Temui Cinta Dalam Bulan Ramadhan
Perjalanan mencari makna cinta seorang gadis yang merasakan terlalu dihimpit rasa terbeban dengan dosa. Maka, dalam sebuah kuliah di
bulan Ramadhan yang disertai oleh si gadis, sebuah nasihat telah diberikan oleh
seorang Ustaz ; “Carilah cinta kalian wahai anak-anakku dalam keberkatan
Ramadhan. Barangkali kalian tidak menjumpainya didunia, bahkan dia ada menanti
kalian di syurga. Cemburulah kalian dengan setiap saat waktu tanpa berbuat amal
dalam Ramadhan, kerana bukan dalam pengetahuan kita dimana letak makbul doa
serta amalan.”
Mendengarkan nasihat tersebut,
si gadis berusaha habis-habisan mempersiapkan dirinya memasuki bulan Ramadhan.
Ditinggalkan segala keenakkan syahwat yang pada sebahagian manusia merasakan ia
nikmat, tetapi sebenarnya adalah laknat awal dari ALLAH ketika manusia di
dunia. Dirasai jauh disudut hatinya, kejahilan dahulu adalah hukuman. Maka,
untuk keluar, dia perlukan guru sebagai pimpinan.
Bersungguh-sungguh dia
melantunkan doa dengan penuh pengharapan terhadap ALLAH عز وجل agar diberikan
petunjuk dalam menempuh hari, waktu dan saat di bulan Ramadhan ;
اللهم لا تجعل لفاجر
على يدا فيحبه قلبي
Ya ALLAH, Ya Tuhanku! Janganlah Engkau
jadikan bagi orang jahat (fajir) mempunyai tangan (berkuasa) keatasku, sehingga
ia dikasihi oleh hatiku..
Melalui kuliah-kuliah [talaqqi]
yang dilaluinya, rakan-rakan sigadis melihatkan perubahan besar dalam jadual
ibadah harian. Menjelang Ramadhan, hatinya kegirangan dengan persediaan,
sesekali berlinangan air mata ketika menghadap TUHAN, mengenangkan kesilapan
serta kemaksiatan yang pernah dilakukan. Adakah dapat dia menemui cinta.
Hatinya saban waktu dalam
Ramadhan berbisik akan pesan yang disampaikan oleh Gurunya dalam kuliah
Ramadhan : “..cinta kalian berada dalam bulan Ramadhan...”. Kekuatan itu
membuatkan istiqamah langkahnya ke majlis-majlis talaqqi mingguan. Setiap kali
selesai majlis, dirasakannya kenikmatan beramal tanpa kesangsian. Pencariannya
diteruskan...
Al-Quran yang dibaca dirasakan
tidak puas selembar muka. Ditambah bacaannya sehingga merasakan syahdu dan
girang akan makna “....cinta...” yang ditemuinya dalam tiap helai al-Quran yang
dibaca. Bisik hatinya : “...inikah cinta Ramadhan?....”Cinta yang dibaca
membesarkan betapa agungnya ALLAH. Cinta yang dibaca sesekali membuatkan dia
tersenyum gembira, ada kala berlinangan air mata.
كَذَلِكَ الْعَذَابُ
وَلَعَذَابُ الْآخِرَةِ أَكْبَرُ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ
33. Seperti itulah azab (dunia). Dan sesungguhnya azab akhirat lebih besar jika mereka mengetahui.
33. Seperti itulah azab (dunia). Dan sesungguhnya azab akhirat lebih besar jika mereka mengetahui.
ALLAH sesekali tidak menyamakan
orang-orang yang baik dengan orang-orang yang buruk.
إِنَّ
لِلْمُتَّقِينَ عِندَ رَبِّهِمْ جَنَّاتِ النَّعِيمِ
34. Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa (disediakan) syurga-syurga yang penuh kenikmatan di sisi Tuhannya.
34. Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa (disediakan) syurga-syurga yang penuh kenikmatan di sisi Tuhannya.
[Surah al-Qalam]
Tahajud malam didirikan,
berbisik dihatinya, mengapa...mengapa keenakkan serta ketenangan solat ini aku
sia-siakan dahulu. Apakah masih ada kesempatan buat diriku menemui cinta dalam
baki usia. ALLAH....
Puasanya mengajarkannya erti
kesyukuran. Agar mencintai sesama insan yang serba kekurangan. Diletakkan
mendahulukan keperluan orang lain melebihi dirinya. Sedekah tidak pernah dia
tinggalkan dengan keyakinan apabila ikhlas pemberian, maka ALLAH akan cinta
kepada dirinya. Sebagaimana pada permulaan dirinya meninggalkan dan akhirnya
dirinya juga yang akan mengambil. Itulah buah pahala yang diusahakan, dimana
permulaan urusan itu dengan meninggalkan syahwat dan dunia, pada akhirnya dia
akan mengambilnya keenakkan hasil cinta dari ALLAH.
Pertengahan Ramadhan diteruskan
dengan pengharapan, apakah berhasil cinta yang diimpikan. Semakin yakin dirinya
akan pesan, betapa kecintaan terhadap manusia bukan bersifat kekal. Manusia
tidak akan mampu memberikan apa-apa. Kekayaan, harta benda sifatnya sementara,
tiba masa semua akan musnah.
Akhir Ramadhan ibadahnya
dirasakan amat-amat nikmat. Sesekali hiba mengenangkan perpisahan dengan bulan
yang dijanjikan pengampunan. Kesucian dari dosa bagai bayi yang baru
dilahirkan. Sesuai sabdaan Junjungan Mulia Sayyiduna Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم :
من قا م رمضان
إيما نا وا حتسا با غفر له ما تقدم من ذنبه
Ertinya : “Sesiapa yang
mendirikan Ramadhan dengan yakin janji ALLAH TAALA dan mengharapkan ganjaran
pahala di sisi ALLAH, nescaya diampun dosanya yang telah lalu.”
[Hadith Muttafaqun ‘Alaih,
lafaz dari Muslim dalam Mukhtasar Sahih Muslim]
Yakinlah dia, bahawa cinta
dalam Ramadhan adalah kelepasan dari segala dosa dan kesalahan. Adapun yang
memberi ganjaran ialah ALLAH, adapun selaku hamba, dia wajib berusaha
sebaiknya. Jika ALLAH menghendaki kebaikan kepada hambaNYA maka dicabut nikmat
darinya.
Mengertilah si gadis, bahawa
cinta yang dirinduinya sememangnya berada dalam Ramadhan. Itulah cinta bagi
pelepasan dari noda, dosa ibarat bayi yang baru dilahirkan. Kerinduan fitrah
setiap insan walau berlumuran dosa yang dikatakan oelh manusia kebanyakkan
tidak diampunkan. Tetapi ALLAH mengasihi hambaNYA dengan berfirman ;
وَ مَنْ يَّعْمَلْ سُوْٓءًا اَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهٗ ثُمَّ
يَسْتَغْفِرِ اللّٰهَ يَجِدِ اللّٰهَ غَفُوْرًا رَّحِيْمًا
“Sesiapa yang melakukan perkara buruk atau menganiaya
dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian dia memohon ampun kepada
Allah, nescaya dia akan dapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
[Surah an-Nisa : 120]
Ya ALLAH, sesungguhnya kami
memohon dekat kepadaMU tanpa cubaan yang tidak dapat kami tanggung. Belas
kasihanilah kami dalam qadha dan qadarMU. Halangilah kami Ya ALLAH, dari
keburukan orang-orang jahat dan tipu daya orang-orang yang berdosa.
Ya ALLAH, peliharalah kami
bagaimana dan seperti apa yang ENGKAU kehendaki. Kami mohon kesihatan dan
keselamatan dalam agama, dunia dan akhirat. Ya ALLAH, sertakanlah kami dalam
permohonan taufik terhadap amal-amal yang sholeh dan berikanlah kami Ya ALLAH,
hamba hina ini, yang mengharap akan ikhlas dalam beramal kepada MU. ALLAHUMMA
Amiiinn..
WALLAHU’alam
Mohon doa mendoakan.
اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه
و بارك و سلم
6 Ramadhan 1433H / 26072012
al-faqir ilallah :
almukminun
almukminun
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
::Kemudian dipenuhi kepada setiap jiwa (pembalasan) apa yang diusahakannya, sedang mereka tidak dianiayai::
~al-Baqarah2:81~