka persoalkan di depan khalayak.
Ibadahku itu penuh bid’ah, neraka mereka kata kepadaku hanya layak….di depan khalayak…
Mana mungkin dapat aku lupakan sikap radd mereka kepada ulama muktabar, selancang mulut menolak.
Juga tidak mungkin dapatku terima, apabila ditanya siapa yang kamu rujuk dalam menjatuhkan hukum?
Dengan bangga mereka berkata kepada Al-Quran juga Sunnah mereka sanjung.
Lalu ku Tanya: Siapa pula yang kamu junjung dalam mentaqwil segala hukum punca dari keduanya?
Dengan bangga mereka menjawab kepada ulama mereka yang ulung, tambah mereka sanad hanya omong-omong.
Teringat daku sewaktu pengajian, Tuan Guruku yang mulia menyatakan, beginilah akhirnya zaman, muncul ulama muda penuh semangat, menolak ulama atas laba dan kewangan.
Segenap tenaga bakal ku tabur, mempertahankan Aqidah agar tidak terkubur,
Biar sendiri menahan cemeti, ajaran guru akan ku cermati.
Almukminun
8 Rejab 1429 H
http://almukminun.blogspot.com/
Khamis, 10 Julai 2008
Pertahan Ahlul Sunnah!
Posted by almukminun at 11:23:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan