::Teman Bersama::

Khamis, 27 Mac 2008

Pesan Guruku, Tn. Guru Wan Izzuddin al-Haddad al-Aidrus

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ

Gambar ihsan daripada Ikhzreen Husin

Pesan Guruku, Tn. Guru Wan Izzuddin al-Haddad al-Aidrus
Bersempena Sambutan Maulidur Rasul 1429H:

Dampingi Para Ulama' dan Orang-Orang Soleh,

Nescaya kalian akan disirami oleh limpahan Rabbani,

Berjalan menuju ALLAH SWT ini sukar,

Jadi Bersabarlah,

Mulakan ia dengan TAubAT,

kerana DOSA KITA PenghalanG UTAMA di Jalan Menuju-NYA.

Tujuan sebenar manusia dicipta ialah UNTUK BERIBADAH kepada ALLAH SWT dan menjadi

KHALIFAH.

..........................................................

Manusia dikurniakan dengan berbagai kelebihan dan kekurangan.

Kerana itu ada di antara mereka(Para Pencinta ALLAH SWT) yang mencapai maqam wali dan

ada pula yang hanya sekadar memiliki sifat Muslim BIASA.

Keadaan ini disebabkan oleh Keupayaan mereka dalam mengendalikan nafsu.

Hari depan para sufi adalah akhirat yang mana jalan untuk sampai kepadanya adalah kehidupan

dunia yang dipenuhi oleh ibadah yang sempurna.

Manakala masa depan ahli hawa' adalah dunia dan segala isinya yang pastinya melupakan

manusia dari TUHANnya padahal kehidupan manusia pasti berakhir.

Kita semua akan bertemu dengan ALLAH SWT dalam berbagai-bagai keadaan,

MAKA,beruntunglah para sufi yang dijemput oleh ALLAH SWT sebagai kekasih-NYA.

19 Rabiulawwal 1429H

Tiada ulasan: