Program Solat Cegah Mungkar
2012
Dalam mendepani isu gejala
sosial remaja, pelbagai pendekatan diambil dalam usaha mendekati mereka. Pelbagai program diatur bukan sekadar menjadi
tempelan, tetapi ia perlukan gemblengan tenaga dari seluruh individu yang memiliki
kepakaran. Bidang keagamaan, psikologi dan kaunseling perlu digabungkan dalam
melahirkan sebuah pasukan bermodul untuk melaksanakan kaedah mencegah dan
merawat buat jiwa para remaja.
Kita sudah dihidangkan dengan
“SIAPA YANG BERSALAH” dan sayang, amat jarang menyinsing lengan bersama
berusaha menyelamatkan jiwa remaja yang kian dahaga akan pimpinan para du’at.
Dalam usaha tersebut, alfaqir
bersama pasukan fasilitator dijemput memberikan penggisian kepada 30 orang
remaja yang pernah terjebak dengan isu-isu aqidah juga moral seperti rompak,
rogol, samun, gengsterisme, rempit dan pelbagai lagi jenayah yang dikategorikan
atas kesalahan pesalah muda. Program berlangsung selama 3 hari 2 malam di
kawasan Tanjung Malim, Perak. ALHAMDULILLAH, program-program sebegini telah
dilaksanakan hampir ratusan kali. Dan.... ia adalah percuma.... Kecuali
kepada pengurusan berkaitan perjalanan, penginapan, makanan dan lain-lain.
Tidak mudah menguruskan emosi
muda yang dimiliki oleh mereka. Apatah lagi mahu diperkenalkan pendekatan Solat
Sebagai Benteng Mencegah Mungkar. Provokasi dan pelbagai ragam dari mereka
harus ditangani dengan ketenangan oleh para fasilitator. Kata-kata fasilitator
wajib dilaksana terlebih dahulu sebelum mengajukan agar dilaksana oleh mereka.
Program motivasi hanya tinggal
basi jika matlamatnya hanya mahukan mereka terus berubah setelah 3 hari
berprogram. Paling malang, jika sesi “air mata atau muhasabah” dilihat
berjaya dengan aliran air mata mereka. Ini merupakan salah satu kesilapan besar
apabila fasilitataor mencarik atau memerah limau diatas titisan luka peserta
tanpa tahu kaedah merawat. Dalam konteks program yang kami jalankan, program
motivasi merupakan 40 peratus kepada kesan kesedaran, manakala, kehadiran
peserta dituntut dalam menghadiri sesi-sesi kaunseling individu atau
berkelompok dari kalangan Pegawai Kaunselor yang bertauliah dengan Ijazah serta
berdaftar dari Lembaga Kaunselor Malaysia. Dalam konteks program pula, ia boleh
dilakukan secara berkala, contohnya setiap 2 atau 3 bulan sekali dengan
pendekatan Kaunseling Kelompok.
Ribuan kelebihan buat
Kaunselor yang mengamalkan teknik, kaedah dan pendekatan Islam dalam merawat
jiwa klien. Pihak Gereja sendiri memiliki silibus “Biblical Sillibus” yang
memiliki ratusan modul untuk mengatasi isu-isu pelbagai latarbelakang
masyarakat. Mengapa tidak Kaunselor Muslim mengali khazanah Islami dalam
memperhebatkan jatidiri.
Remaja zaman kita hari ini
dinamakan oleh “Pemimpin, Pengkaji, Pembuat Dasar” sebagai generasi zaman
nuklear, zaman angkasa, zaman robot dan zaman hendonisme. Nama-nama ini
daiambil bersempena dengan percambahan teknologi yang begitu pesat sehingga ada
yang beranggapan, tanpa teknologi, dunia akan mati. Astaghfirullah...
Manakala para humanis dari
kalangan asatizah ahli agama, kaunselor, pembuat dasar, pemimpin yang
mengasaskan setiap tindakan mereka atas neraca al-Quran diremehkan
meskipun mereka berjaya memberikan nama
paling sesuai dan dipersetujui oleh ramai orang pada zaman ini merupakan :
ZAMAN KERESAHAN!
Kejayaan ilmu sosial dan
teknologi mendatangkan kemewahan ekonomi dan peningkatan kekayaan. Bersamanya
prasarana pengangkutan diupayakan dengan tema “anda bergaya dengan kemewahan”.
Sedarkah di kalangan kita betapa kelengkapan material sahaja tidak cukup
menghasilkan bahagia. Bahkan ilmu perubatan yang dikatan termoden belum
tentu dapat menyelamatkan penyakit
MATI.
Paling kontradiktif apabila
hakikat zaman kemewahan dan keajaiban oenemuan teknologi serta perubatan ini
jugalah zaman timbulnya pelbagai penyakit kronik, keresahan dans ifat putus
asa. Gejala muak dengan hidup timbul di tengah kepesatan masyarakat yang makmur
secara kebendaan dan negara-negara maju.
Bahkan sudah timbul dalm
komuniti ini berbagai masalah pemikiran serius, ajaran sesat, kerusuhan agama
bangsa, kemiskinan material, keterasingan jiwa, kebejatan budaya di
bandar-bandar besar, kezaliman juga kegilaan di kalangan pemimpin.
Akar yang paling dalam bagi
keresahan moden ini terletak pada kerangka kejiwaan setiap individu dalam
masyarakat.
Tuan-Puan yang dikasihi,
melalui pemerhatian alfaqir, masalah paling parah dalam kehidupan moden ini
ialah anggapan pada sesetangah manusi bahawa hidup ini sudah kehilangan
maknanya. Ia tidak menyelimuti jiwa remaja bahkan si dewasa sudah ramai yang
mengetengahkan rasa hidup tanpa
agama.
Sentimen keagamaan serta
tradisi luhur dalam masyarakat moden telah dirobohkan oleh ilmu pengetahuan
serta peristiwa-peristiwa antarabangsa yang batil. Orang berilmu hanya
dipandang dari gelar dan Ijazahnya tanpa melihat apakah dia intiba’ terhadap
sunnah Nabi Muhammad SAW. Maka, terkejar-kejarlah bagi mereka yang tertipu
bahawa dunia semakin indah dengan gelar nafsu yang melilit di hadapan nama.
Hasilnya, tersebarlah perkataan “Tuhan
telah mati” samada ada di kalangan
agamawan atau ilmuwan yang gagal memaknakan rasa taqwa dalam ilmu yang
dipelajari. Ayuh, hidupkan rasa
BERTUHAN.
WALLAHU’alam.
Alfaqir ilallah al-Qawwiy:
Almukminun
26 Syaaban 1433H/16072012
Berikut alfaqir sertakan
sekitar gambar-gambar program sebagai renungan dan penambahan idea. Al-Faqir
boleh dihubungi : tuhibbun_ihsan@yahoo.co.uk.
Memperbaiki wudhu'
Kuliah 7 minit mengenai fadhilat mandi hadas besar
Bacaan Asma' al Husna, zikir munajat, selawat serta qasidah
Aktiviti LDK dan LLK
Interaktif seputar isu Rukun Islam &Rukun Iman. Kaedah yang dipermudahkan.
LLK : Diantara pertanyaan adik-adik peserta, bang, lepas rendam nih, betul ka boleh solat sunat Dhuha.
Menyeimbangkan kognitif keselesaan dan ksyukuran
Simple : Sesi muhasabah, betapa asal kalian dari saripati tanah, dari saluran hina, maka keluar juga kalian dari saluran yang hina. Maka, lihatlah kepada Maha Pencipta.
Slot khas tahsin solah daripada al-Fadhil Ustaz Ahmad Shazili Abdullah
[Mantan Imam Masjid as-Syakirin juga pejuang industri nasyid]. ALHAMDULILLAH, mendapat maklumbalas positif dari kalangan peserta dengan pendekatan terapi ruhaniyyah.
Sesi selawat dan bersalaman sebagai kemestian.
Di antara maklumbalas adik peserta : "..bang, boleh ka solat ataih tempat kotor nih..". "..Kenapa la saya tak terfikir bang, solat ni amat mudah dan banyak hikmah." "..bang, doakan saya..."
Selawat ke atas Junjungan Mulia Sayyiduna Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم. Moga dengan lafaz pujian ke atas Baginda صلى الله عليه وآله وسلم, terangkatlah duka, dan tersingkaplah cahaya keimanan yang dicari oleh adik-adik yang dikasihi ini. INSYA'ALLAH.. .
Mohon doa mendoakan.
Mohon doa mendoakan.
اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم
alhamdulillah tuan,
BalasPadambarakallah tuan dan kumpulan tuan.
moga allah mempermmudahkan urusan tuan seluruhnya, amin.
saya suka tuan, bila ada program yang berjaya dari kerohaniannya, rohani/tasawwuf itu antara kunci utama mendidik manusia. tapi, kena yang benar2 tahu dan ada guru pembimbing. insya allah.