::Teman Bersama::

Rabu, 30 Januari 2008

Kita kehilangan sebutir mutiara berharga..


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ

Kita kehilangan sebutir mutiara berharga..

ALLAHU ALLAH.
Kembalikanlah umat ini kepada kesatuan Islam Yang diajar Baginda Nabi.
Hindarilah kehinaan dari kalangan kami ini.
Hidupkanlah hati ini dengan cahaya kecintaan kepada para ulama waris Nabi.

ALLAHU ALLAH,
kurniakanlah kesempatan kepada kami dalam mengutip segala mutiara hikmah
dari hambaMU yang sholeh lagi Faqih dalam agamaMU.

Siapakah lagi yang akan membimbing kami ketika semua HambaMU yang faqih akan perihal ISLAM,
beransur-ansur ditiadakan. Tidak sanggup hati-hati hambaMU ini,
tidak keruan mencari-cari akan jalan kebenaran.
bagai anak yang kehilangan ibu,
bagai musafir lalu tanpa hala tuju di malam gelap gelita,

Andai tanpa pembimbing mursyid.
kami pasti kehilangan cahaya kebenaranMU.

ALLAHU ALLAH.
Lazimkanlah hati-hati ini untuk mengutip segala mutiara ilmu dari para HambaMU yang sholeh.
panjangkan kesempatan kami dalam mencintai majlis-majlis ilmu.
ketika guru-guru mursyid ini masih bernyawa.

ALLAHU ALLAH.
tempatkan para hambaMU Yang Sholeh itu di kalangan orang-orang yang Engkau kasihi.
...................................................................................
al-Fatihah


Dimaklumkan bahawa Dato' Ishak Baharum (bekas Mufti Negeri Selangor) telah kembali ke rahmatullah pada jam 12.00 tengahari, 30 Januari 2008 di Hospital Sg Buluh.
Takziah diucapkan kepada keluarga almarhum.
Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Maka, kita kehilangan seorang lagi bintang daei.
Al-Fatihah.. .

al-Mukminun

Tiada ulasan: