::Teman Bersama::

Khamis, 17 Januari 2008

When Zahar Cried (Palestine close to me!)

When Zahar Cried

By Ola Attallah, IOL Correspondent

Zahhar said that all Palestinians are ready to sacrifice their own life for liberating the Palestinian lands GAZA CITY —


"We offer our sons for martyrdom not because we are stone-hearted fathers, but because Palestine is precious," a tearful Mahmoud Zahar said standing by the blooded body of his youngest son.

Hossam Al-Zahar, 22, was one of 19 Palestinians killed by Israeli occupation forces Tuesday, January 15, in the neighborhood of Al-Zeitun in eastern Gaza City.

A member of the resistance group Hamas military wing, he had joined fellow resistance fighters in trying to challenging the invading Israeli force.

Zahar, a top Hamas leader and a former foreign minister, rushed to hospital after receiving the heartbreaking news.

Reporters and cameramen were all set and ready for the emotionally charged moment.
It was one of the few times, if not the only, that the tough-talking Hamas leader let go of his inner feelings.


"God knows you are the apple of my eyes," the grieved father of four said as he bended over to kiss the forehead of his slain son.

"Saying goodbye is breaking my heart but it is our destiny and destination," added Zahar, his voice quavering.

Israeli forces stepped up its attacks in Gaza on Wednesday, January 16, killing three civilians, including a teenager, in the Gaza City.

The victims -- a 13-year-old boy, his father and uncle – died after an Israeli missile slammed into their car.

Israeli troops also shot dead an Islamic Jihad leader in the occupied West Bank town of Qabatiya near the city of Jenin.

Wednesday's deaths bring to 6,074 the number of people killed since the outbreak of Al-Aqsa intifada in September 2000, the vast majority of them Palestinians.

Martyrs Father

Hossam is the second son Zahar has offered his just cause.

Khaled, his elder son, was killed when an Israeli F-16 dropped half-ton of explosives on the family's home three years ago.

He was discussing with his father the final preparations for his wedding when the Israeli enemy stole not only his dream but also his life.

Zahar's wife and one of his two daughters were also wounded in the attack.
The Hamas leader also lost his son-in-law in an Israeli attack last year.


Born in 1945, Zahar is a co-founder of Hamas.
He graduated from Faculty of Medicine, Cairo University, and five years later he got his Masters Degree in General Surgery from Ain Shams University, Cairo.


He has helped create the Palestinian Medical Society and was one of the primary founders of the Islamic University in Gaza in 1978.

When Hamas won the 2006 Palestinian legislative elections, Zahar was named a foreign minister under Premier Ismail Haniyeh's government.

"I promise all martyrs, including my two sons, that we would never give up our struggle to liberate Palestinian lands and Al-Quds (occupied East Jerusalem)," said a defiant Zahar.

"We die so that Palestinian may live."

ALLAHU AKHBAR! ALLAHU AKHBAR! ALLAHU AKHBAR!

as cited from Islamonline

Selasa, 15 Januari 2008

Kulliyyah Hai'ah-PKPIM

(PENGGAJIAN KITAB TURATH)

KITAB AYYUHAL WALAD

Karangan : IMAM AL-GHAZALI

Disampaikan oleh: Al-Fadhil Ustaz Hafiz Hj. Mustafa Lubis

Maahad Tarbiyah Islamiah,
Derang, Pokok Sena, Kedah D.A (Pondok Derang)

Tarikh : 19 Januari 2008/10 Muharram 1429HHari :
SabtuMasa : Selepas Solat Maghrib

Tempat : Pusat Pendidikan & Pembangunan Komuniti PKPIM & ABIM Gombak,Batu 51/2 Kampung Changkat, Mukim Setapak,Gombak, Selangor

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Anuar Mohamad:013438 0061 /Ahmad ‘Izzat:017219 3201/
Daripada PUTRA LRT Tmn. Melati : Teksi RM3.30
: Bas T226

Mudah untuk beramal pada ketika ini, sedekah jariah bagi saham akhirat yang abadi, maka sebarkanlah edaran ini kepada ahli keluarga, sahabat handai, dan saudara mara seakidah dengan kita. Melalui posting ke laman-laman web, blogs, e-mail, groups dan sbgnya

January 13, 2008

Pesan Orang Tua

Pesan Orang Tua

Semua manusia di dalam kebinasaan melainkan mereka yang mengajar dan belajar, semua mereka yang mengajar dan belajar di dalam kebinasaan, melainkan yang beramal dengan ilmunya, semua mereka yang beramal dengan ilmunya di dalam kebinasaan, melainkan mereka yang berikhlas dengan amalnya.
- madah orang tua-tua.

by Pondok Tampin NSDK

ministry_of_blackcity@yahoo.com

January 07, 2008

Manusia Yang Diperhamba Dunia

Manusia Yang Diperhamba Dunia

almukminun
19 Zulkaedah 1428

Kesal apabila memikirkan tentang umat, pada masa yang sama, setiap manusia berdepan dengan segala macam cabaran yang mendatang.

Timbul pelbagai alasan demi mengelak dari dibeban amanah. Lalu, sisi-sisi kebaikkan terhakis sedikit demi sedikit, disebabkan tumpuan khusus diberi kepada menyelesai masalah sendiri, sehingga terlupa setiap diri mempunyai tanggungjawab kepada makhluk sekelilingnya.

Mengecap nikmat berupa kaya dan bahagia dikatakan sebagai sumber kepada segalanya.
Tuhan dikatakan diyakini, diimani, namun rupanya nafsu menguasai diri. Sifat-sifat syaitanniah serta haiwaniyyah jelas kelihatan menguasai diri.

Penyakit yang dihidapi ini sukar untuk dirasai, namun apabila ia menjangkiti, maka akan keluarlah cahaya iman dari diri manusia.

Manusia lupa bahawa diri sekadar abdi kepada Illahi. Ibadah yang dikatakan telah ditunaikan, rupanya bukan lahir dari keikhlasan diri. Tetapi sekadar dilakukan untuk menyedapkan hati. Dilaksanakan demi tujuan peribadi, untuk dihormati atau menarik tumpuan umum kepada diri. Maka, hadir riak menguasai diri manusia.

Badaah (nyamuk) telah diangkat oleh ALLAH SWT dalam al-Quran (Surah al-Baqarah: 2: 26), (Rujuk Tafsir Ibnu Katsir). Menunjukkan bahawa ALLAH SWT Maha Mengetahui akan ehwal hambaNYA dan memberi bandingan antara nyamuk dengan manusia yang berakal bagi tujuan memberi kefahaman kepada manusia tentang perkara yang berada disekelilingnya.

Begitu juga sebagai satu peringatan dengan hikmah kebijaksanaan ALLAH SWT bagi menyedarkan sekalian hambaNYA bahawa selaku hamba, kita menjadi hina andai amanah selaku khalifah tidak ditunai dengan penuh keimanan.

Kerana ALLAH SWT Yang Maha Mulia tidak akan rugi dengan tindak-tanduk hambaNYA yang sombong dan ingkar.

Tujuan perbandingan dilakukan antara manusia dan haiwan ialah untuk memberi kemudahan kepada manusia untuk menjalankan penilaian tentang diri sendiri. Malahan, dengan bandingan sebegitu kecil DIA boleh menjadikan seseorang itu kufur atau taat kepadaNYA.

Maha Suci ALLAH! ALLAH turut menceritakan perihal unta yang sering dipertikaikan oleh para orientalis mutakhir dalam surah al-Ghasiyyah:

Ayat 17: “(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat), tidakkah mereka memerhatikan keadaan unta, bagaimana ia diciptakan?”.

Persoalan-persoalan berupa cabaran dan cemuhan ini sengaja dibentuk oleh para orientalis dalam menganggu gugat keimanan para mukminin.

Nah, hanya mereka yang percaya dan berharap kepada Tuhannya pasti tidak tergugat dengan pernyataan sebegitu.

Betapa ALLAH menidakkan kata-kata orientalis yang mengatakan bahawa al-Quran hanya menceritakan perihal haiwan di negara-negara Arab.

Mereka berusaha untuk menjatuhkan kesucian al-Quran dengan melemparkan pelbagai doktrin palsu. Tujuannya satu, iaitu untuk menyesatkan umat Islam dengan kepalsuan dengan ceritera rekaan mereka.

Firman ALLAH SWT: “Dan mereka (kaum Yahudi) berkata pula: “Hati kami tertutup (tidak dapat menerima Islam)”.(Sebenarnya hati mereka tidak tertutup) bahkan ALLAH telah melaknatkan mereka, oleh itu maka sedikit benar mereka beriman.” (Al-Baqarah: 2:86) (Rujuk Tafsir Ibnu Katsir)

Selaku hamba ALLAH SWT yang beriman kepadaNYA, maka mukminin terlepas daripada terpedaya pujuk rayu munafiqun ini. Disebabkan kerana kekufuran mereka(orientalis) kepada ALLAH dan Rasul-RasulNYA, kaum yahudi telah dilaknat oleh ALLAH ‘Azza wa Jalla, dan akibatnya mereka menerima bala bencana berterusan dan mereka tidak beroleh selamat dalam iman sepanjang sejarah.

Maka, golongan ini sibuk mencari-cari akan mangsanya. Sudah pasti, di kalangan golongan tersebut ialah muslim yang lemah imannya, kerana hidup tanpa ilmu, egois dan malas berfikir serta berguru dengan nafsu tanpa mempunyai guru.

Firman ALLAH SWT: “Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap ALLAH sedang dia diajak kepada agama Islam? Dan ALLAH tiada memberi petunjuk kepada orang yang zalim. Mereka hendak memadamkan cahaya ALLAH dengan mulut mereka, dan ALLAH tetap menyempurnakan cahayaNYA meskipun orang-orang kafir benci. Dialah yang mengutus RasulNYA dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar DIA memenangkan atas segala agama meskipun orang-orang musyrik benci ” (As-Saff: 61:7-9)

Maka, terpukullah golongan-golongan orientalis ini serta golongan sealiran dengan mereka seperti liberalisme, sekularisme, darwinisme, famininsme berkenaan tanggapan yang sengaja mereka cipta.

Golongan kafir yang ingkar ditolak amalan mereka. Itulah kaedah penilaian ALLAH SWT kepada keimanan hambaNYA. Pernah ditanya oleh Saidatina Aisyah R.A tentang Ibnu Jada’an, yang diketahui gemar membantu ibu-ibu tunggal, anak yatim dan orang disekelilingnya.

Dalam sebuah Hadith Aisyah bertanya kepada Rasulullah SAW: ibni Jada’an, rajin menjalin silaturahim, membantu orang susah serta segera dalam berbuat kebajikan. Kata Nabi, dia disisi ALLAH telah mati, tiada nilai apa pun. Begitulah contoh serta ibrah yang ditunjukkan oleh junjungan mulia Rasulullah SAW. Maka, penilaian daripada ALLAH amat berbeza dengan penilaian dimata dan akal manusia.

Lihat penilaian manusia hari ini. Segala-galanya berasaskan kepada apa yang dilihat, tanpa pengharapan kepada Khalik. Penilaian di sisi ALLAH ialah akidah. Apalah gunanya harta yang disedekahkan dalam keadaan ALLAH SWT tidak redha akan dirinya.

Manakala masa serta jerih payah yang dilaburkan atas nama dakwah rupanya tidak mempunyai nilaian pahala disisi ALLAH Yang Maha Mulia. Semuanya punah, kerana hati tidak bersatu dengan kehendak untuk mendapat manfaat dalam usaha dakwah yang tidak dianggap sebagai ibadah. Tetapi untuk mendapat tujuan keduniaan.

Justeru, persoalan yang acap kali kedengaran dibibir-bibir mukminin mengapa aku ditakdir jadi begini, mengapa tidak orang lain dan pelbagai lagi keluhan dan persoalan yang menampakkan kelemahan dinyatakan tanpa rasa iman kepada ALLAH SWT. Seolah-olah ucapan yang dilafaz tidak menggambarkan peribadi mukmin yang beriman. Nauzubillah.

Prof. Hamka menyatakan: Apabila manusia mencipta sesuatu perkara, ia kelihatan cantik dimata pada waktu itu. Namun, setelah hasil ciptaan telah berusia, ia tidak lagi sempurna dimata manusia. Perkara ini berlaku disebabkan ketidaksempurnaan yang dimiliki oleh manusia.

Disebabkan mendahulukan manusia sebagai punca kepada kejayaan yang diingini, sedangkan ALLAH SWT dikesampingkan, maka apabila usaha menemui kegagalan, dengan mudah dakwah ditinggalkan. Paling malang, dakwah dijadikan sebagai alasan kegagalannya dalam mengecap nikmat dunia, yakni kejayaan bersifat sementara.

Malang, kerana manusia yang ingkar, buta hatinya, serta tertutup mindanya dalam menilai kebaikan sebagai tujuan kemuliaan.

Manakala Abu Hassan Ali al-Nadawi (Reaktor Universiti Madinah) dalam satu syarahanya bertanya: “Li maza akhila ala limatal muslimin”(kenapa orang Islam hari ini mundur?).

Jawabnya ialah kerana tidak melihat dan menilai ciptaan ALLAH. Jawaban ringkas ini menjadi asas kepada gambaran terkini umat Islam. Kemalasan yang mencengkam, kerosakan moral belia adalah amaran awal betapa umat Islam hari ini berada di dalam kondisi tidak keruan.

Natijahnya, orang-orang bukan Islam telah menguasai kebanyakan kemahiran, yang mana jika diguna bakal mendatangkan kesan kebaikan dan mampu pula memberi tekanan kepada musuh.

Contohnya, negara-negara barat melihat kepada pepatung, rupanya ia dijadikan draf pembinaan helikopter oleh mereka. Lalu dijual dan dibina, manakala umat Islam sekadar pengguna. Kapal selam tercipta sebegitu rupa diambil daripada kajian keatas ikan. SUBHANALLAH!

Begitulah hasil berfikir, maka akan lahir taakul. Ia wujud hasil daripada keinginan untuk mendapat manfaat dengan melihat ciptaan ALLAH SWT. Lalu dengan penuh keyakinan, seorang hamba yang patuh kepada tuannya, pasti akan melakukan segala arahan dan meninggalkan tegahan kerana dia yakin, walau tidak kelihatan nikmat dan keindahan yang dijanjikan, serta tidak merasa azab berupa kepedihan, dia pasti dan akan tunduk kepada segala suruhan dan menjauhi larangan.

Jika apabila sesama manusia yang berpangkat, manusia segera berubah tingkah laku kerana hormat akan pangkat yang dimiliki, manakala pangkat tersebut dikurnia dan diletak nilainya oleh manusia juga. Maka bagaimana pula apabila berdepan dengan Maha Pencipta serta Raja kepada segalanya.

almukminun
19 Zulkaedah 1428

Ibadah Haji: dari Sisi Muhasabah



Oleh: almukminun

Jutaan tahniah harus diutus kepada jutaan mukmin yang dipilih oleh ALLAH SWT sebagai para tetamuNYA yang dimuliakan, untuk menjalani ibadat haji yakni rukun Islam ke lima. Didoakan para tetamu ALLAH tersebut mendapat rahmat juga berkat dalam menjalani ibadat haji dalam penuh ketakwaan.

Kedatangan musim haji ini saban tahun harus dilihat secara holistik dengan berterusan tanpa bosan mengenangkan kebesaran ALLAH SWT ke atas diri hambaNYA.

Bagi yang terpilih bertamu di bumi Makkah dan Madinah, direnungi mereka berdepan dengan ribuan pengorbanan sebagai satu pelaburan dalam mendamba cinta Tuhannya.
Ibadat haji adalah kemuncak kepada pengharapan insan.

Ia juga adalah penunjuk aras kepada keikhlasan serta sumber ujian yang bukan kepalang. Ketiga-tiganya saling berkait rapat kerana kemuliaan hanya diberi oleh ALLAH SWT tanpa manusia dapat menilai siapakah yang layak tercatit namanya sebagai pemegang gelar “haji mabrur”.

Menerima jemputan bagi menunaikan ibadat haji adalah satu penantian mengharukan bagi insan yang beriman dengan Tuhannya. Insan beriman ini sudah tentu tahu, bahawa dia akan dituntut untuk mengorbankan masa, tenaga dan harta benda demi meyahut seruan serta suruhan kewajiban dari Tuhannya.

Tuntunan pengorbanan ini sudah tentu berbeza di antara insan. Maka rugilah kepada mereka yang beranggapan asal ada pangkat serta kemewahan, haji pasti dalam gengaman. Dapat ditunaikan mengikut kemahuan. Serta tiada kerisauan untuk mendapat segala kemudahan asal ada harta dan kuasa.

Begitu pula halnya dengan mereka yang serba kekurangan, kadangkala berlaku kemudahan yang tidak disangka-sangka, sememangnya telah diatur oleh ALLAH SWT untuk kemudahan hamba yang dicintaiNYA.

Pasti timbul sesalan andai ibadat haji tersebut tidak sedia untuk dilakukan atau dilakukan tidak dengan kesungguhan. Firman ALLAH SWT yang bermaksud:

“dan sesiapa yang bertaqwa kepada ALLAH (dengan mengerjakan suruhanNYA dan meninggalkan laranganYA), nescaya ALLAH akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),- Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada ALLAH, maka ALLAH cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkanya). Sesungguhnya ALLAH tetapmelakukan segala perkara yang dikehendakiNYA. ALLAH telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. ”
(Surah At-Talaaq:65:2-3)

Maka, tiada ada daya serta kekuatan melainkan sepenuh pengharapan kepada ALLAH SWT. Dialah Maha Mengetahui akan kemampuan serta kelemahan hamba yang diciptakanNYA. Justeru, haji dilihat bukan hanya kepada mereka yang berpergian ke Tanah Suci, manakala stigma masyarakat bahawa ibadah korban hanya dilaksana bagi mereka yang tidak berpeluang menunaikan haji perlu ditolak.

Kedua-duanya apabila dilakukan, pasti disertakan dengan sejumlah pahala dan kasih sayang dari ALLAH SWT tanpa dapat dihitung oleh manusia.

Sedang jemaah haji menunaikan ibadah haji, realitinya mereka sedang berurusan dengan nasib mereka di akhirat. Sudah semestinya dengan menitiskan air mata apabila berdepan dengan Baitullahil haraam serta padang Arafah, air mata yang menitis sudah tentu dengan seribu satu pengharapan juga ketakjuban dengan kebesaran ALLAH SWT.

Manakan tidak, dengan hanya memandang rumah ALLAH, hati yang dulunya dirasuk serakah nafsu serta hampir mati diserikan kembali dengan pemberian ALLAH melalui rasa gerun serta insaf sang makhluk kepada Maha Memberi Petunjuk. Hanya melalui mata! SUBHANALLAH!

Para jemaah haji turut meninggalkan pakaian mereka yang berjahit, melaung-laungkan kata-kata taubat dan penyesalan dengan penuh kesungguhan serta dalam ribuan bahasa dunia. Mereka diuji dengan bermalam bersama-sama saudara seakidah yang lain di Muzdalifah dengan dihurungi kesejukkan malam hingga terasa sampai ke tulang.

Para jemaah haji turut berlumba-lumba melakukan lontaran jamrah bagi mengenangkan syaitan dan iblis yang dilaknat oleh ALLAH SWT. Melalui wajib haji tawaf yang dilalui dengan ketabahan, dicelah-celah kelompok manusia tanpa rasa letih dan penat.

Jika hukum logik manusia yang lemah yang disandarkan, bagaimana untuk menyelesaikan tawaf dalam kesesakkan manusia dalam tujuh pusingan lawan arah jam, sudah pasti tidak kesampaian oleh akal manusia. Maha Suci ALLAH Yang Maha Mengetahui! Dalam mengenang kesungguhan Siti Hajar dan puteranya Nabi Ismail tidak berputus asa daripada rahmat ALLAH. Maka, sai’e dilalui dengan sabar oleh para jemaah haji.

Mereka, para tetamu ALLAH tersebut tanpa mengenal putus asa terus mengatur langkah dan sabar dalam menjalani segala ujian daripada ALLAH SWT sebagai tanda kasih kepada hambaNYA. Begitulah sebahagian pengembaraan jutaan Muslimin dalam menuju keredhaan ALLAH SWT.

Firman ALLAH SWT yang bermaksud:
“Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka datang ke (rumah Tuhan)mu dengan berjalan kaki, dan dengan berkenderaan berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh”
(Al-Hajj:22:27)

Justeru, ibadah haji bukan satu pelaksanaan ritual semata-mata, bahkan suatu konotasi abdi hamba kepada Penciptanya. Melaksanakan ibadah haji terbukti keberkesananya dengan tindak-tanduk serta kelakuan yang dahulunya ibarat tidak mengenal agama kepada mengenal tiang-tiang agamanya serta bersih akhlak dari perkara yang merosakkan.

Firman ALLAH SWT yang bermaksud:
“Dan sesiapa berpegang teguh kepada (agama) ALLAH, maka sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang lurus.”
(Ali-Imran: 3: 101)


Al-Haqir illa ALLAH Al-Ghaniy: almukminun
10 Zulhijjah 1428
Selangor D.E.
December 26, 2007

Berdakwah Tanggungjawab Semua

BERDAKWAH TANGGUNGJAWAB SEMUA
Ust. Hj. Roslan Ali : Khutbah Jumaat Masjid Universiti Malaysia Sarawak
24 Ogos 2007 الحمد لله الذي هدانا بهداية الإسلام، وجعلنا خير الامم، ونشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، و نشهد أن محمدا
عبده ورسوله. اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين. أما بعد، فيا عباد الله، اتقوا الله، أوصيكم وإياي بتقوى الله. فقد فاز المتقون.

Kaum Muslimin Sidang Jamaah Yang Berbahagia,
Di mimbar yang mulia ini, saya ingin mengajak diri saya dan sidang jamaah sekalian agar janganlah kita jemu-jemu, bosan-bosan, untuk menambah dan meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT, dengan melaksanakan amar makruf nahi munkar.

Mudah-mudahan kita beroleh kejayaan dan keselamatan di dunia dan juga di akhirat. Semoga syurga yang dijanjikan itu akan menjadi tempat tinggal kita yang abadi. Amiin. Saudara Sidang Jamaah Sekalian, Zaman jahiliyah yang telah meruntuhkan Tamadun insaniah sehancur-hancurnya itu telah dibaik-pulihkan oleh seorang yang bergelar nabi dan rasulullah.

Kalaulah bukan Nabi Muhammad yang diutuskan Allah itulah, yang sanggup buat kerja Maha berat ini, nescaya dunia tidak akan dapat dibebaskan dari cengkaman jahiliyah. Tidak ada siapapun selain rasulullah s.a.w, yang tahu dan mampu menyelamatkan manusia dari terus dijahanamkan oleh budaya nafsu syaitan itu.

Kaum Muslimin Yang Dimuliakan Allah, Kalau kita telusuri sejarah, menjejak semula ke zaman jahiliah, kita tidak akan lupa bagaimana Saidina Omar r.a. tergamak menanam anak perempuannya yang masih kecil, hidup-hidup ke dalam lubang yang dalam, sambil anaknya itu menjerit-jerit meminta tolong agar diselamatkan dan dikeluarkan dari lubang dan juga perbuatan yang tiada peri kemanusiaan itu.

Kita juga tidak akan lupa pada budaya dan tabiat masyarakat Arab yang gemar meminum darah segar dari binatang yang masih hidup, dengan menusuk sesuatu yang tajam ke dalam badan binatang tersebut dan kemudian, darahnya yang mengalir itu ditadah dan diminum dengan rakus sekali.

Rengekan binatang yang kedengaran, sedikitpun tidak mengundang rasa belas di hati, tidak dipeduli....

Kerana hati mereka telah mati. Alangkah kejamnya perbuatan mereka itu. Dimanakah perginya sifat insaniah sesama manusia dan sesama makhluk? Tiada siapapun yang mampu menghentikannya KECUALI Muhammad Rasulullah.

Tetapi malangnya, pada hari Isnin 13 Rabiiul-Awwal, Tahun 11 hijrah bersamaan dengan 08 Jun tahun 632 Masihi, Rasulullah SAW telah wafat, ketika usianya meningkat 63 tahun. Ke mana lagi harus kita bersandar dan mengadu kedongkolan di hati. Orang yang diharap, telah pergi. Apakah ini kesudahannya.

Apakah dengan wafatnya rasulullah s.a.w. maka berakhirlah zaman kegemilangan Islam, berkuburlah risalah Islam sekaligus empayar Islam yang dibina sekian lama. Apakah Allah mahu membiarkan hamba-hambanya ini terus-menerus dimusnahkan, dan nanti, akan dicampakkan ke dalam api neraka buat selama-lamanya?

Tidak adakah jalan keluar yang diberikan untuk ummat akhir zaman ini. Untuk menjawab persoalan ini cuba kita renungkan 2 rangkaian hadith yang masyhur ini. تركت فيكم أمرين لن تضلوا ما تمسكتم بهما: كتاب الله و سنة رسوله “Telah Kutinggalkan kepada kamu dua perkara.

Sesungguhnya kamu tidak akan sesat selagi kamu masih berpegang dengan kedua-duanya iaitu Kitabullah (al-Quran) dan Sunnah rasulullah. Kemudian hadith kedua menyebut: العلماء ورثة الأنبياء “Ulama itu adalah pewaris nabi” Dari kedua-dua hadith ini jelas menunjukkan ummah tidak akan tersesat buat selama-lamanya selagi mereka terus berpegang teguh dengan Kitabullah dan Sunnah rasulullah.

Dalam pada itu, didikan para ulama juga jangan diabaikan. Persoalannya, adakah cukup tanggungjawab ini dibahukan, dibebankan ke atas para ulama sahaja?

Sedangkan muslim yang lain hanya duduk bertungku lutut mengharap kerja dakwah ini hanya tanggungjawab para ulama, para ustaz sahaja.

Jawabannya tentu sekali tidak. Berdakwah itu adalah tanggungjawab kita semua, tanggungjawab ummah keseluruhannya dan sifat suka berdakwah itu adalah sifat orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Buktinya surah Ali-Imran ayat 114 yang menceritakan ciri-ciri orang-orang soleh. (1ويؤمنون بالله واليوم الآخر : Mereka hendaklah beriman kepada Allah dan hari kemudian (2ويأمرون بالمعروف : Dan menyeru manusia kepada kebaikan (3وينهون عن المنكر : Dan mencegah manusia daripada kemungkaran (4ويسارعون في الخيرات : Dan adanya sifat suka berlumba-lumba membuat kebajikan (5واولئك من الصالحين : Dan mereka itu dalam kalangan orang-orang yang Soleh Sidang Jumaat Yang Dimuliakan Allah, Tiada siapa yang dapat menafikan bahawa setiap manusia, setiap diri kita di sini adalah khalifatullah.

Sebagai khalifah, tugas dan peranan kita adalah untuk mengimarahkan bumi, tempat tinggal sementara kita sebeluk balik ke kampung asal kita iaitu akhirat. Tetapi apa yang ingin saya peringatkan disini ialah tugas utama kita, yang tidak lain ialah iqamatud diin iaitu untuk menegakkan agama Allah di setiap penjuru muka bumi ini.

Oleh itu sidang jumaat sekalian,

kerja menyebarkan agama, mengajak manusia kepada makruf dan mencegah mereka dari melakukan kemungkaran, mengingatkan mereka hamlum minallah wa hablum minan naas adalah kerja ummat Islam keseluruhannya. Bila kita mati besok, kita akan ditanya akan tanggungjawab utama kita ini.

Adakah pernah kita berdakwah selama diberi nikmat nyawa di dunia atau kita asyik dengan keseronokan sahaja? Pernahkah manusia Islam ditangan kita, atau berubah menjadi baik kerana dakwah yang dilakukan kita. Kalau belum, bila lagi, Kalau bukan kita siapa lagi yang hendak membela agama Allah ini. Bukti yang menunjukkan kita semua terlibat dalam kerja dakwah ini ialah dari surah Ali Imran : 110 كنتم خير أمة أخرجت للناس تأمرون بالمعروف وتنهون عن المنكر “Kamu adalah sebaik-baik ummah yang keluar kepada manusia dan mengajak mereka kepada yang makruf dan mencegah mereka daripada yang mungkar”.

Sidang Jumaat Sekalian,
Kalaulah ummah sekarang ini sedar akan peranan mereka untuk berdakwah, untuk menyedarkan hubungan manusia dengan Allah, hubungan manusia dengan manusia, maka tidak ada lagi kejahatan di muka bumi ini.

Maka hiduplah manusia dalam agama yang satu iaitu agama Islam di bawah pimpinan Islam. Kata-kata Sayidina Ali yang masyhur ada menyebut “Kebenaran yang tidak tersusun akan ditumpaskan oleh kebatilan yang tersusun”.

Oleh yang demikian, melihat kepada perkembangan kemajuan teknologi maklumat atau Information Technology (IT) hari ini, yang dari hari ke sehari semakin canggih dan sophisticated, maka mekanisme yang ada ini, wajar untuk digunakan dengan semaksimanya, sebagai salah satu methodologi penyampaian dakwah dan ilmu-ilmu Islam.

Kita tidak wajar membiarkan wadah ini hanya dimonopoli, dikuasai dan dimanipulasi oleh penyampai dakyah songsang, pencinta dunia, pengkagum materialistik, pencipta idealisme Baratism, para perencana kemaksiatan, penyebar bahan lucah dan video seks serta pengangkat budaya hiburan melampau dan hedonisme sahaja.

Malah kita tidak mahu dunia siber ini hanya menjadi medan kepada aktivis-aktivis dan pejuang sekularisme, liberalisme, kapitalisme, darwinisme, komunisme, sosialisme dan isme-isme sesat yang lain ligat memainkan pemikirannya, mempamerkan aksi jahiliyyah dan menyebarluaskan kebobrokannya.

Sungguh kita tidak mahu. Justeru itulah, kita memerlukan lebih ramai pekerja dakwah untuk mengaktifkan dakwah melalui alam maya yang mana kini segala maklumat boleh diperolehi di hujung jari dalam masa sesaat dan satu klik sahaja. Sudah tidak ada masa lagi untuk tidak berdakwah!

Ini adalah salah satu dari cara dan medium dakwah berkesan di dunia serba moden dan di era globalisasi kini. New World Disorder memerlukan dakwah sebegini dipersada. Walau bagaimanapun, saya tidak menafikan betapa usaha-usaha dakwah dengan cara-cara yang lain dan manhaj yang berbeza juga perlu diteruskan kesinambungannya.

Bagi yang seronok berdakwah bil lisan dan bil hal, teruskan perjuangan. Bagi yang berbakat di bidang penulisan (sama ada fiksyen atau bukan fiksyen), kembangkan. Bagi yang memilih siasah dan NGO sebagai medan berdakwah, aktifkan.

Bagi yang memilih berdakwah melalui aktiviti-aktiviti usrah, tamrin, kem ibadah dan kuliah-kuliah, dialu-alukan. Bagi yang selesa berdakwah rumah ke rumah, teruskan usaha. Bagi yang mampu untuk berdakwah dengan khidmat masyarakat, turun padang dan program kebajikan, silakan.

Dan sesiapa yang mampu untuk melakukan kesemuanya, faya tafaddhal masykura! Pendek kata, jadilah pendakwah yang berdakwah mengikut kemampuan masing-masing dengan tujuan dan matlamat redha Allah.

Malah sebenarnya, di dalam cara berdakwah konvensional yang dinyatakan tadi pun, kemajuan teknologi maklumat dan teknologi perhubungan juga amat memudahkan usaha dakwah tersebut.

Penggunaan telefon, sms, mesin faks, e-mail, tele-conference, video-conference, tv internet, dan lain-lain lagi sewajarnya mengaktifkan lagi usaha dakwah liridhallah ini. Sekali lagi, sudah tidak ada masa untuk tidak berdakwah, Sudah tidak ada masa untuk beralasan itu ini dan begitu begini.. Persoalannya, hanyalah sama ada nak atau tak nak. Jangan tidak, tidak. Saya menyeru jadilah muslim yang berfungsi yang mampu mengfungsikan muslim yang lain.

Sidang Jumaat Sekalian,
Kalau kata nak, jangan bertanguh. Silakan, teruskan.

Sasaran dakwah ialah manusia keseluruhannya. Dalam hal ini Allah berfirman dalam surah (Saba’ 34: 48) “Tidak Kami utuskan engkau [wahai Muhammad] melainkan kepada sekalian manusia bagi menyampaikan berita gembira dan memberi peringatan”.

Jelas sasaran dakwah dalam ayat ini tidak terhad kepada manusia yang sudah Muslim, yang sudah menyerah dirinya kepada Allah, tetapi juga kepada manusia yang belum lagi menerima cahaya hidayah.

Oleh yang demikian pencapaian matlamat dakwah itu perlu mengambilkira faktor-faktor kemanusiaan dan juga kehidupan seperti faktor fizikal (fisiologi, keperluan hidup), mental (tahap dan pengalaman pembelajaran), perasaan dan ruh (psikologi).

Secara jelasnya, pelaksanaan dakwah itu bukanlah sekadar menyampaikan ilmu atau ajaran Islam kepada manusia yang diseru, tetapi komponen dakwah yang lebih besar adalah membawa manusia bersama menghayati ajaran Islam melalui proses merancang, mengajak, membimbing, memimpin, melaksana dan menyelesaikan masalah kehidupan secara bersama.

Inilah yang telah dicontohi oleh Rasulullah SAW dan para salafus soleh. Mereka bukan sahaja menyeru kepada Islam tetapi mengajar, membimbing dan hidup bersama dengan masyarakat yang mereka seru di mana sahaja mereka berada.

Akhi kata sidang jumaat yang berbahagia, dakwah bukan puasa yang muncul setahun sekali. Bukan haji yang cukup seluruh umur, buat sekali. Dakwah adalah ibadah jangka panjang. Sepanjang umur dan usia, 1000 tahun kurang 50, kata al-Quran dalam memaklumkan usia dakwah Nabi Nuh bersama umatnya.

Jadi secara konklusinya berdakwah itu tanggungjawab kita semua dalam menyambung usaha rasulullah, para sahabat dan salafus soleh dalam iqamatud diin iaitu menegakkan agama Allah di atas muka bumi ini.

Semoga usaha memberiTAHU dan memberiMAHU ini dapat diterima oleh setiap yang bergelar khalifatullah di atas muka bumi ini. بارك الله لي ولكم بالقرآن العظيم. ونفعني وإياكم بما فيه من الآيات والذكر الحكيم. وتقبل مني ومنكم تلاوته إنه هو السميع العليم. أقول قولي هذا واستغفر الله العظيم لي ولكم ولوالدينا ولسائر المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات من كل ذنب فاستغفروه فيا فوز المستغفرين ويا نجاة التائبين.

September 03, 2007

Memperbaiki Adab-adab Puasa di bulan Ramadhan

Memperbaiki Adab-adab Puasa di bulan Ramdhan.

RAMADHAN AL MUBARAK... BULAN DIBERKATI, PENGAMPUNAN DAN LATIHAN.
اللهم انك تحب العفو فاعفوا عنا وعن والدينا وعن جميع المسلمين والمؤمنين والمؤمنات ..آمين... يا رب العالمين


Sempena bulan puasa ni , marilah kita menambahkan amal kebajikan sebanyak mungkin mudahan dimakbul Allah dan dibaiki sifat-sifat ubudiah kita terhadap Yang Maha Kuasa.

Rahsia Huruf dalam kalimah صوم Shaum ertinya Puasa..

Huruf Shad - mengisyaratkan الصبر = Sabar.

"Sesungguhnya dibalasi pahala orang yang bersabar dengan tanpa Hisab".. al Quran.

Huruf Waw- mengisyaratkan الورع = Wara. iaitu meninggal perkara yang samar (syubhat). "

Wara itu penghulu amalan" -al hadis riwayat al Tirmizi.

Huruf Mim- mengisyaratkan المحسن = Muhsin. Berbuat ihsan. " Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berlaku IHSAN diatas setiap perkara"- al hadis riwayat Muslim.

Sangatlah perlu memerhatikan tiga sifat ini apabila seseorang itu sedang berpuasa. Kebiasaannya perkara-perkara yang menjuruskan kepada tiga perkara inilah atau sebaliknya yang menjadi fokus latihan, ujian dan dugaan daripada Allah s.w.t kepada kita ketika menjalani ibadah puasa yang sempurna.

Samaada puasa tingkatan khusus atau khusus al khusus.
Sebaliknya kemungkinan puasa awami yang kita miliki, yang hanya menahan lapar dan dahaga disiang hari, jika kita tidak menjaga dan mengawasi ketiga-tiga perkara tersebut.
Allahu Musta'an...


Rujukan:
1. Asrarus al Shyiam.. Sheikh Soleh Al-Ja'fari.
2. Ihya Ulumiddin...... Imam Ghazali.
3. Siyarus Saalikin...... Sheikh Abd. Shamad al Falambani.


Tampin NSDK
September 17, 2007

بسم الله الرحمن الرحيم

Hadith Maudhu’ (sesat), Dhaif, Siapa Kita Untuk Menjatuh Hukum.

Al-Haqir ila ALLAH Al-Ghani; almukminun

Syukur dirafak tanda abdi hamba kepada Maha Pencipta, ALLAH SWT Yang Maha Mulia. Ana mengambil masa untuk membicara kembali berkenaan isu-isu yang ditimbulkan mutakhir. Merujuk guru-guru, takut-takut yang dibaca, maksud tidak sampai. syaitan laknatullah mengambil peranan!.

Tidak henti-henti umat ini membicara soal furu’. Paling malang dan buruk, kata-kata ditabur tanpa ilmu. Hanya nafsu untuk melahirkan bicara yang sangat nyata hanya di salin, lalu ditampal.

Maaf, bukan prejudis, tetapi biarlah kita bicara atas dasar ilmu semata-mata, dibuang jauh rasa emosi. INSYAALLAH, berkat Ramadhan 1428h ini, moga hadir petunjuk ALLAH ke atas mata hati kita semua.

Lalu, ana cuba mengajak sahabat-sahabat semua melalui artikel yang tidak seberapa ini, betapa tiada sesiapa pun yang mahu terkeluar dari golongan selamat. Definisi Ahli hadis dan sunnah adalah mereka yang mencintai hadis dan memusuhi bidaah!

Mari kita perdalamkan isu yang ingin ana ketengahkan. Golongan yang bangga akan gelaran untuk dipanggil pembela sunnah serta pengikut setia jalan salaffiyyah, turut dikelompokkan ke dalam wahabbi. Tokoh terkemuka bila ditelusuri berkenaan pemikiran ini adalah Ahmad bin Hanbal, Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, Muhammad Abd Wahhab dan ramai lagi. Nanti dulu!, siapa kita untuk menjatuh hukum kepada mereka!

Kebanyakan mereka telah dipimpin oleh individu yang tidak dinafikan kepakaran mereka dalam ilmu hadith. Kebanyakan mereka juga mendapat didikan daripada pusat penggajian ilmu hadith di benua India juga Madinah.

Ahli hadith dan sunnah menyakini punca kejatuhan umat Islam kini adalah disebabkan kesesatan yang telah dipilih oleh umat Islam itu sendiri. Kononya ia hasil daripada penyelewengan ke atas tafsir al-Quran dan penyebaran secara berleluasa hadith maudhu serta hadith daif di kalangan umat.

Al-Quran diakui sebagi sumber berautoriti dan disokong dengan hadith yang hasan. Tajdid (pembaharuan) merupakan matlamat utama perjuangan ahli hadith ini dalam menentang penyebaran tersasar manhaj salaf. Dasarnya agar segala bentuk hadith yang berunsur luar serta diragui tarafnya dibuang jauh dari lubuk hati umat Islam. Usaha ini adalah mulia. Malah ia patut disokong dan didokong secara sistematik.

Walaubagaimanapun, usaha yang bersungguh-sungguh dalam perjuangan mengembalikan umat Islam kepada landasan salaf, fitnah turut beriringan dengan usaha tersebut. Manakan tidak, hati mana yang tidak remuk, apabila turath pemikiran Islam difitnah dengan sewenang-wenangnya. Ilmuwan Islam dihina, diherdik akan ilmu yang diwakilinya sejak sekian lama ilmu tersebut didada umat Islam ini.

Mutakallimun, Fuqaha’ dan Suffiyah diserang dan diperlecehkan. Mereka dikatakan sebagai penyebab kepada perpecahan umat ini. Segala mutiara ilmu milik ALLAH SWT yang diilhamkan-NYA ke atas mereka seperti ilmu-ilmu Kalam, Feqah dan Tasawwuf “dipijak-pijak”, dengan penuh hina oleh golongan yang taksub tersebut.

Siapa al-Ghazali, Ibn Arabi, al-Jili berbanding mereka yang bermegah menghina ulama-ulama ini. Rasa memperlekeh dan curiga ditanam ke atas ulama-ulama tersebut, bahkan ahli hadith terdahulu seperti al-Bukhari turut dipertikai oleh penggkaji semasa (yang ilmu mereka sekadar atas kertas). Natijah timbulnya keegoan dalam menjatuh hukum kebiadaban ini sudah tentu dek kerana jahil dan angkuh.

Pertama, epistimologi kerana kekerapan pengkaji-pengkaji hadith tersebut dalam menemui sanad-sanad yang sahih bagi sesuatu hadith, maka dengan sewenang-wenangnya hadith tersebut dikatakan tertolak dan tidak sah tarafnya! Ulama yang membicarakanya turut ditemplak serta kewibawaan dan mutiara ilmiah ulama tersebut dikesampingkan jauh.

Benar, ulama dahulu tidak maksum, tidak juga mereka terlepas daripada kesalahan dan kesilapan kerana memetik hadith daif atau maudhu’, tidak salah bahkan mulia jika kita merendahkan diri dek kerana kita cetek ilmu berbanding ulama terdahulu.

Seorang ahli hadith tidak sama kriteria yang diletak dalam membicara taraf sesuatu hadith. Lain ahli hadith, lain kriteria yang dipegangnya. Maka, dalam soal penentuan kebolehpercayaan serta keesahan seseorang periwayat, terlalu banyak ruang yang boleh diperdebatkan.

Perlu difahami bahawa, ketegori hadith yang menyentuh amalan harian serta hukum-hakam membabitkan kebanyakan orang, pada kebiasaanya punya sanad yang meluas kerana ia sebagai amalan kepada masyarakat umum.

Manakala hadith yang menyentuh soal kerohanian yang hanya difahami segelintir orang(berilmu), sudah pasti tidak mempunyai rangkaian sanad yang meluas. Dengan kata mudah, sukar untuk meletakkan kriteria kepada hadith, pada masa yang sama hukum diletakkan sama terhadap hadith kerohanian.

Hadith soal kerohanian (kelebihan tarawikh dan sebagainya) tentu tidak sepopular hadith hukum yang diketahui secara meluas. Kitab-kitab kumpulan hadith adalah disusun menurut bab amali feqah sedangkan bukan semua hadith tergolong dalam golongan ini.

Ana tekankan bahawa, mana mungkin seorang ulama yang berwibawa tidak akan menyandarkan perkara teras dalam disiplin ilmu yang dibicarakan kepada asas diragui kebenaranya.

Justeru, perlu difahami bahawa seandainya hadith tersebut dhaif atau maudhu’ sekalipun ia dipetik, ia sekadar menyokong pokok persoalan bukan dasar persoalan. Maka, jika hadith berkenaan tidak dimasukkan sekalipun pokok persoalannya tidak terjejas sama sekali. Ini perlu perbincangan bersama Tuan Guru yg alim...

Persoalannya, adakah Al-Hujjatul Islam Imam al-Ghazali dan Ibn Arabi sengaja menempah neraka kerana membohongi Rasullulah SAW?

Maka, sekiranya terdapat kesalahan serta pembohongan (rekaan) yang dinisbahkan kepada Rasulullah SAW, orang yang memetiknya mungkin tidak mengetahuinya dan perbuatannya itu tidak termasuk dalam “pembohongan” yang tidak disengajakan.

Mungkin hadith tersebut diplih kerana maknanya yang baik dan ia tidak bersalahan dengan dasar agama. Maka, kesilapan yang dibuat adalah teknikal dan bukan pada moral atau epistemologikal.

Lalu, “bersangka baiklah terhadap orang mukmin”. Malangnya sifat husnu dzan ini tidak berlaku. Pelajar dan sarjana hingusan tanpa segan silu menjadi agen penyebar tohmahan berkenaan kedhaifan sesuatu hadith di dalam karya-karya agung ilmuwan dan ulama silam!

Hebat, sungguh hebat orang yang sekadar membaca, berani mengeluar hukum. Orang yang mendengar tanpa merujuk alimin, segera menyebar kisah dhaif dan maudhu’ kepada manusia dengan jumlah tidak terhitung. Berguru tidak pernah, ke kulliyah penggajian kitab-kitab ulama-ulama muktabar, hati berasa berat, bahkan dikunci pintu kecintaan kepada ilmu.

Kemudian timbul keinginan untuk menjatuh hukum sesat ke atas ulama-ulama muktabar melalui penulisan atau ‘cedokan’.

Tuduhan sesat dipetik tanpa ada dasar ilmu. Tidak pernah berguru. Peribadi yang dirujuk tidak diketahui kewibawaannya. Jelas ketiadaan ilmiah, lantas keinginan untuk mengangkat diri tanpa disedari.

Justeru, ana berharap ketidaksedaran ini perlu disedarkan. Tidak dapat tidak dengan mencari ilmu yang masih suci dan bersih dari tuduhan bersifat menyesatkan. Carilah guru-guru mursyid nun mengajar tanpa mengingin habuan.

Ana menyokong andai budaya mencintai ilmu kita hidupkan.
Ana menyokong pemantapan melalui ekspedisi-ekspedisi ke kulliyah ilmu di institiusi-institiusi pondok atau sesiapa juga yang ikhlas penyampaiannya.


Ayuh, kita tinggalkan fitnah ini dengan menyedari bahawa ancaman sebenar kepada Islam bukannya daripada orientalis, tetapi golongan Islam sendiri yang secara sedar atau tidak, dalam diam meruntuhkan epistimologi yang sekian lama menjadi dasar Islam.
Berhati-hati wahai teman dalam membicara isu yang kita bukan ahlinya.

Wallahu’alam
"وصلى اللّه على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم"

Al-Haqir ila ALLAH Al-Ghani,; almukminun
10 Ramadhan 1428H/21092007
UNIMAS, Kota Samarahan

Ar-Rasul Qudwatuna


AR-RASUL QUDWATUNA
Rasulullah berdoa dengan khusyuk,air matanya sentiasa berlinangan,wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya,sangat elok dan sempurna wajahnya…

Rasulullah memiliki perasaan yang halus,mengambil wudhuk sebelum tidur dan berzikir hingga lena,suka makan secara beramai-ramai dari keseorangan,bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik…

Rasulullah makan apabila lapar,berhenti sebelum kenyang,tidak pernah mengumpat,mencerca orang lain,memakai serban di atas kopiahnya...

Rasulullah beri salam kepada ahli rumah ketika berpergian dan kepulangan,sangat berlemah-lembut dengan isteri dan ahli keluarganya,sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya,bersalaman dengan sahabat dan memeluk mereka apabila bertemu apabila berjabat tangan,Rasulullah tidak melepaskan tangannya,sehinggalah orang yang dijabatnya itu melepaskan tangannya…

Rasulullah mengangkat tangannya apabila melintasi kanak-kanak,tanda hormat kepada mereka,tidak pernah menatap atau merenung wajah orang lama-lama,sangat menghormati orang-orang tua,sangat mengasihi orang-orang muda dan kanak-kanak…

Rasulullah tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga teman lain bangun,tidak pernah melunjurkan kakinya di depan sahabat,suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas dan sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya, tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi tersenyum lembut…

Rasulullah sangat fasih dan manis tutur bicara,tersangat sabar dan tabah bila menghadapi cabaran/kesusahan,amat kasih terhadap umatnya,tidak pernah mengambil rezeki kurniaan Allah melebihi keperluannya,rezeki yang berlebihan akan ditabur untuk jihad Fisabilillah…

Rasulullah sentiasa membantu orang lain walaupun baginda sendiri dalam kesusahan,tidak pernah menghina orang miskin,tidak pernah merasa terhina bergaul dengan orang miskin,suka menberi makan kepada fakir dan sering duduk bersama mereka…

Rasulullah amat pemurah sehingga digambarkan seperti angin yang lalu,tidak suka tidur dalam bilik yang gelap,tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi,bersikap tegas, pemaaf dan pengasih dalam perjuangannya…

August 27, 2007

Perjalanan Yang Pendek

ALHAMDULILLAH,
cuti kali ni sangat2 bermakna.banyak kenangan yg Dikurnia.lebih indah bila diberi dugaan.
kemudian berjaya dilalui.

nah, bahagia rupanya dikecapi dalam tunduk diri kepada DIA RabbI.iman lemah, naik kembali.itu petanda ada kasih dari ILLAHI.memang mudah kata,. sukar bagi mereka yg menjalani..

yakinlah dgn janjiNYA, tidak dikurnia susah melainkan diiringi dengan mudah.siapa berani kata ilmu cukup sudah dimiliki.

jka keingginan kepada dunia,
tidak mampu ditanggani.
percayalah, buruk , sangat mudah untuk diperolehi.
lihat keenganan hati apabila undangan ke majlis ilmu,
hati segera berbisik, aku sibuk.

atau kedengaran apa dok sibuk, itu bukan urusanku.
persoalan kepada diri, apakah ini hal terjadi apabila hati itu mati?

bagaimana pula rupa hati yang mati?
tidak diberi ruang melihat,
apa manfaat atau apa yang musibat.
mengaku melazimi ibadat, namun apa terasa nikmat?
apa berubah akhlak menjadi mulia?
atau masih ditakuk lama.SUBHANALLAH.

pesanmu guru terpahat dihati,
semoga hamba mentaati,
menjadi diri yang dikasihi penduduk dunia malah akhirat yang abadi.
hiburan dunia menjadi halwa,

walau di rumah dan tidak kemana.
depan mata terhidang ruang2 mazmumah.
tuan punya pilihan,
menyumbat mata dan telinga dengan noda dan dosa.

atau mengarah mereka kepada mendekati ALLAH yang Esa.
kepada hamba dituju segala,
nasihatmu teman sangat dialu2kan.
ALLAHU

Jun 2007; almukminun

Sincerity (test2..)

Sincerity(test2,,, thn dpn internship daaa)

SUBHANALLAH, "God Almighty will not look at the shape of your body nor your wealth but He will look at your heart and your services to Him"-Al-Hadith-Muslim..

A country developes alongside sincerity of its leaders and officials to pursue progress within stipulated benchmark. They have a full knowledge with them in order to to provide a truth path for a country that they a lead. Then, its should come along with sincerely planned and geared towards the better that is a wise to focus on an ambitious vision. Everyone should making their own way to grab that opportunity a transform the dream to "reality".

Individual who is transparent is a sincere person and free from pretense. People might judge him by a different view but ALLAH The Almighty is the one that know that he is sincere.

Everything must be done in total sincerity if one desires to earn recognition in the sight of ALLAH SWT for any services rendered to please Him. In a wider perspective how great would it be for a leader to strive and lead in all sincerity transforming his nation into a fully developed country and how satisfying if one has a role in this noble endeavor.

Everyone must in all sincerity ask oneself whether or not he has something within his training, experience and ability to contribute in a small or great way.

People in one sense become trustworthy because they believe strongly that they couldn't hide anything from ALLAH SWT. The Holy Quran says, "It was We created man, an We know what dark suggestions his soul make to him: for We are nearer to him than (his) jugular vein. Behold, two (guardian angels) appointed to learn (his doings) (and noted them), one sitting on his right and one on the left. Not words does he utter (and an action done) but there is a sentinel by him, ready to note it."-Al-Quran, 5: 16-18.

June 08, 2007 ; almukminun

Lina Joy..selepas 30 Mei 2007. Lina Joy.. Selepas 30 Mei 2007

Lina Joy..selepas 30 Mei 2007.

ALHAMDULILLAH, syukur tidak terhingga dgn nikmat Iman dan Islam ini.ya, benar. kita menang dlm bicara. susunannya benar2 memihak kita. yg lemahnya kita terlalu bergembira. hingga dakwahnya tiada. Ingat teman2, kemenangan kes lina joy bukan syarat kita mendabik dada "justice" di "palaca of justice" (bhasa pun kt dijajah) :D sudah mutlak tertegak. Ingat, kata- kata bishop semalaya, sesapaer muslim yg murtad, kafir toksah nak declare. senyap2. Jadi, kita nak buat apa dgn kelompok ini?

"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-ngadakan dusta terhadap ALLAH sedang dia diajak kepada agama ISLAM? Dan ALLAH tiada memberi petunjuk kepada orang yang zalim. Mereka hendak memadamkan cahaya ALLAH dengan mulut mereka, dan ALLAH tetap menyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang-orang kafir benci. Dialah yang mengutus RasulNya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar Dia memenangkan atas segala agama meskipun orang-orang musyrik benci". (as-Saff,61:7-9)....Rujuk tafsir ibnu khatsir atau lain2 yg muktabar

Kita kurang di sana (Palace of justice)-(cited from tujahidunafi, 2007)Ya, faktor hari bekerja. Walaubgaimanapun, ingin ana nyatakan sebenarnya kita punya 80 proksi atau gabungan ngo Islam dlm PEMBELA...setiap wakil ada di sana. ALHAMDULILLAh.

Yusri Mohammad (ABIM), Ang Wang Seng, PKPIM, FOrcard, Tn Hj Zaid Kamaruddin, Haluan dan ramai juga pimpinan-pimpinan lain.ana sempat juga temuramah beberapa khalayak, ada juga dpd umno syabas la. Rasa cinta kpd Islam. Tak lupa juga pd waktu dan ketika e2, ramai juga barisan pemimpin sesat artikel 11...mereka sangat seronok...sehinggalah satu majlis bacaan doa juga zikir,mengegar "palace". yg antum lihat bulatan yg dibuat sambil duduk. Ia diketuai oleh Ustaz muda yg baru habis ngaji di Syria.

MASYAALLAH, bergetar tuan2 alunan dpd ibu2 yg terharu dgn peristiwa lina joy ni. bapa2 yg berasa terancam akan nasib anak2 mrk pd masa depan.Sempat utk diri bermuhasabah, apakah sempat kesedaran ini yg akhirnya menang memihak Islam? atau nasib Islam di bumi Malaysia terkubur, layu, kaku dan mati kerana kepentingan umatnya sendiri.

Umat yg hilang rasa kepedulian kpd Islam. Lihatlah keliling kita. Toksah nak kata orang, da'wah fardhiyah...terjalan dah...atau tenggelam dalam bicara enak.Sukar nak diceritakan..ketika zikir, puak2 kafir dan ingkar dgn perintah ALLAH ini anggap itu sesuatu yg bising dan bingit. Ana sempat lihat wajah2 murung mereka. Tak lupa juga titisan air mata alim ulama kita di sana. Sangat meruntun jiwa.Doa2 mereka, juga ulama2 kita yg muktabar, mujtahid juga jauh dari noda dan dosa, mungkin itulah perkenan dr-NYA.Bagaimana kita..

Cerita ini tak sama berbanding berada sendiri di sana. Di satu sudut, seorang anak muda berhujah di atas tembok "palace of justice" bersama seorg cina tua yg hebat provokasinya. mrk jadi perhatian, dalm 20 minit mrk berhujah, kemudian si cina tua berlalu tak tertahan dgn bahang Islam tanpa sanggah.

Keputusan Hakim Tun Fairuz dgn sabar didengar oleh hadirin yg disampaikan oleh saudara Anuar Tahir, ia disambut dgn laungan takbir...sekali lagi tuan2, hati sangat sayu mengenang ujian seberat ini. Kita menang 1-0.

Laungan zikir kembali bergema, sementara menunggu keputusan kedua dpd malanjum (kafir). =rujuk al-Baqarah: 120=, mahkamah tinggi adalah "supreme" kata dia...juga dsambut dgn laungan takbir..kali ini terdengar esak tangis ibu2 yg kecewa. Sdra Anuar Tahir juga yg myampaikan kputusan dr chamber of court (sms)...1-1, keputusan ketika itu.

Kali ini zikir semakin kuat, wartawan berpusu2 mneunggu2. journalist dr reuters, cnn, al-Jazeera dan beratus2 dr luar ngara tertanya2 apakah yg dilafazkan oleh khalayak yg ramai ini...
terdengar keputusan akhir dpd datuk Alauddin, Saya sependapat dgn Tun. SUBHANALLAH, apalah yg dirasa....Sahabat2ku. itu sedikit perkongsian pengalaman dlm kes sebesar ini. Walau berada di luar mahkamah, tapi kekuatan ukhuwah Islamiah yg menyatu kita.

Bayangkan pihak keselamatan bersiap sedia nak menggempur perhimpunan ketika itu, kerana gemuruhnya amat suara-suara pencinta ISLAm..secara kasar, seramai 1000 org muslim telah hadir bersama2 di perkarangan " PALACE of JusTICe", di situ berjumpa teman2 seperjuangan, rupanya kita sealiran. siapa kata kita tidak boleh disatukan. Di situ bertemunya rakan2 lama, yg memegang panji2 yg sama rupanya.Manakala org2 lama pula tidak jemu2 memberi nasihat kpd darah muda ini utk bangun dan membela agama Islam secara berhikmah dan ilmiah kata mereka.

Himpunan ini mengingatkan detik gemilang mahasiswa dan gerakan dalam berjuang menentang mungkar dan menegak HAK pada awal penubuhan..Inilah generasi al-Syabab yang sememangnya Terbilang.

Ada apa-apa harapan? ada sinar untuk penyatuan? ada peluang utk kesepakatan? Sarawak bumi yg dahaga dgn siraman da'wah. suburkanlah dgn ilmu, bukan nafsu...Marilah saudara seaqidahku, kita bersatu!

June 08, 2007 / almukminun

Ciri2 orang munafik sejati .. 2005-10-07 14:46:10 1.

Dusta Hadith Rasulullah yang diriwayatkan Imam Ahmad Musnad dengan sanad Jayid:
"Celaka baginya, celaka baginya, celaka baginya. Iaitu SESEORANG YANG BERDUSTA AGAR ORANG2 TERTAWA."

Di dalam kitab Shahihain (Shahih Bukhari dan Muslim), Rasulullah SAW bersabda:
"Tanda orang munafik ada 3, salah satunya adalah jika berbicara dia dusta."

2. Khianat
Sabda Rasulullah SAW: "Dan apabila berjanji, dia berkhianat." Barangsiapa memberikan janji kepada seseorang, atau kepada isterinya, anaknya, sahabatnya, atau kepada seseorang dengan mudah kemudian dia mengkhianati janji tersebut tanpa ada sebab uzur syar'i maka telah hinggap pada dirinya salah satu tanda kemunafikan.

3. Fujur
dalam pertikaian sabda Rasulullah SAW: "Dan apabila bertengkar (bertikai), dia melampau"

4. Ingkar Janji
Sabda Rasulullah SAW: "Tanda orang munafik ada 3: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat."
(HR. Bukhari Muslim)

5. Malas Beribadah
Firman Allah SWT: "...Dan apabila mereka berdiri untuk solat, mereka BERDIRI DENGAN MALAS..." (An-Nisa': 142)

Jika orang munafik pergi ke masjid/surau, dia menyeret kakinya seakan-akan terbelenggu rantai. Oleh kerana itu, ketika sampai di dalam masjid/surau dia memilih duduk di shaf yang paling akhir. Dia tidak mengetahui apa yang dibaca imam dalam solat, apalagi untuk menyemak dan menghayatinya.

6. Riya'
Di hadapan manusia dia solat dengan khusyuk tetapi ketika seorang diri, dia mempercepatkan solatnya. apabila bersama orang lain dalam suatu majlis, dia tampak zuhud dan berakhlak baik, demikian juga pembicaraannya. Namun, jika dia seorang diri, dia akan MELANGGAR HAL-HAL YANG DIHARAMKAN Allah SWT.

7. Sedikit Berzikir
Firman Allah SWT: "...Dan apabila mereka berdiri untuk bersolat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya' (dengan solat) di hadapan manusia. dan tidaklah mereka menyebut Allah SWT kecuali sedikit sekali. (An-Nisa': 142)

8. Mempercepat Solat Mereka
(orang2 munafik) adalah orang yang mempercepatkan solat tanpa ada rasa khusyuk sedikit pun. Tidak ada ketenangan dalam mengerjakannya, dan hanya sedikit mengingat Allah SWT di dalamnya. Fikiran dan hatinya tidak menyatu.

Dia tidak menghadirkan keagungan, kehebatan, dan kebesaran Allah SWT dalam solatnya. Hadith Nabi SAW: "Itulah solat orang munafik...lalu mempercepat empat rakaat (solatnya)"

9. Mencela orang-orang yang Taat dan Soleh
Mereka memperlekehkan orang-orang yang Taat dengan ungkapan yang mengandung cemuhan dan celaan. Oleh kerananya, dalam setiap majlis pertemuan sering kali kita temui orang munafik yang hanya MEMBINCANGKAN SEPAK TERAJANG ORANG2 SOLEH dan orang2 yang konsisten terhadap Al-Quran dan As-Sunnah.

Baginya seakan-akan tidak ada yang lebih penting dan menarik selain memperolok-olok orang2 yang Taat kepada Allah SWT

10. Memperolok-olok Al-Quran, As-Sunnah, dan Rasulullah SAW Termasuk dalam kategori Istihzaa' (berolok-olok) adalah memperolok-olok hal2 yang disunnah Rasulullah SAW dan amalan-amalan lainnya.

Orang yang suka memperolok-olok dengan sengaja hal-hal seperti itu, JATUH KAFIR.
Firman Allah SWT: "...Katakanlah: 'Apakah dengan Allah SWT, Ayat-Ayat-Nya, dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?' Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman..." (At-Taubah: 65-66)

11. Bersumpah Palsu
Firman Allah SWT: "Mereka menjadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perisai..." (Al-Munafiqun: 2, Al-Mujadilah: 16) Jika seseorang menanyakan kepada orang munafik tentang sesuatu, dia langsung bersumpah. Apa yang diucapkan orang munafik semata-mata untuk menutupi kedustaannya.

Dia selalu mengumpat dan memfitnah orang lain. Maka jika seseorang itu menegurnya, dia segera mengelak dengan sumpahnya: "Demi Allah, sebenarnya kamu adalah orang yang paling aku sukai. Demi Allah, sesungguhnya kamu adalah sahabatku.

12. Enggan Berinfak
Orang2 munafik memang selalu menghindari hal2 yang menuntut pengorbanan, baik berupa harta maupun jiwa. Apabila menjumpai mereka berinfak, bersedekah, dan mendermakan hartanya, mereka lakukan kerana riya' dan sum'ah.

Mereka enggan bersedekah, kerana pada hakikatnya, mereka tidak menghendaki pengorbanan harta, apalagi jiwa.

13. Tidak menghiraukan nasib Kaum Muslimin
Mereka selalu menciptakan kelemahan2 dalam barisan muslimin. Inilah yang disebut At Takhdzil. iaitu, sikap meremehkan, menakut-nakuti, dan membiarkan kaum muslimin. Orang munafik berpendapat bahawa orang2 kafir lebih kuat daripada kaum muslimin.

14. Suka menyebarkan Khabar Dusta
Orang munafik senang memperbesar peristiwa/kejadian. Jika ada orang yang tergelincir lisannya secara tidak sengaja, maka datanglah si munafik dan memperbesarkannya dalam majlis2 pertemuan. "Apa kalian tidak mendengar apa yang telah dikatakan si fulan itu?" Lalu, dia pun menirukan kesalahan tersebut. Padahal, dia sendiri mengetahui bahawa orang itu mempunyai banyak kebaikan dan keutamaan, akan tetapi si munafik itu tidak akan mahu mengungkapkannya kepada masyarakat.

15. Mengingkari Takdir
Orang munafik selalu membantah dan tidak redha dengan takdir Allah SWT. Oleh kerananya, apabila ditimpa musibah, dia mengatakan: "Bagaimana ini. Seandainya saya berbuat begini, niscaya akan menjadi begini." Dia pun selalu mengeluh kepada sesama manusia. Sungguh, dia telah MENGKUFURI DAN MENGINGKARI QADHA DAN TAKDIR.

16. Mencaci maki kehormatan orang-orang Soleh
Apabila orang munafik membelakangi orang2 soleh, dia akan mencaci maki, menjelek-jelekkan, mengumpat, dan menjatuhkan kehormatan mereka di majlis-majlis pertemuan.
Firman Allah SWT: "...mereka mencaci kamu dengan lidah yang tajam, sedang mereka bakhil untuk berbuat kebaikan..." (Al-Ahzab: 19)

17. Sering meninggalkan Solat Berjamaah
Apabila seseorang itu segar, kuat, mempunyai waktu luang, dan tidak memiliki uzur say'i, namun tidak mahu mendatangi masjid/surau ketika mendengar panggilan azan, maka saksikanlah dia sebagai orang munafik.

18. Membuat kerosakan di Muka Bumi dengan Dalih Mengadakan Perbaikan
Firman Allah SWT: "Dan apabila dikatakan kepada mereka: janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: 'Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan kebaikan.' Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar." (Al-Baqarah: 11-12)

19. Tidak ada kesesuaian antara Zahir dengan Batin
Secara Zahir mereka membenarkan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah Rasul Allah, tetapi di dalam hati mereka, Allah telah mendustakan kesaksian mereka. Sesungguhnya, kesaksian yang tampak benar secara Zahir itulah yang menyebabkan MEREKA MASUK KE DALAM NERAKA.

Penampilan zahirnya bagus dan mempersona, tetapi di dalam batinnya terselubung niat busuk dan menghancurkan. Di luar dia menampakkan kekhusyukan, sedangkan di dalam hatinya main-main.

20. Takut terhadap Kejadian
Apa Pun Orang2 munafik selalu diliputi rasa takut. Jiwanya selalu bergoncang, keinginannya hanya selalu mendambakan kehidupan yang tenang dan damai tanpa disibukkan oleh persoalan2 hidup apa pun. Dia selalu berharap: "Tinggalkan dan biarkanlah kami dengan keadaan kami ini, semoga Allah memberikan nikmat ini kepada kami. Kami tidak ingin keadaan kami berubah." Padahal, keadaannya tidaklah lebih baik.

21. Beruzur dengan Dalih Dusta
Firman Allah SWT: "Di antara mereka ada orang yang berkata: 'Berilah saya izin (tidak pergi berperang) dan janganlah kamu menjadikan saya terjerumus ke dalam fitnah.' Ketahuilah bahawa mereka telah terjerumus ke dalam fitnah. Dan sesungguhnya NERAKA JAHANNAM itu benar-benar meliputi orang-orang yang kafir." (At-Taubah: 49)

22. Menyuruh Kemungkaran dan Mencegah Kemakrufan
Mereka (orang munafik) menginginkan agar perbuatan keji tersiar di kalangan orang2 beriman. Mereka menggembar-gemburkan tentang kemerdekaan wanita, persamaan hak, penanggalan hijab/jilbab. Mereka juga berusaha memasyarakatkan nyanyian dan konsert, menyebarkan majalah2 porno (SEMIPORNO) dan narkotik.

23. Bakhil
Orang2 munafik sangat bakhil dalam masalah2 kebajikan. Mereka menggenggam tangan mereka dan tidak mahu bersedekah atau menginfakkan sebahagian harta mereka untuk kebaikan, padahal mereka orang yang mampu dan berkecukupan.

24. Lupa kepada Allah SWT
Segala sesuatu selalu mereka ingat, kecuali Allah SWT. Oleh sebab itu, mereka sentiasa ingat kepada keluarganya, anak-anaknya, nyanyian2, berbagai keinginan, dan segala sesuatu yang berhubungan dengan duniawi. Dalam fikiran dan batin mereka tidak pernah terlintas untuk MENGINGAT (ZIKIR) ALLAH SWT, KECUALI SEBAGAI TIPUAN SEMATA-MATA.

25. Mendustakan janji Allah SWT dan Rasul-Nya
Firman Allah SWT: "Dan (ingatlah) ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang berpenyakit dalam hatinya berkata: 'Allah dan Rasul-Nya tidak menjanjikan kepada kami selain tipu daya." (Al-Ahzab: 12)

26. Lebih memperhatikan Zahir, mengabaikan Batin
Orang munafik lebih mementingkan zahir dengan mengabaikan yang batin, tidak menegakkan solat, tidak merasa diawasi Allah SWT, dan tidak mengenal zikir... Pada zahirnya, pakaian mereka demikian bagus menarik, tetapi batin mereka kosong, rosak dan lain2.

27. Sombong dalam Berbicara
Orang2 munafik selalu sombong dan angkuh dalam berbicara. Mereka banyak cakap dan suka memfasih-fasihkan ucapan. Setiap kali berbicara, mereka akan selalu mengawalinya dengan bila UNGKAPAN MENAKJUBKAN YANG MEYAKINKAN AGAR TAMPAK SEPERTI ORANG HEBAT, MULIA, BERWAWASAN LUAS, MENGERTI, BERAKAL, DAN BERPENDIDIKAN.

Padahal, pada hakikatnya dia tidak memiliki kemampuan apa pun. Sama sekali tidak memiliki ilmu bahkan lagi terserlah kemunafikannnya.

28. Tidak memahami Ad Din
Di antara "KEISTIMEWAAN" orang2 munafik adalah: mereka sama sekali tidak memahami masalah-masalah agama. Dia tahu bagaimana mengenderai kereta dan mengerti perihal mesinnya.

Dia juga mengetahui hal2 remeh-temeh dan pengetahuan-pengetahuan yang tidak pernah memberi manfaat kepadanya meski juga tidak mendatangkan mudharat baginya. Akan tetapi, apabila menghadapi untuk berdialog (bertanya tentang persoalan2 Ad Din (Islam)), dia sama sekali tidak boleh menjawab.

29. Bersembunyi dari manusia dan menentang Allah dengan Dosa
Orang munafik menganggap ringan perkara2 terhadap Allah SWT, menentang-Nya dengan melakukan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan secara sembunyi-sembunyi. Akan tetapi, ketika dia berada di tengah-tengah manusia dia menunjukkan sebaliknya: berpura-pura taat.

Firman Allah SWT: "Mereka bersembunyi dari manusia, tetapi mereka tidak bersembunyi dari Allah, padahal Allah beserta mereka, ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahsia yang Allah tidak redhai..." (An-Nisa': 108)

30. Senang dengan Musibah yang menimpa orang-orang Beriman dan Dengki terhadap Kebahagian mereka Orang munafik apabila mendengar berita bahawa seorang ulama yang soleh tertimpa suatu musibah, dia pun menyebarluaskan berita duka itu kepada masyarakat sambil menampakkan kesedihannya dan berkata: "Hanya Allahlah tempat memohon pertolongan.

Kami telah mendengar bahawa si fulan telah tertimpa musibah begini dan begitu... semoga Allah memberi kesabaran kepada kami dan beliau." Padahal, di dalam hatinya dia merasa senang dan bangga akan musibah itu.

..Org yg b'fikiran besar byk m'perkatakan ilmu,Org yg b'fikiran sederhana byk m'perkatakan peristiwa,Org yg b'fikiran rendah byk m'perkatakan diri sdri...

Tujuan-Tujuan Dasar al-Quran

Agama Islam, agama yang kita ini dan dianuti oleh jutaan kaum Muslim di seluruh dunia, merupakan ‘way of life’ yang menjamin kebahagiaan hidup penganutnya di dunia dan di akhirat.

Ia mempunyai satu sendi utama yang: berfungsi memberi petunjuk ke jalan yang sebaik-baiknya. Allah berfirman,
“Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk menuju jalan yang sebaik-baiknya “ (QS17: 9).

