بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصره ووالاه
::Seminar Hati dan Pengurusannya; Bertempat di Maktab Rendah Sains Mara Tun Ghaffar Baba, Jasin, Melaka::
Disampaikan Oleh: al-Haqir illa ALLAH Al-Ghaniy: Almukminun
::Cinta dan Fitrah::
MENJADI fitrah insani apabila seorang lelaki merasakan bahawa dia telah menyintai seorang wanita. Atau seorang wanita berasa mencintai seorang lelaki. Cinta adalah fitrah yang diturunkan oleh ALLAH Subhanallohu wa Ta’ala di dalam jiwa manusia, cinta sebetulnya hadir ketika berlaku kecenderungan kepada lawan jenisnya.
Cinta sesama insan hadir apabila berlaku persediaan serta pemahaman Islam yang jelas dalam diri. Cinta antara berlainan jantina adalah petanda kepada kekuasaan ALLAH SWT.
Sebagaimana Firman ALLAH Subhanallohu wa Ta’ala, yang ertinya:
•• •
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendir , supaya kamu cenderung dan merasa tentram kepadanya , dan dijadikan-Nya diantara kamu rasa kasih sayang .Sesungguhnya pada yang demikian itu benar- benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”
[Surah Ar Rum: 30:21]
Cinta sebetulnya bukan dengan tarikan fizikal sahaja. Fizikal hanya suatu penipuan di dalam percintaan. Sedangkan pemahaman dalam agama adalah keterikatan utama dalam menentu hala tuju kepada cinta. Maka, keindahan akhlak berserta peribadi adalah tunjang keapada cinta yang dibina.
Islam tidak pernah melarang perasaan “cinta” di kalangan manusia. Ini disebabkan Islam adalah agama fitrah dan ia harus dirawat, dibelai dan dilindungi dari segala kehinaan.
Bersih daripada Noda.
Islam bertegas dengan mengarahkan setiap Muslim dalam menghayati cinta harus menjauhi persentuhan fizikal, emosi, syahwat sebelum pernikahan.
“ Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -“
[Surah al-Mukminun:5:]
Konsep Percintaan Orientalis
Pergaulan Bebas
Ikhtilat (pergaulan bebas) menjadi topik bicara antara halal dan haramnya. Bagi golongan yang meringan-ringankan, mereka membolehkan tanpa mempersoal hukum agama Islam. Manakala ada golongan yang keras mengharamkan, tetapi diminta menguruskan pergaulan bebas, mereka tenggelam punca tanpa ada jalan menyelesaikannya.
Hasil pergaulan bebas ini mencambahkan umat yang rosak akhlak. Hilang maruah diri serta tertipu dengan persona duniawi.
Islam dengan jelas telah menunjukkan kepada mukmin untuk menjauhi zina sebagaimana difirmankan oleh ALLAH SWT:
“Dan janganlah kalian mendekati zina, seseungguhnya zina itu suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk”
[Al-Isra’:17:32]
Islam juga telah menjelskan mengenai aktiviti berpandangan agar setiap mukmin tidak menjadi di kalangan orang-orang yang rugi sebagaimana difirmankan oleh ALLAH SWT:
•
30. Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;
[Al-Nuur 24:30-31]
Rasulullah SAW bersabda:
“Pandangan itu salah satu anak panah iblis beracun, barangsiapa yang
meniggalkannya (tidak dihiraukan) kerana takut kepada ALLAH SWT, akan diganti oleh ALLAH SWT dengan iman yang manisnya dapat dirasakan dalam hatinya”
[H.R Al-Hakim]
Etika Bercakap
Jauhilah daripada berkata-kata degan suara rengekan dan manjaan. Kerana ia merupakan suatu tusukan jarum halus kepada keberahiaan. Sebagaimana difirmankan oleh ALLAH SWT:
• • •• •
32. Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).
[Al-Ahzab 33:32]
Berdua-Duaan
Islam melarang keras pergaulan khalwat antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ini akan menyebabkan pencemaran kepada institusi yang melingkari Islam.
Contohnya perbuatan yang dilakukan oleh setiap insan Muslim, akan ditanggapi oleh orang bukan Muslim sebagai amalan tidak bermoral dalam Islam. Maka, makin tawar keinginan mereka untuk mendalami Islam sebagai ad Dinnul Haq.
Di dalam riwayat Ibnu Majah dan Hakim, Rasulullah SAW bersabda:
“Janganlah sesekali seseorang lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita lain, melainkan yang ketiganya adalah syaitan.”
Realiti yang didepani oleh mukmin kini ialah kecelaruan masyarakat untuk merai atau menghalangi perbuatan yang berkaitan dengan cinta. Kejadian “maksiat ringan” di depan mata hanya dibiarkan berlaku kerana masyarakat telah berasa maksiat adalah kesalahan “mulia”.
Fenomena bermaharajalelanya maksiat adalah penunjuk aras kepada BIDA’AH dholalah yang semakin berleluasa. Namun dianggap masih dimaafkan kepada golongan tertentu disebabkan disibukkan mendepani masalah khilaffiyyah di kalangan umat Islam yang mengamalkan sunnah.
Hasil Pergaulan Bebas
Masalah pergaulan bebas mengakibatkan kehamilan luar nikah lebih 48 peratus di kalangan remaja Amerika Syarikat. Natijahnya, mengakar kepada nafsu kebinatangan dengan berlakunya pembunahan bayi-bayi tidak berdosa.
Lahir pula pemuda-pemudi yang rakus bergelar pembunuh. Bagi bayi-bayi yang hidup tidak beribu dan berbapa kebanyakkannya apabila meningkat remaja menyertai aktiviti samseng.
Bayangkan jika angka ini berterusan selama 10 tahun, maka masyarakat di Amerika Syarikat akan dipenuhi dengan manusia yang hilang punca dalam kehidupan akibat tidak melalui “fitrah” hidup berlandaskan keperluan asas psikologi.
Hilang punca kasih sayang dan sentuhan emosi serta fizikal makhluk yang dipanggil ibu dan bapa.
Hasil Cinta Sebelum Nikah
Berapa ramaikah pemuda pemudi kita yang tewas dengan khayalan nikmat berpasangan sebelum pernikahan. Tergadai maruah diri disebabkan kegembiraan sementara, lalu diakhiri penyesalan berpanjangan.
Alunan lagu-lagu asyik seperti “masa muda lagi, kita isi sebelum tua” , “dah tua nanti, kita taubatlah”. Begitulah, kira-kiranya ungkapan manusia yang hilang akalnya daripada mengingati ALLAH SWT.
i-Derita di Dunia
Fikiran Celaru
Pemudi pemuda yang hebat dalam akademik, tiba-tiba merudum akibat masa untuk ibadat kepada ALLAH SWT juga pembelajaran dikecilkan, kerana mahu membahagiakan pasangan kata mereka. Derita yang dialami tidak diakui. Masa yang terbuang adalah derita. Rindu dan dendam hingga menghala syahwat tersembunyi juga derita.
Paling malang, bahagia yang disangka di dunia, hingga melanggar segala hukum agama adalah derita. Kerana mereka berterusan ingkar untuk patuh kepada agama. Kes ini berlaku di semua institusi sekolah dan universiti.
Nama Baik Dicemar
Apabila bercinta, pasangan yang jahil sering bercerita kepada orang disekelilingnya, segala perbuatan baik dan “tercela” yang dilakukan bersama pasangan.Mereka kerap berbohong untuk menyedapkan cerita. Maka jatuhlah nama baik “pemunya nama” juga keluarga.
Rasulullah SAW bersabda:
“Orang yang paling baik di antara kalian adalah seseorang yang dapat diharapkan kebaikannya dan aman (tidak dikhuatirkan) keburukannya, sedang orang yang buruk di antara kalian (pencari dosa) adalah seseorang yang kebaikannya tidak dapat diharapkan serta tidak aman keburukannya.”
[Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban & at-Tirmidzi]
Kegelisahan dan Mental Terganggu
Percintaan tanpa ikatan nikah banyak mengundang musibah. Akibat tekanan daripada pasangan yang tidak membantu dalam menjalani kehidupan, menyebabkan manusia mudah hilang panduan. Maka, bagi memudahkan keadaan, tindakan singkat diambil seperti membunuh diri. Ini disebabkan ikatan cinta yang dibina hanya atas nafsu. Pesona cinta ini dipanggil sebagai gaya “cinta permainan” sebagaimana yang dinyatakan oleh Prof. Dr. Sidek Noh.
Kebanyakkan pemuda, mengaggap hubungan cinta hanya didasari atas keinginan mahu mencuba dan merasa. Tiada terlintas untuk membina rumah tangga. Manakala kepada kaum hawa, yang secara sunnahtullah mempunyai emosi yang mendalam, adalah golongan paling menderita apabila ditinggalkan selepas segala jiwa dan raga diberikan.
Namun, harus diingat kepada para pemuda, seksaan dihantui oleh perbuatan lampau akan berlangsung berterusan dalam hidup. Manakala, janji ALLAH SWT itu pasti akan berlaku. Di dunia, para pemuda bakal mempunyai isteri, anak perempuan atau saudara perempuan terdekat. Bayangkan jika semua mereka diperlakukan sebagaimana kamu memperlakukan wanita lain. Perasaan kamu?
ii-Derita di Akhirat
Akhirat sebetulnya adalah tempat kita mengecap bahagia atas segala usaha di dunia. Di sinilah, kita akan memetik buah atas segala amalan. Maka, di hari itu tidak berguna sekali penyesalan atas segala perbuatan dan tindakan yang melampaui batas.
Cinta berahi di dunia akan menjurus kepada luput hati dari berzikir mengingati ALLAH SWT kerana tenggelam dalam cinta kepada makhluk. Cinta berahi juga membawa kepada perangkap kehinaan. Apabila orang yang dicintai mengenggam sehingga tidak mampu ditolak ajakan melakukan maksiat kepada ALLAH SWT.
Cinta yang tidak didasari dengan Islam menyebabkan kematian hati. Maka, akibatnya hati yang rosak akan tergambar dengan akhlak yang buruk. Segalanya dimulai dengan nafsu yang buruk kerana tidak di kawal dengan takut dan taat serta taqwa kepada ALLAH SWT.
Sebagaimana firman ALLAH SWT:
“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan ALLAH SWT membiarkannya sesat berdasarkan IlmuNYA, dan ALLAH SWT telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan menutup penglihatannya. Maka siapakah yang akan memberikanya petunjuk sesudah ALLAH SWt (membiarkanya sesat). Maka, mengapa kamu tidak mengambil pengajaran?”
[Al-Jasiyyah : 45:23]
Kepada soalan Mengapa Perlu Kekasih dan Apa Pengertian Berkasih?
Jawaban kepada keduanya, melainkan untuk menghalakan kepada perbuatan maksiat nampak dan sembunyi. Akhirnya merosak dan mematikan hati daripada mengingati ALLAH SWT. Maka berkasih berstatus haram pada hukumnya.
Jika diselami segala kitab feqah atau tasawwuf tidak mungkin akan dijumpai mengenai hukum dalam bercinta sesama manusia yang mahram. Sekiranya hubungan cinta yang dibina dimulai dengan janji untuk berseronok, bertukar kasih dan sayang, gurau senda, menelefon tanpa manfaat, bertemu sekadar melepaskan rindu sehingga mematikan hati yang sehat. Bahkan menghancurkan karisma dan kewibawaan. Semua itu dihukumkan HARAM! (Syeikhuna Sidi Rohimuddin, 2006).
ALLAH SWT berfirman:
“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.”
