بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصره ووالاه
::TAMRIN NUQABA’ KEBANGSAAN PKPIM::
::USRAH DAN PELAKSANAANYA::
Definisi Usrah:
Ingati kisah dakwah Islam di rumah Arqam bin Abil Arqam di Kota Makkah. Kini disusun kembali mengikuti suasana ummah semasa.
-Baju atau perisai yang melindungi
-Isteri atau keluarga seseorang.
-Jamaah Yang diikat oleh kepentingan yang sama. (Majma’ Al-Lughatil Arabiyyah : 17)
-Usrah seseorang beerti kelompoknya, kerana ia menjadi kuat bersamanya (Mu’jam Maqayisil Lughah, Ibnu Farisi: 107)
Rukun Usrah:
-Ta’ruf : Saling Mengenal
-Tafahum : Saling Memahami
-Takaful : Saling menanggung-Contoh: Bebanan kewangan secara bersama
Usrah Dari Pemahaman Jamaah:
1-Sistem usrah adalah sistem Islam yang mengarahkan anggotanya ke arah nilai-nilai teladan yang tinggi.
2-Mengukuh ikatan persatuan antara peribadi dengan mengingati rukun usrah:-Ta’ruf-Tafahum-Takaful
3-Praktikaliti jalinan persaudaraan daripada teori kepada “PELAKSANAAN”
4-Saranan kepada setiap anggota dengan merelakan diri turun ke medan dakwah.
5-Menghimpun dana di kalangan Ikhwan bagi menjamin kekuatan ekonomi.
6-Keterikatan kepada sistem usrah adalah kewajiban bagi semua anggota jamaah!
7-Usrah adalah tulang belakang jamaah, samada secara individu, sosial, atau kewangan. Kerana jamaah adalah harapan Islam dan kaum Muslimin.
Tujuan Usrah:
Membentuk keperibadian Muslim yang Islami secara integral pada setiap diri muslimin, mentarbiyyah lalu mengembangkannya dengan prinsip; mandatori iaitu bersandar kepada etika-etika Islam.
Pelaksanaan Usrah:
Tiada perkara yang mudah bagi mengecapi senang.
1-Tunjukkan teladan dengan kata-kata yang anda sampaikan. Jauhkan sikap tidak konsisten antara pengucapan dengan perbuatan.
2-Ikhlas dalam memberi-Contohnya: menepati janji, meminta maaf, mengucapkan terima kasih, dan memberi pertolongan.
3-Tanam Perasaan Yakin kepada ahli usrah. Mulakan dalam diri anda wahai para nuqaba’. Antara masalah hati ialah keenganan mengiktiraf kepercayaan ke dalam diri ahli usrah.
-Contohnya: memberikan tugasan-tugasan yang mudah-buka dan tutup majlis halaqah-mengantikan tempat anda selaku naqib-memberi informasi eksklusif contohnya: informasi mengenai perkembangan dunia da’wah yang tidak terdapat dalam media-media arus perdana-bercerita mengenai diri ANDA yang umum tidak ketahui.
4-Menekankan konsep Kepercayaan-Sabar dalam membina kepercayaan anggota usrah terhadap anda-Tiada paksaan-Bersikap persuasif dan proaktif.
5-Anda-Harus kompetensi di dalam bidang agama, da’wah dan semasa-Contohnya: ketika menyampaikan silibus usrah dengan diselangi dalil yang dihafal beserta bahasa arab dan berkongsilah pengalaman anda dalam segala usaha da’wah yang dilalui
-Jika anda tiada upaya menguasai, jangan sesekali menunjukkan sikap lemah di hadapan anggota usrah, tetapi tunjukkan sikap juang bahawa anda sedang dan terus berjuang untuk menguasai segala mantan ilmu.
6-Ketrampilan dengan wibawa-Cara berjalan, duduk, ekspresi tubuh, wajah intonasi wajah, pakaian dan perhiasan diadun agar menampakkan karisma diri nuqaba-Bersesuaian dengan gaya murrobbi.
7-Memahami peribadi anggota usrah-Perkara yang disukai atau tidak disukai-Makanan kegemaran-Kisah ibu bapa-aktiviti lapang-penyakit kini dan pernah dideritai.
8-Rihlah dan perjalanan jauh-Jangan formal kelak menjadi kaku-Menurut Saidina Umar al-Khatab RA, ia mampu membawa kepada pengenalan diri seorang tema.
9-Saling berkongsi isu-isu dalaman-kecuali “aib diri anda selaku murrobbi”-Saling mengingatkan anggota usrah bahawa anda sentiasa bersedia untuk mendengar dan membantu mereka-JaMinan Kerahsiaan!
10-Sesuaikan tugasan kepada anggota usrah bagi menganalisa tahap kemahiran yang dimiliki-Contohnya: hafalan, bedah kitab, penggisian daurah dan lain-lain.
11-Kunjungan ke rumah atau tempat tinggalnya-Kondisi rumah mencerminkan keperibadian seseorang.
12-Memerhati-Pakaian, hiasan kenderaan, tas-tas tangan dan gaya penampilan anggota usrah-Baca buku psikologi bagi meningkatkan pemahaman anda mengenai daya upaya setiap insan dalam usaha da’wah.
13-Sesekali tukar methodologi da’wah dalam usrah dengan mengadakan hari keluarga-Berpetang-petang bersama anggota dengan bersukan sekurang-kurangnya sekali seminggu.
-Diskusi-Perbincangan mengenai kes-kes tertentu-Dialog-Simulasi-“Role Play”
14-Penyebaran maklumat melalui internet; PKPIMSiber; Blogger di kalangan pimpinan tertinggi PKPIM.
15-Melazimi keberadaan di Majlis-Majlis Ilmu-Membina Rohaniyyah-Contoh: Kulliyyah / Daurah Hai’ah-Seminar Ta’dib Islami-Pengajian Kitab-kitab Turath-Ziarah dan mengadakan pengajian-pengajian di institusi-institusi pondok bagi ikhwan dan akhwat.
16-Merujuk dan melapor bagi segala aktiviti jamaah kepada PKPIM-Mewujud kesinambungan dan kesepakatan dalam fikiran.
17-Sunduq al-Usrah-Tabung Usrah di semua peringkat-berterusan dan azam untuk menyumbang
Agenda Usrah:
1-Solat Maghrib dan Bacaan Ma’thurat Sughra 30Minit
2-Jamuan (Ringkas) 30Minit
3-Solat Isya’ 20Minit
4-Tafsir al-Quran/Huraian Hadith/Perbincangan Kitab dan Hafazan (Rujuk Kitab Tafsir) 60Minit
5-Perbincangan Topik-Topik Khas, Semasa dan lain-lain 40Minit
Jumlah Masa 180Minit
Usrah di kalangan akhwat Muslimah bermula pada tahun 1351H / 1932.
Barat memandang tinggi wanita-wanita Islam, lalu Qasim Amin telah dilatih hingga dikenali sebagai pelopor propaganda barat juga seorang yang tekun dalam mensosialkan umat Islam ketika itu. Dia terkenal dengan buku Tahrirul Mar’ah (Pembebasan Wanita) dan Al-Mar’atul Jadidah (Wanita Baru). Dia menganjurkan melepaskan jilbab, bercampur gaul dengan lelaki dengan tujuan menjauhkan wanita daripada agamanya.
Kemudian, dengan diketuai oleh Sayyidah Labibah Ahmad yang juga ketua redaksi majalah An-Nahdhah An-Nisa’iyah (Kebangkitan Wanita), telah menjelaskan mengenai kepentingan kebangkitan muslimah dalam pembangunan Islam dan seluruh ruang lingkup kehidupan.
1-Program kesedaran semangat keISLAMAN dan membentuk wanita berjiwa pendidik dan mampu menanggung beban da’wah.
2-Penjelasan mengenai hak dan kewajiban selaku Muslimah-Isu-Isu Muslimah-Pernikahan-
3-Bimbingan aktif, sahih dan efektif dalam pembinaan keluarga bagi tujuan keseimbangan.
4-Perbincangan mengenai kecintaan kepada ajaran al-Quran, Sunnah Nabi, biografi ibu mukminat dan tokoh-tokoh wanita yang telah memenuhi lembaran perjuangan menegakkan Islam.
5-Memerangi khurafat, bid’ah, pembohongan, penyelewengan pemikiran dan tradisi buruk.
6-Berperanan aktif di dalam program-program jamaah.
:...Perbincangan...:
Tempat Pertemuan Usrah:
1-Jauh tidak bererti usrah tidak dapat dijalankan-Bincangkan di kalangan anggota usrah mengenai tempat yang mendapat persetujuan bersama-Berstrategi-Gunakan tempat-tempat umum seperti masjid dan taman.
2-Bergilir-gilir di kalangan mengadakan usrah di kediaman anggota-Kumpul dana atas semangat ukhuwwah fillah.
3-Sebagai murrobbi; jangan bersikap mendesak-Santuni keperluan anggota usrah-Mesyuwarahkan di kalangan angota junior dan izinkan mereka membuat keputusan.
4-Berdikit-dikit menjelaskan mengenai semangat pengorbanan apabila anggota usrah telah memahami ruang jihad dengan menghadiri majlis-majlis ilmu. Firman ALLAH SWT:
“Kalau yang kamu serukan itu perjalanan yang tidak berapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) ALLAH: “Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersam-samamu”. Mereka membinasakan diri mereka sendiri; dan ALLAH mengetahu bahawas sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta”
(At-Taubah:9:42)
5-Tahap berikutnya dengan memindahkan tempat pertemuan usrah di tempat yang agak jauh, lihat dan nilai konsistensi kehadiran anggota dalam beberapa kali pertemuan.-Jika berkurangan, pindahkan kembali ke tempat asal-Secara istiqamah, anjurkan kehadiran anggota usrah di tempat-tempat yang jauh.
6-Tiga perkara sebagai dinyatakan uzur syar’i, yang lebih penting daripada pertemuan usrah:
1-Kegiatan mencari Nafkah (Bekerja)
2-Mendesak dan darurat
3-Tugas dari struktur da’wah yang lebih tinggi
:PERBINCANGAN SEKITAR ISU USRAH DAN PELAKSANAAN:
Wallahu’alam
"وصلى اللّه على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم"
almukminun
09 Jamadilawwal 1429H
Tiada ulasan:
Catat Ulasan