Al-Quran memberikan petunjuk dalam persoalan-persoalan akidah, syariah, dan akhlak, dengan jalan meletakkan dasar-dasar prinsip mengenai persoalan-persoalan tersebut; dan Allah SWT menugaskan Rasul saw untuk memberikan keterangan yang lengkap mengenai dasar-dasar itu:”Kami telah turunkan kepadamu Al-Zikr (Al-Quran) untuk kamu terangkan kepada manusia apa-apa yang diturunkan kepada mereka agar mereka berfikir” (QS 16:44).

Di samping keterangan yang diberikan oleh Rasulullah saw., Allah memerintahkan juga kepada umat manusia seluruhnya agar memperhatikan dan mempelajari Al-Quran: “Tidaklah mereka memperhatikan isi Al-Quran, bahkan ataukah hati mereka tertutup “ (QS 47:24).

Justeru ayat-ayat Al-Quran memberikan bimbingan kepada kaum Muslim menuju jalan yang diredhai Allah di samping mendorong mereka untuk berjihad di jalan Allah, sambil memberikan didikan akhlak yang sesuai dengan keadaan mereka dalam pelbagai situasi (kalah, menang, bahagia, sengsara, aman dan takut).

Dalam perang Uhud misalnya, di mana kaum Muslim menderita tujuh puluh orang syahid, turunlah ayat-ayat penenang yang berbunyi: “Janganlah kamu sekalian merasa lemah atau berdukacita. Kamu adalah orang-orang yang tinggi (menang) selama kamu sekalian beriman. Jika kamu mendapat luka, maka golongan mereka juga mendapat luka serupa. Demikianlah hari-hari kemenangan Kami perganti-gantikan di antara manusia, supaya Allah membuktikan orang-orang beriman dan agar Allah mengangkat dari mereka syuhada, sesungguhnya Allah tiada mengasihi orang-orang yang aniaya” (QS 3:139-140).

Huraian di atas menunjukkan bahawa ayat-ayat Al-Quran disesuaikan dengan keadaan masyarakat saat itu. Sejarah yang diungkapkan adalah sejarah bangsa-bangsa yang hidup di sekitar Semenanjung Arab. Peristiwa-peristiwa yang dibawakan adalah peristiwa-peristiwa mereka. Adat-istiadat dan ciri-ciri masyarakat yang dikecam adalah yang timbul dan yang terdapat dalam masyarakat tersebut.

Tetapi ini bukan bererti bahawa ajaran-ajaran Al-Quran hanya dapat diterapkan dalam masyarakat yang ditemuinya atau pada waktu itu saja. Kerana yang demikian itu hanya untuk dijadikan penghujahan dalam berdakwah. Sejarah umat-umat diungkapkan sebagai pelajaran dan peringatan bagaimana perlakuan Tuhan terhadap orang-orang yang mengikuti jejak-jejak mereka.

Sebagai suatu perbandingan, Al-Quran dapat diumpamakan dengan seseorang yang ingin menanamkan sesuatu idea, tidak terlepas dari keadaan, situasi atau kondisi masyarakat yang merupakan objek dakwah. Tentu saja method yang digunakannya harus sesuai dengan keadaan, perkembangan dan tingkat kecerdasan objek tersebut.

Demikian juga dalam menanamkan ideanya, cita-cita itu tidak hanya sampai pada batas suatu masyarakat dan masa tertentu; tetapi mengharapkan agar ideanya berkembang di semua tempat di sepanjang masa. Untuk menerapkan ideanya, seorang da'i tidak boleh jemu dan berputus-asa. Dan dalam merealisasikan cita-citanya, ia harus mampu menyatakan dan mengulangi usahanya walaupun dengan cara yang berbeza-beza.

Demikian juga ayat-ayat Al-Quran yang mengulangi beberapa kali satu persoalan. Tetapi untuk menghindari terjadinya perasaan jemu, susunan kata-katanya --oleh Allah SWT-- diubah dan dihiasi sehingga menarik pendengarannya.

Bukankah hujah dan dalil Al-Quran mengenai soal-soal yang dipaparkan dapat digunakan di mana, bila dan bagi sesiapa sahaja, serta dalam situasi dan kondisi apa pun? Sebagai kesimpulan, kita dapat bahagikan tujuan-tujuan dasar Al-Quran sejak dari sejarah diturunkannya kepada tiga perkara:

1. Petunjuk akidah dan kepercayaan yang harus dianut oleh manusia yang tersimpul dalam keimanan akan keesaan Allah dan kepercayaan akan kepastian adanya hari pembalasan.

2. Petunjuk mengenai akhlak yang murni dengan jalan menerangkan norma-norma keagamaan dan tatasusila yang harus diikuti oleh manusia dalam kehidupannya secara individu atau masyarakat.

3. Petunjuk mengenal syariat dan hukum dengan jalan menerangkan dasar-dasar hukum yang harus diikuti oleh manusia dalam hubungannya dengan Tuhan dan sesama insan. Atau dengan kata lain, "Al-Quran adalah petunjuk bagi seluruh manusia ke jalan yang harus ditempuh demi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat."

SUBHANALLAH...

Why do we pray five times each day?

Why do we pray five times each day?

2/3/2004 11:30:00 AM GMT

Why do we pray five times? I hope that you will not give me the story that 50,000 prayers were enjoined then it was reduced to five.

Answer:Praise be to Allaah.
1 – What is mentioned in the question about the number of prayers is mistaken. It was 50 then it was altered to 5 prayers, a favour from the Lord of the Worlds to the Muslims.
2 – The rules of sharee’ah may be divided into two categories: those which may be understood on a rational basis; and those which are purely worship, the wisdom behind which is concealed from us and is not mentioned in either the Qur’aan or the Sunnah.

Examples of the first include: the prohibition on alcohol and gambling. Allaah has told us the reason why they are forbidden, which is:
“Shaytaan (Satan) wants only to excite enmity and hatred between you with intoxicants (alcoholic drinks) and gambling, and hinder you from the remembrance of Allaah and from As‑Salaah (the prayer). So, will you not then abstain?”
[al-Maa'idah 5:91]

And there are other similar rulings.
Examples of the second kind include offering Zuhr prayer when the sun has passed its zenith, circumambulating the Ka’bah with it on one's left (i.e., anticlockwise), the nisaab of gold being a quarter of ten percent; Maghrib prayer being three rak’ahs, and many other such rulings.
What is mentioned in the question falls into this second category, which is things for which we do not know the reason from the Qur’aan or Sunnah, so we have to submit to the command of Allaah. This applies to all such rulings.

The Muslim has to accept the things for which Allaah has not explained the reason, and say as the believers say: “We hear and we obey.” He should not be like the Children of Israel who said: “We hear but we disobey.”

Accepting what Allaah says (interpretation of the meaning): “He [Allaah] cannot be questioned as to what He does, while they will be questioned” [al-Anbiya’ 21:23] is better for the believer in his religious and worldly affairs, for he is a slave who has a Lord, and the slave has no right to ask his Lord why He enjoined something. Rather he has to submit to His command. If he tells us why, we should do it, and if He does not tell us why, we should still do it.

3 – In al-Mawsoo’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (1/49-51) there is a useful discussion which we will quote here:
With regard to understanding the reasons why things have been prescribed, we may divide the issues of fiqh into two categories:

1 – Rulings whose wisdom may be understood on a rational basis, either because the reason is stated in the texts, or because it is easy to work out.
Such rulings are the majority of those that Allaah has prescribed, such as enjoining prayer, zakaah, fasting and Hajj in general, and such as enjoining the mahr (dowry) in marriage, ‘iddah (waiting period) following divorce or widowhood, spending on one’s wife, children and relatives, divorce when married life becomes unbearable, and many other such issues of fiqh.

2 – Ruling which are enjoined on us as a kind of pure worship. These are rulings in which the connection between the ruling and the action is not clear, such as the number of prayers, the number of rak’ahs and most of the actions of Hajj. By the mercy of Allaah, such rulings are few in relation to the rulings the wisdom behind which may be rationally understood.

These rulings are prescribed as a test to demonstrate whether a person is a true believer. It should also be noted that sharee’ah – both general principles and minor details – does not prescribe anything that contradict common sense, but it may prescribe something the reason for which cannot be understood. There is a big difference between the two.

If a person is rationally convinced that Allaah exists and that He is wise, and that He alone deserves to be acknowledged as Lord, and he is rationally convinced that the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) is a true Prophet, then he affirms that Allaah is the Sovereign and the Lord, and that he is His slave. Then if he is commanded to do something or is forbidden to do something, and he then says, “I will not follow this ruling until I know the reason behind this command or prohibition,” then he has proven himself to be false in his claim to be a believer in Allaah and His Messenger.

The human mind has a limit beyond which it cannot go.
The one who rebels against the rulings of Allaah that have to do with rituals is like a sick person who goes to a trustworthy doctor who prescribes various kinds of medicine for him, some to be taken before eating, some to be taken during the meal and some to be taken afterwards, in various amounts, and he says to the doctor: I will not take your medicine until you explain to me the reason why this one should be taken before eating and this one afterwards, and this one during the meal, and why are they are varying amounts, some small and some big? Does this patient really trust his doctor?

The same may be said of a person who claims to believe in Allaah and His Messenger, then he rebels against the rulings the wisdom behind which he does not understand. The true believer, if he is commanded to something or forbidden to do something, says, “I hear and I obey,” especially when we have explained that there are no rulings that can be rejected on the basis of reason.

Not knowing something does not indicate that it is not true. How many rulings are there, the reason for which has been concealed from us in the past, then we discovered that there is great wisdom behind them? The reason why pork is forbidden was unknown to many people, then we found out that it carries germs and disease and other bad things, and Allaah wanted to protect the Muslim society against them.

The same may be said concerning the command to wash vessels that have been licked by a dog seven times, one of which should be with earth… and other rulings the wisdom behind which may be discovered one day even though it is hidden from us now.

And Allaah knows best.

Al-Fatihah

Surah Al Fatihah


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.


الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Praise be to Allah, the Lord who safeguards and governs the entire worlds.


الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ

Most Gracious, Most Merciful.


مَـالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

Master of the Day of Judgment (the Hereafter).


إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

It is You alone (O! Allah) we worship, and to You alone we look for help.


اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ

Guide us to the Straight Path.


صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

The path of those on whom You bestowed Your eternal grace, not (the path) of those who invited Your wrath, nor those who have gone astray.