::Teman Bersama::

Rabu, 18 Jun 2008

Majlis pengajian kitab Safinah an-Najah

Majlis pengajian kitab Safinah an-Najah




Pengajar: Habib Abdullah bin Hussin al-Masyhor pendakwah dari Madinah. Beliau merupakan pengajar di Ribat al-Jufri di kota Madinah, yang mana ribat tersebut diketuai oleh Habib Zin bin Ibrahim bin Sumaith. [InsyaAllah ada penterjemah]

Tempat: Madras Nur, 36, Jalan Pantai Murni 3, Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Peta untuk ketempat pengajian boleh di dapati disini.

Tarikh Pengajian:
Bermula pada hari ini, Isnin - 16 Jun 2008 sehingga hari Khamis, 19 Jun 2008. InsyaAllah kitab tersebut akan dipelajari sehingga khatam.

Masa: Bermula jam 9.30 malam.

Kitab [terjemahan] boleh dibeli di tempat pengajian. InsyaAllah.

Muslimin dan muslimat di jemput hadhir.

http://almukminun.blogspot.com/

……………………………………………………………………..

Habib Sholeh secara ringkas.


Habib Sholeh bin Ahmad bin Salim al-'Aydrus di lahirkan di pada 18 Jun 1957 di Kota Malang, Jawa Timur, Indonesia. Beliau adalah merupakan murid kepada al-Muhaddits al-Habib Dr Sayyid Muhammad bin 'Alawi al-Maliki al-Hasani.

Beliau merupakan tenaga pengajar di Pondok Pesantren Darul Hadits Al-Faqihiyyah Malang, Jawa Timur. Juga merupakan menantu kepada al-Habib Abdullah bin Abdul Qadir bin Ahmad Bilfagih, seorang ulama terkenal.

Habib Sholeh juga adalah merupakan seorang mahir dalam bidang hadits dan fiqh. Selain dari mengajar beliau juga ada mengarang beberapa buat kitab seperti asy-Syafiyah fi Istilahatil Fuqaha’ asy-Syafi’iyyah, Faidhul Allam fi Akhkamis Salam, an-Nasyrul Fa’ikh fi Tartibil Fawatih, Is’aful Muhtaj fi Syarhi al-Qilat al-Murajahah fil-Minhaj, Nailul Arab fi Muqaddimatil Khuthab, Lawami’un Nurissany fi Manaqibil Imam Muhammad al-Maliki al-Hasany dan Al-Injaz fi Matsali Ahlil Hijaz.

Tiada ulasan: