::Teman Bersama::

Rabu, 28 Ogos 2013

Kita Akan Dapat Apa Yang Kita Usahakan.




Kita Akan Dapat Apa Yang Kita Usahakan.


Nabi Isa Alaihissalam memerintahkan 12 orang murid beliau berdakwah di seluruh pelusuk dunia.

Salah seorang darinya berdakwah di sebuah kota besar. Ketika memyampaikan ilmunya, seorang lelaki mencabar agar beliau menunjukkan tanda bahawa beliau seorang murid Nabi Isa Alaihissalam dengan menghidupkan orang yang mati di sebuah kubur di hujung kota. Semua yang mengikuti kuliah beliau terpingga-pingga.

Ketika mereka tiba di kuburan tersebut beliau berdoa semoga ALLAH memghidupkan jenazah yang telah lama dikebumikan itu sebagai pengajaran kepada anak didik disekelilingnya.

Dengan kuasa ALLAH, orang tersebut bangun dari kuburnya dan menjerit-jerit: "Keldaiku.....mana keldaiku....keldaiku...."

Semua terpaku. Pertama dengan anugerah daripada ALLAH, kedua kenapa keldai yang dijeritkan oleh mayat tersebut.

Maka, anak murid Nabi Isa Alaihissalam memceritakan:

"Dahulu lelaki ini hidup dalam keadaan yang sangat miskin. Beliau kurus, namun keldainya dijaga melebihi kasihnya kepada dirinya sendiri. Dia bersungguh-bersungguh memelihara keldainya hingga melupakan usaha untuk kebaikkan dirinya."

Maka, disaat kalian melihat dia hidup tadi dan dia menjerit-jerit nama keldainya sebagai tanda ingatan daripada ALLAH kepada kalian dan diriku, bahawa kalian akan sentiasa cinta dan bersama dengan apa yang kalian usahakan di dunia. 

**********
Bahkan kita boleh bayangkan apa yang sungguh-sungguh kita usahakan di dunia ketika ini, itulah yang bakal kita rindui di akhirat nanti.

Semoga ALLAH menerima amalan kita dan semoga kita yeman berteman di Syurga nanti. INSYAALLAH. ...


Mohon doa mendoakan ya.


Al Mukminun
29 Ramadhan 1434H. / 07082013


Khamis, 22 Ogos 2013

Metallica dan Mental Ka Apa Tak Peduli Isu Kalimah ALLAH?




Metallica dan Mental Ka Apa Tak Peduli Isu Kalimah ALLAH?

Tuan Puan yang dikasihi oleh ALLAH,

Di antara Kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol adalah disebabkan oleh seorang penyanyi! [Ayat Penegasan]


Al-Ziryab  bergurukan Ibrahim al-Musali dalam bidang seni nyayian beliau. Al-Ziryab sangat terkenal di Baghdad dengan lagu-lagu yang didendangkan memuji dan memuja para pemimpin golongan bangsawan. Kejayaan beliau di Baghdad akhirnya berakhir apabila para penyanyi menaburkan fitnah hingga Al-Ziryab dihalau keluar oleh Khalifah dari Baghdad.


Mutakhir, para artis-artis luar berpusu-pusu ke Malaysia disebabkan tidak laku di negara mereka sendiri ya. Ketika zaman kita ini, penyanyi qasidah dan nasyid pula ditabur fitnah oleh wahhabi dan syiah... Seperti ada jalan cerita yang sama.


Setelah beberapa lama menantikan peluang, akhirnya al-Ziryab mengunjungi Kota Cordoba untuk mencuba nasib di sana. Pada ketika itu, orang-orang Islam Sepanyol masih tidak mengenali hiburan nyanyian. Beliau amat tidak menyangka apabila persembahan beliau mendapat sambutan sangat baik.


Pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Rahman II, kerjaya seni Al-Ziryab berkembang apabila beliau dijemput membuat persembahan di Istana serta mengajarkan muzik, nyanyian dan fesyen kepada sesiapa yang berminat. Ketika inilah bermulanya pelbagai fesyen bagi menyambut keraian yang pelbagai.


Semenjak kedatangan al-Ziryab, orang-orang Islam Sepanyol mula mengenali sambutan yang disertakan dengan pertunjukkan tarian dan muzik. Pada mulanya tarian dan nyanyian hanya dilakukan oleh kaum lelaki, tetapi akhirnya kaum wanita turut bersama berhibur hingga mengakibatkan pergaulan bebas. Sedikit demi sedikit syariat serta identiti umat Islam Sepanyol dihakis.


Sultan Abdul Rahman II merupakan pecinta kepada ilmu dan duduk bersama para ilmuan Islam Sepanyol. Namun, beliau tidak menghalang aktiviti Al-Ziryab yang akhirnya menjadi ”TIANG KEHANCURAN” empayar umat Islam Sepanyol.


Pada zaman itu, jumlah ulama sangat ramai, tetapi pengaruh al-Ziryab dan kata-katanya lebih mendapat sambutan masyarakat. Masyarakat yang dihidangkan dengan hiburan dan keseronokan, akhirnya sedikit demi sedikit meninggalkan tugas JIHAD dan PERJUANGAN.


Kini, apa beza zaman kita dengan mereka, permulaan jalannya sama, kehilangan perasaan empati kepada nasib saudara seIslam di Palestin, Syria, Mesir, Rohingya (Arakan) dan Kashmir masih menjadi dogma sepi.


Apabila saya ditanya, kenapa sedikit perkongsian tulisan, jawab saya : ”...biarlah...umat ini bukannya suka membaca panjang-panjang sebab mereka sudah kehilangan rasa manis majlis-majlis talaqqi ilmu, mereka suka menjadi ILMUAN SEGERA walau bukan semua.”


Mohon doakan Proses Perjalanan Bantahan Penggunaan Kalimah ALLAH oleh The Church di Mahkamah Rayuan Putrajaya. Pada 22 Ogos 2013.

al-faqir al-mukminun

15 Syawal 1434H/22082013

Sumber rujukan :

Kerajaan Islam Sepanyol: Serupakah Nasib Kita oleh al-Fadhil Ustaz Dr. Rosli Mokhtar

Rabu, 17 Oktober 2012

RUMAHTANGGA : JAUHI PENGHASUT DAN PENYIBUK [P&P]





RUMAHTANGGA : JAUHI PENGHASUT DAN PENYIBUK [P&P]


Punca utama perceraian apabila ramai disekeliling anda cuba menjadi jaguh bicara. Ya, ada di kalangan mereka niatnya baik “..untuk melihat rumahtangga bahagia..”, ada pula yang sememangnya dari awal lagi memasang niat jahat “..semoga rumahtangga depa ni hancuss...buleh aku tackle suami dia/isteri dia/ harta dia.... ^_^ ”.



Tuan Puan yang dikasihi, di kalangan mereka yang berniat baik terlupa mereka telah tanpa sengaja melantik diri mereka sebagai seorang P&P [dibaca Penghasut dan Penyibuk bukan Proffesional dan Pengurusan]. Merekalah penasihat cabuk yang memberi tanpa diminta. Bukankah Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam  sendiri memberikan nasihat mengikut sela masa dan keadaan sesuai mengikut keupayaan mad’u yang hendak Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam sampaikan. P&P ini memberikan nasihat sepantas kilat tanpa melihat keseluruhan isu yang dihadapi oleh pasangan.



Sebagai contoh, P&P melihat isteri jirannya menaiki motorsikal ke tempat kerja sedangkan suami jirannya memandu kereta ke tempat kerja. Lalu dikhabarkanlah kepada seluruh taman sambil mulut menjuih : “...lihat tu, suami bukan main bergaya, isteri naik motorsikal je, ada ke patut..”



Sedangkan pada situasi sebenarnya, si isteri menaiki motorsikal kerana tempat kerjanya hanya di dua blok rumah dengan masa 3 minit untuk ke tempat kerja. Manakala si suami pula tempat kerjanya terletak lebih 100 km jaraknya yang mengambil masa 1 jam 30 minit perjalanan. Suami dan isteri jirannya telah saling redha dengan kenderaan yang dinaiki mereka. Maka telahan apa yang dihamburkan oleh jirannya yang “Mengambil Berat” itu. Perkataanya sahaja telah menyebarkan fitnah bermula hanya dengan sangka.



P&P juga memulakan bicaranya dengan sapaan soalan yang menyentuh jiwa khusus menunjukkan simpati yang bukan dari hati. Kepura-puraan untuk mencungkil rahsia yang kemudian diguna untuk dijaja meninggikan diri si P&P.



Sebagai suami  isteri perkara yang patut diingati, jangan sesekali menceritakan kisah rumahtangga hatta kepada ibu bapa, adik beradik, atuk nenek apatah lagi rakan jiran taulan. Lebih 70 peratus masalah perceraian yang saya kendalikan berpunca dari PENASIHAT TIDAK BERTAULIAH ini. Ya, mereka manusia yang kita sangat hormati bahkan memiliki pertalian darah. Tetapi, permasalahan yang ditimbulkan hasil perkongsian masalah kepada mereka menatijahkan sokongan TIDAK ADIL kepada anda dan pasangan. Mereka menyokong melulu tanpa melihat isu dan masalah dari ruang yang pelbagai. Contohnya seperti punca, kesalahan anda, ketidakpuasahan hati pasangan terhadap diri anda. Hanya disebabkan ada pertalian darah atau termakan budi misalnya membuatkan perkara hak kabur dibalik silauan cahaya. Tuan puan, jujurlah pada diri masakan tidak ada sekelumit simpati dari ibu apabila anaknya menceritakan kegoncangan rumahtangganya. Bukan tiada ibu dan ayah kandung yang adil, tetapi kehadiran mereka susah dipunca kuasa duakan jumlahnya.



Bukan tidak boleh meluahkan kepada mereka, tetapi dahulukan ribuan USAHA dimulai dengan pengharapan bantuan kepada ALLAH. Muhasabah melihat kekurangan dan kesilapan diri sendiri berbanding pasangan. Berfikir untuk menjalani sesi kaunseling dari Kaunselor Muslim Bertauliah di bawah Akta Kaunselor 1998 di Malaysia. Sesi kaunseling yang anda jalani ialah rahsia.



Suami dan Isteri mesti bertegas dengan segera menghalang Penyibuk dan Penghasut ini walau dengan niat tanpa sedar mereka dari memanjangkan simpati yang tidak Tuan Puan nanti. Contoh ketegasan : “..."..MAAF,ini rumah tangga saya, awak, abah, umi, abang, kakak, adik tiada hak dalam isu ini kerana saya TIDAK MINTA dan kami BAHAGIA..".  Tuan-Puan pertahankanlah RUMAHTANGGA habis-habisan. SUAMI atau ISTERI wajib pertahankan ISTERI atau SUAMI apabila dikata walaupun daripada orang yang kita hormati selagi tidak BERBUKTI.



Sebagai seorang suami, tanggungjawab anda sungguh besar terhadap isteri. Sebagaimana firman ALLAH SWT :



“...Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada ALLAH, kerana sesungguhnya ALLAH amat berat azab seksa-NYA (bagi sesiapa yang melanggar perintah-NYA)” [Surah al-Maidah : 2]



PENYIBUK dan PENGHASUT, jahat sangatkah mereka ? Kadangkala isyarat subliminal diluar lokus kawalan dalaman P&P berasa apa yang mereka lakukan amat membantu rumahtangga yang hendak dibantu walau pada dasaarnya mereka sebenarnya PERASAN begitu. Mereka tertipu bahawa apa yang mereka usahakan merupakan satu usaha masuk campur urusan rumahtangga  pasangan samada dari kalangan ahli keluarga atau pasangan lain tanpa perlu.



Kerana itu artikel ini bernada ganas ala-ala genre “System Of Down” atau Cromox-Butterfingger Malaysia. Biar ganas-ganas dahulu sebelum perkara yang halal, tetapi di benci oleh ALLAH berlaku sebagaimana Imam At-Tirmizi Rahimahullah berkata : Katsir Bin ‘Ubaid telah menceritakan kepada kami (dia berkata): Muhammad bin Khalid telah menceritakan kepada kami dari Mu’arrif bin Washil dari Muharib bin Ditsar dari Ibnu Umar dari Nabi Muhammad Shollallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:



أَبْغَضُ الْحَلَالِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى الطَّلَاقُ

Perkara halal yang paling ALLAH benci adalah perceraian.”  Terpaksa, kerana campurtangan atas nama MAHU MEMBANTU oleh P&P merupakan malapetaka punca perceraian pasangan yang saya kendalikan sesi kaunseling. Isu ini sangat serius agar PENYIBUK dan PENGHASUT tanpa sedar ini memahami bahawa anda telah menceroboh secara keji sebuah rumah pasangan dan tiba-tiba tanpa diminta anda mengubah atur letak perabot dan strategi rumahtangga mereka. Itu analoginya jika boleh dikira sebagai yang dimaksudkan. Saya tambah lagi, dalam soal gaji misalnya, jika isteri yang bekerja telah diberi izin oleh suami untuk bekerja, tiba-tiba ANDA wahai P&P memandai menghalang si isteri dari memberi bantuan kepada suami ketika memerlukan.



Justeru, saya hadirkan sebuah contoh yang ditulis oleh sahabat saya Al-Fadhil Ustaz Abuzulfiqar di dalam blog beliau : Penyelesaiannya... tidak lain adalah kebijaksanaan dalam membuat pertimbangan.



1. Si suami mesti faham dan akur bahawa harta isteri adalah milik isteri. Si suami tidak boleh pandai-pandai mengguna atau memaksa si isteri menggunakan wang itu untuk menguruskan perbelanjaan keluarga.



2. Si isteri pula mestilah menghargai keizinan si suami untuk dirinya mendapat pendapatan sebegitu, dan faham bahawa perbelanjaan si suami menguruskan rumahtangga bertambah dengan banyaknya apabila si isteri keluar bekerja.



Di sinilah perlunya kebijaksanaan masing-masing untuk saling menghargai hak masing-masing dan saling memberi untuk menguruskan keluarga.



Perkara ini harus juga difahami oleh P&P agar usaha menghasut tanpa sedar ini dapat dijauhkan dari dimulakan. Terimalah, bahawa kita tidak semsetinya tahu dengan hanya melihat kepada satu isu, lalu disangka dengan mengaitkan dengan teori penyedap cerita untuk dipanjang-panjangkan.



Tuan-Puan P&P juga perlu insaf, percikan api yang tuan puan mulakan dengan menokok tambah cerita memiliki peratusan kukuh untuk berkongsi dosa kerana usaha meruntuhkan sebuah rumahtangga bahagia. Tuan Puan P&P, ALLAH SWT dengan penuh kasih sayang memperingatkan orang yang memutuskan nasab kekeluargaan dengan laknat dan azab, di antara firman-NYA :



“Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerusakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan ? Mereka itulah orang-orang yang dilaknati ALLAH dan ditulikan-NYA telinga mereka, dan dibutakan-NYA penglihatan mereka.” [Surah Muhammad :22-23]



Memutuskan tali silaturahim adalah sesuatu yang dilarang oleh agama Islam. Dalam Surah an-Nisa’: ayat 1, ALLAH SWT berfirman :



 “Dan bertaqwalah kepada ALLAH yang dengan mempergunakan nama-nama-NYA, kamu saling meminta, dan (peliharalah) hubungan silaturahim.”



Dalam kitab Ahkam al-Qur’an, Ibnu al-Arabi menafsirkan ayat ini dengan menulis : "Takutlah kepada ALLAH untuk berdosa kepada-NYA dan takutlah untuk memutuskan tali silaturahim".



اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم



WALLAHU’ALAM.  ^_^


P/S : Jemput hadir Majlis Selawat bersama Habib Syech AsSeggaf
20hb Oktober 2012 : Masjid As-Syakirin KLCC
21hb Oktober 2012 : Dataran MBMB Melaka
22hb Oktober 2012 : Dewan Besar UPSI, Tanjung Malik, Perak



Al-Faqir ilallah : almukminun
2 Zulhijjah 1433H/17102012

Selasa, 2 Oktober 2012

Ringkasan Biografi Habib Syekh Bin Abdul Qadir Asseggaf





Ringkasan Biografi Habib Syekh Bin Abdul Qadir Asseggaf


Isnin, 01 September 2008


Nama Habib Syekh bin Abdul Qadir Asseggaf sebagai pendakwah, boleh jadi belum dikenal secara  meluas di kalangan masyarakat. Namun di kalangan jamaah majlis shalawat atau kegiatan Maulidan, Beliau cukup dikenali. Terutama kerana ketokohan beliau dikurnikan oleh ALLAH dengan memiliki suara yang sangat merdu.


Selain itu beliau juga mencipta sendiri lagu qashidah yang nada dan iramanya dapat diterima telinga masyarakat, baik masyarakat yang akrab dengan kegiatan majlis shalawat mahupun masyarakat awam.


Dengan suara yang merdu ini, Habib Syech berhasil memikat kalangan muda sehingga mereka menyukai qashidah dengan syair-syair yang seluruhnya bersumber dari kitab Simthud Durar. Ribuan bahkan jutaan belia turut bergabung dalam acara-acara selawat yang dianjurkan.


Sebenarnya syair-syair qashidah yang dibawakan beliau bukanlah syair puji-pujian yang baru, namun Habib Syekh berhasil membentuk dan mengemas kini irama pembacaan maulid Tradisional menjadi lebih indah dan menggoda telinga yang mendengarnya.


Selain itu, Habib Syekh bin Abdul qadir Asseggaf ini juga suka berkongsi dan memberi, meskipun beliau sendiri kadangkala dalam kekurangan. Bahkan ketika awal pembabitan  dakwahnya ke pelosok-pelosok Indonesia, beliau membawa nasi bungkus, untuk dibahagikan kepada para jamaah.


Dengan Kereta Angin


Perjalanan hidup Habib kelahiran Solo, 20 September 1961, ini cukup berliku. Beliau pernah berjawa sebagai seorang usahawan tapi kemudian muflis. Di saat sulit itu, Habib Syekh melakukan dakwah menggunakan kereta angin ke pelosok-pelosok untuk melaksanakan tugas dari sang guru, almarhum Habib Anis bin Alwi Alhabsyi, imam masjid Riyadh Gurawan Solo.


Pada saat itu Habib Syekh bin Abdul Qadir Asseggaf juga sering diejek sebagai orang yang tidak punya pekerjaan dan habib jadi-jadian. Namun Habib Syekh tidak pernah marah atau mendendam kepada orang yang mengejeknya. Justeru sebaliknya, beliau tetap tersenyum dan memberi sesuatu kepada orang tersebut.


Terkadang Habib Syekh bin Abdul Qadir Asseggaf secara istiqamah memberikan ta’lim di sebuah daerag bernama Kebagusan, sedangkan dakwah rutinnya di kota Solo dan kota kota di Jawa Tengah.


Buat seluruh rakyat Malaysia, INSYA’ALLAH, khabarnya beliau akan hadir ke Malaysia pada tarikh 20-22 Oktober 2012. Mohon kuti perkembangan dari [The Official " Inteam Band " Fan Page]  ya. Jom berkasih sayang saling doa mendoakan ya..    ^_^


Sumber: Majalah Kisah Islam Al-Kisah No.18/25 Ogos - 7 September 2008


WALLAHU'alam   ^_^


Sumber Gambar : FB : [The Official " Inteam Band " Fan Page] 


16 Zulkaedah 1433H
02102012

Jumaat, 28 September 2012

Tuan Guru Dato' Dr Haron Din dan Syeikh Mohd Zainul Asri Bin Romli




Majlis Ilmu
Tarikh : 14 Zulkaedah 1433 [Ahad]30 September 2012
Tempat : Masjid Al-Falah USJ 9 Subang Jaya
1-Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din Hafizhullah
[Waktu : 0900 pagi – 1030 pagi]
2- Syeikh Mohd Zainul Asri Bin Romli
[Waktu : 1100 pagi – 12.30 tgh]

Jemput Hadir dan Mohon Doa Mendoakan Ya...

Selasa, 18 September 2012

Musim Haji 1433H : Bani Hashim (Keturunan Rasulullah ) di Makkah.




Musim Haji 1433H : Bani Hashim (Keturunan Rasulullah S.A.W ) di Makkah.


Pengalaman ini saya alami ketika diizinkan oleh ALLAH SWT untuk menunaikan umrah pada Mei 2010. Dari saat sebelum menunaikan Umrah, saya berdoa semoga ALLAH temukan dengan nasab Junjungan Mulia Sayyiduna Muhammad  S.A.W . Saya mendengarnya dari lisan guru-guru saya agar menziarahi ahlul bayt Sayyiduna Muhammad S.A.W , berkhidmat kepada mereka hatta termampu melemparkan senyum.


Sejak tiba di bumi Madinah, asal sahaja bertemu Habaib di sana saya bertanyakan kisah Bani Hashim yang berada di Bumi Hijjaz [sebelum ditukar kepada Arab Saudi] dalam rampasan kuasa terancang oleh wahhabi. Ia dimulai oleh Muhammad Bin Abdul Wahab sejak tahun 1125 H / 1713 M. Pada waktu tersebut gerakkan menjatuhkan empayar Kerajaan Uthmaniyyah giat dijalankan. Ia dijalankan secara rahsia dengan penyerapan fitnah dan sengketa. Paling utama, apabila sesebuah pemerintahan dijauhkan dari amalan kerohanian dan majlis-majlis keilmuan, maka amat mudah musuh mengambil tempat. Sifat tamak dan gila kuasa apabila ada pada jiwa, halal diharamkan dengan kewenangan.


Pada 10 Mei 2010, sehari sebelum bertolak pulang, usai menunaikan solat fardhu Asar, dalam doa akhir saya bermohon dengan lintasan di dalam hati agar dipertemukan dengan keturunan Sharif Makkah selepas mereka diusir oleh kerajaan saud dan wahhabi. Selesai mengusapkan tangan ke wajah, tegur seorang Pak Arab yang didalam gambar tersebut disisi kanan Syeikh. Beliau memperkenalkan diri dengan nama sebagai Yusuf al-Mansor, seorang usahawan dari Dubai dan menyatakan amat bangga dengan kemajuan Malaysia. Menurut beliau UAE menjadikan Malaysia sebagai acuan bernegara. Saya pintas, mohon ambil yang baik dan doakan serta jauhi  buruk yang kelihatan.


Beliau menyatakan, dalam sebulan sekurang-kurangnya sekali beliau akan menziarahi Makam Sayyiduna Muhammad S.A.W dan menunaikan Umrah. Menurut beliau lagi, akan kerap ke Madinah dan Makkah apabila berdepan dengan isu dan terbeban masalah. ALLAH.... Kali ini beliau ke bumi suci ini bersama isteri ketiga. Had ni, biarlah rahsia na. Etika kerahsiaan Kaunselor  ^_^


Memang ramah dan mesra. Kemudian beliau bertanyakan kepada saya, mahukan Tuan bertemu dengan Syeikh Ahmad ? Cucunda Sayyiduna Muhammad S.A.W yang bersalasilah dengan Raja Jordan. Saya : hanya menitiskan airmata kesyukuran tidak-tidak terhingga.  Entah bagaimana perasaannya ya.


Syeikh Yusuf al-Mansor memimpin tangan saya menuju ke sebuah tempat yang betul-betul menghadap pancuran emas Kaabah. Seorang lelaki sedang menuangkan teh kemudian dimasukkan daun pudina. Usai memberi salam dan ta’ruf. Dalam bualan tersebut Syeikh Ahmad menceritkan mengenai kisah penaklukan Bumi Hijjaz dan peranan wahhabiah. Emm...berderai airmata. Syeikh Ahmad bukan calang-calang orang, beliau merupakan jutawan berlian dan emas. Syeikh Ahmad menyatakan mengikut kefahaman beliau Raja Jordan merupakan permulaan kepada sistem monarki setelah perpecahan jazirah Arab dibawah ta’luk Yahudi melalui gerakan dan peranan yang dimainkan oleh British dan Amerika Syarikat. Mohon rujuk Kitab Fitnatul Wahabbiah [Karya Al-Allamah Sayyid Ahmad Zaini Dahlan, mantan Mufti Makkah] sebagai rujukan.  Dalam status jutawan masih duduk bersila memberi minum buat para tetamu ALLAH. Hari itu beliau berkelapangan, jika bukan beliau akan ada anak atau pekerja beliau yang akan memberikan minuman.


Dalam masa kami berbual pasti Syeikh Ahmad disapa oleh Pakcik-Pakcik Arab yang melalui kami. Terakhir, semasa gambar ini diambil, seorang “Syeikh Arab berjubah tinggi dari paras buku lali terjerit-jerit : “..bid’ah..bid’ah..bid’ah...”. Dengan senyum menguntum Syeikh Ahmad berkata kepada kami : “..biarkan dia, kewarasannya tidak sihat, moga ALLAH mengampunkannya...”.


Buat para tetamu ALLAH menuju Fisabilillah, Mohon doakan alfaqir, keluarga, pejuang ASWAJA dan Ulama di Baitullah.. Mohon doa mendoakan. Semoga Tuan Puan memperolehi Haji mabrur.


اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم



Al-faqir ilallah :
Almukminun
2 Zulkaedah 1433H/18092012

Isnin, 13 Ogos 2012

Menanti




Menanti :


-Bersatunya PAS dan UMNO.


-Ketegasan kepimpinan PAS dan UMNO menolak samasekali SYIAH, WAHHABI, KRISTIANISASI, LIBERALISME & SEKULARISME.


-Mengapa Dr. Ahmad Farouk Musa [IRFront.org] diberi izin menjadi salah seorang kolumnis Harakah Daily.


-Islam liberal bergerak dengan aktif atas nama “Humanright”, Idea Dialog, Kebebasan Individu Untuk Memilih. Liberal adalah MUKTAZILAH yang dijenamakan.


-Tokoh Muktazilah kini terdiri dari kalangan ahli akademik [contoh memiliki PhD dan gelaran yang pelbagai] tetapi tidak memiliki langsung ilmu asas agama [Tauhid, Fiqh dan Tasawuff], mereka sewenang-wenangnya diangkat sebagai tokoh.


-Idea Islam liberal [muktazilah] ialah; penganutnya tidak perlu mencari hadith untuk instibath.


Al-faqir petik Renungan oleh Ustaz Anwar Mohamad didalam FB beliau :

"Politik kepartian : Antara kematangan berhujah di sebalik kebodohan dipandu keAKUan.

Kaedah hujah:

-Kawan buat salah, yang disalahkan musuh.
-Kafir punya salah, yang disalahkan saudara seMUSLIM.
-Salah kawan ditutup, salah lawan dibuka.
-Salah kafir ditutup, salah Muslim dibuka.  "


Di antara cadangan doa 10 akhir Ramadhan : Semoga umat Islam bersatu atas landasan Akidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah.


Bagi yang tidak mengenali Al-Fadhil Ustaz Ismail Mina [Presiden MUAFAKAT], Tuan Guru Haji Hadi [Presiden PAS] & Tuan Guru Abdullah Samaah [Pondok Geting], elok la ambil peluang dekati mereka. Kenali mereka dengan muzakarah, bukan bertanya kepada orang yang berkepentingan dan tidak punya autoriti berbicara tetang mereka bertiga.


Yang berkepentingan, mohon MUZAKARAH secara ikhlas bersama mereka. Usah berhujah atas emosi semata. Ada manusia mengambil kesempatan menghina ketiga-tiga mereka tanpa tahu dan kenalpun siapa yang mereka sedang mengata. Asal sahaja surat khabar terjual, sokongan dan imbalan meningkat semua itu dibolehkan. Ada juga manusia yang menggunakan hujjah ketiga-tiga tokoh tanpa periksa kebenarannya. Tuan Puan boleh berkata apa sahaja disini, tetapai pastikan Tuan Puan bertanggungjawab di mahsyar atas apa sahaja yang Tuan Puan ucapakan.  ALLAHU ALLAH.


Alfaqir :
Almukminun
24 Ramadhan 1433H / 13082012