[Al-Isra’ 17:32]
Persoalan Yang Harus Dijawab:
i. Apakah kekuatan perjanjian dalam hubungan kekasih itu sehingga tidak dapat memisahkan pemilikan antara satu dengan yang lainnya?
ii. Apakah dalam perjanjian itu membawa aturan agama dan mengatasi nama ALLAH SWT?
iii. Apakah dasar yang dipegang sehingga ingin berasa dimiliki dan memiliki?
iv. Islam menyatakan lelaki tiada hak untuk memiliki wanita jika tiada menikah?
v. Adakah sama berkekasih dengan rasa tanggungjawab ukhuwwah Islamiah?
vi. Adakah sama berkekasih itu dengan tangunggjawab sebagai suami isteri?
Manakala, kita renungkan firman ALLAH SWT mengenai hubungan kasih terlarang:
“...(Dan dihalalkan bagimu mengahwini) wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara wanita-wanita yang beriman dan wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara orang-orang yang diberikan al-Kitab sebelum kamu, bila kamu telah membayar mas kahwin mereka dengan maksud menikahinya, tidak dengan maksud berzina dan tidak (pula) menjadikan gundik-gundik (teman bercanda)...”
[Al-Maidah: 5:5]
Bilamana kita fahami dengan teliti kandungan ayat tersebut, dapat dinyatakan bahawa “kekasih” adalah nama tanpa makna yang akhirnya mencari-cari jalan untuk menghalalkan zina.
Di dalam sebuah Hadits sohih Rasulullah SAW menegaskan dengan sabdanya:
“Barangsiapa yang beriman kepada ALLAH SWT dan hari akhirat, maka janganlah sekali-kali berdua-duaan dengan seorang wanita yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan.”
[Hadith Riwayat Ahmad]
Berdasarkan kepada intipati isu tersebut, maka amat jelas bahawa hukum berkasih adalah HARAM di dalam Islam berdasarkan kerosakan-kerosakan yang dibawa. Cinta sebelum nikah adalah melanggar hukum yang jauh sesat serta berlawanan dengan hidayah kebenaran, kesucian serta bertentangan dengan akal sihat.
Keindahan Islam
Dalam sekecil-kecil perkara, Islam telah memberikan panduan kepada umatnya. Jika tidak mengikuti hukum dalam Islam, maka siapa lagi yang dapat dijadaikan sandaran.
Sebagaimana difirmankan oleh ALLAH SWT:
•
“Apakah hukum jahiliah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) ALLAH SWT bagi orang-orang yang yakin?”
[Al-Maidah 5:50]
Secara ringkas lalui panduan yang diberikan dalam Islam kepada kaedah bercinta dengan keyakinan penuh kepada al-Quran, Sunnah juga ijma’ ulama.
INSYAALLAH, mudah-mudahan kita diberi taufiq oleh ALLAH SWT, dalam melaksanakan perkataan juga diluahkan melalui penulisan. Agar kita beramal dengan segala tindakan.
Kesimpulan
Maka, setelah segala sudut dilihat melalui pertimbangan psikologi, sosiologi serta etika moral dalam meletakkan hukum, maka jelas tanpa segala keraguan bahawa berkasih sebelum nikah adalah HARAM.
Firman ALLAH SWT:
•
“Apakah hukum jahiliah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) ALLAH SWT bagi orang-orang yang yakin?.”
[Al-Maidah: 50]
Walaupun telah berakhir dengan perkahwinan yang sah, namun dosa terdahulu hasil hubungan “cinta terlarang” tersebut harus dilakukan taubat yang khusyu’ dan taubat nasuha. Semoga dengan rahmat dan kasih sayang ALLAH SWT jua kita memperolehi maghfirah dari ALLAH SWT. Ameen Ya Rabb...
Wallahu’ Taala a’lam
"وصلى اللّه على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم"
Al-Haqir illa ALLAH Al-Ghaniy: almukminun
1 Rejab 1429 h / 04-07-2008
http://almukminun.blogspot.com/
Jumaat, 4 Julai 2008
::Cinta dan Fitrah::
Posted by almukminun at 7:24:00 PTG
Labels: Kehidupan, muhasabah, Psikologi Islam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan