::Teman Bersama::

Jumaat, 20 Jun 2008

IBU

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ
"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu, hanya kepada-Ku kembalimu."

(QS Luqman, 31:14)


Ibu



Dalam Susah Kau Tetap Tabah Bersamaku Ibu

Dalam Ingatanku Wahai Ibu

Tidak Kulupa Masa Kecilku

Kesusahan Selalu Dariku

Betapa Banyak Kepayahan Kau Tanggungi Demiku

Pengorbanan Lalumu Tidak Mampu Ku Hitung

Betapa Menggunung Upaya Ku Beri Padamu Ibu

Tidak Termampu Menandingi Daya Juangmu

Kau Terawal Bangkit Dari Pembaringan

Kau Jualah Yang Terakhir Kembali Ke Pembaringan

Begitulah Hari-Harimu Wahai Ibuku

Tiada Kata Letih Dari Bibirmu

Senyumanmu Pengubat Jiwa

Engkaulah Yang Kukasihi

Disamping Ayahanda Yang Ku Sanjungi

Engkaulah Yang Ku Rindui

Dikala Dunia Ini Terasa Sunyi

Ku Damba Doamu Dalam Tiap Detik Hidupku

Tanpa Doamu, Oh Ibuku

Segala Tujuan Tidak Mampu Ku Raih

Tanpa Berkatmu Duhai Ibuku…

[Selamat Hari Lahir Buat Ibunda Tercinta: Puan Noor Hasila Ahmad Nazari]

[23 Jun 1963]

Almukminun

15 Jamadilakhir 1429H


................................................................Ibu..............................................................

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka, dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia."

(QS Al Israa’, 17:23)

"Katakanlah, "Mari kubacakan apa yang diharamkan atasmu oleh Tuhanmu, iaitu: janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa."

(QS Al An’am, 6:151)

"Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya"

(QS Al Ahqaf, 46:15)



Tiada ulasan: