::Teman Bersama::

Isnin, 10 Mac 2008

Pasca Pilihan Raya Umum-12, Malaysia

بسم الله الرحمن الرحيم

Pasca Pilihan Raya Umum-12, Malaysia


ALHAMDULILLAH....Puji dan Syukur selamanya kepada ALLAH SWT. Usaha yang berterusan dijalankan disertai dengan doa juga tawakkal benar-benar melahirkan kejayaan bagi mereka yang benar-benar yakin dan beriman kepada sebuah perjuangan dalam menegak ISLAM yang dijamin teguh sepanjang zaman.

Firman ALLAH SWT:

“Hanyasanya orang-orang yang sabar itu akan diberikan balasannya tanpa kira”

(az-Zumar:10)

Generasi pemusnah kepada cita-cita kebaikkan atau pejuang memartabatkan ketelusan dalam sebuah kehidupan. Begitulah janji ALLAH SWT Yang Maha Mulia bagi hambanya yang leka dan alpa kepada tangunggjawab selaku muslim. Manakala kepada yang ingkar,

Melihat senario politik semasa Malaysia, boleh dikatakan bahawa berlaku perubahan kesedaran mendadak kepada proses demokrasi dan peranan dalam menterjemahkan kebijaksanaan rakyat menentukan siapa yang mereka yakin untuk memimpin.

Firman ALLAH SWT:

“Kemudian mereka digantikan dengan suatu generasi baru yang mensia-siakan sembahyang dan menurut hawa nafsu. Mereka itu akan menemui kesesatan”

(Maryam:59)

Kemenangan juga kekalahan perlu diangkat bukan sebagai adat. Tetapi menefistasi kekecewaan atau suara gempar terhadap dasar-dasar lemah kepimpinan sebelumnya dalam mentadbir urus hak dan kepercayaan rakyat. Pembenterasan rasuah, isu yang diangkat bagi menyedapkan hati bakal-bakal pengundi, menunjukkan kegagalan dalam menguasai pemikiran. Modus Operandi menekan yang digunakan sejak 11 kali Pilihan Raya Umum lepas, dinatijahkan sebagai kebijaksanaan pengundi kini dalam memilih pemimpin yang mewakili bukan menzalimi.

Kejayaan Barisan Rakyat dalam menidakkan majoriti 2/3 kerajaan dahulu yang dikuasai Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum-12 Malaysia merupakan kejutan tidak terjangka oleh mana-mana penganalisis politik yang tidak adil dengan ilmu yang dimiliki atau mungkin sememangnya “tidak menguasai ilmu yang dipelajari.”

Begitu juga ulang tayang saban waktu di media-media milik kekal sesetengah pihak dalam menguasai minda para pengundi dalam mewujud istilah psikologi yang dipanggil sebagai stimulus transduction. Satu proses ulangan yang ditayang dan di cetak di akhbar-akhbar arus perdana bagi menguasai minda pengundi.

Berkata Datuk Seri Panglima Mohd Annuar Zaini selaku Pengerusi BERNAMA dalam satu rancangan tebitan RTM1 pada malam 9 Mac 2008, rakyat telah bosan dengan paparan saban hari di media-media utama negara mengenai berita satu pihak tanpa ada penyeimbang antara kedua-duanya. Rakyat semakin bijak dalam mendapatkan hak untuk medapatkan akses kepada berita-berita semasa. Ia juga mungkin sebagai salah satu faktor penolakkan “tsunami politik” yang melanda Malaysia.

Menurut beliau lagi, setiap parti politik harus sensitif dan proaktif dalam memastikan setiap tuntutan masyarakat diberi perhatian sewajarnya. Sejarah kewujudan Malaysia serta sensitiviti tertentu yang berlegar di kalangan masyarakat Malaysia perlu tindak balas segera di kalangan kepimpinan negara.

Kerisauan

Manakala, bagi para penerima projek kerajaan, tanpa mengira yang berbentuk pembinaan atau perkhidmatan, perkara pertama yang dirunsingkan ialah samada masih diberi peluang dalam menerus projek-projek yang diterima ketika kerajaan 2004-2008 masih memerintah. Pertanyaan bersifat mementingkan diri telah lazim diamal ketika berada dalam kesenangan serta kemewahan tanpa berlaku adil kepada pihak yang lain. Maka, kini masa untuk bermuhasabah sambil tunduk taubat menyembah ALLAH SWT, andai tersalah dalam pertimbangan.

Firman ALLAH SWT:

“Sesungguhnya Aku (Tuhan) adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang betaubat, beriman lalu beramal soleh, kemudian dia memilih jalan petunjuk”

(Taha:82)

Penulis sempat melayani beberapa pesanan ringkas dari telefon bimbit sejauh dari Limbang, Sarawak, seawal 0700pagi! dengan menanyakan adakah Malaysia akan bertukar corak kepimpinan kepada negara yang lebih agresif dan bagi negeri-negeri tertentu berubah hala tuju? Tidak kurang juga yang bertanya adakah negeri-negeri di perintah oleh kerajaan negeri baru akan menjadi mundur sebagaimana Kelantan?

Penulis bertanya kembali, apakah makna perubahan corak pemerintahan Malaysia kini setelah sekian lama diperintah dibawah satu parti, yang rata-rata disalah fahami bahawa parti pemerintah itu ialah kerajaan, jika berubah, maka polisi akan berdepan masalah. Apakah difahami definisi kerajaan dan parti pemerintah? Malang juga kepada yang berdegar-degar bercerita, sebenarnya tidak pernah langsung menjejakkan kaki ke Kelantan.

Salah Maklumat

Bahawa yang difahami selama ini, parti itulah kerajaan, dan jika bertukar kuasa, maka Malaysia tidak berkerajaan. Jelas, kemalasan membaca, mencari maklumat luar dari media arus perdana dan budaya hendonisme menular dengan jaya di kalangan masyarakat yang mengaku bertamadun dunia. Sehingga terlupa “the power of people” dalam menentukkan hala tuju negara.

Bukankah penyeimbangan kuasa itu membawa rahmat dengan segala tindakan dan dasar yang akan dibentuk perlu menerima persetujuan 2/3 dewan rakyat. Maka, tindakan sewenang-wenangya dalam mengguna wang rakyat dapat ditelusi?

Persoalan tanpa jawaban sengaja diberi, agar masyarakat Malaysia yang mengaku sebagai rakyat berminda kelas pertama meneruskan usaha berfikir dan bertanya dengan mencari sumber-sumber alternatif kepada setiap persoalan yang dicari. Penulis mengajak kepada diri sendiri, juga ahli-ahli proffesional dalam bidang masing-masing, berazam dan menerus usaha bagi menegakkkan integriti yang bukan retorik, seterusnya meningkatkan penghormatan masyarakat umum terhadap bidang proffesional yang diwakili.

Sebagai hamba ALLAH yang faqir lagi haqir, tidak layak rasanya untuk memberi jawaban kepada persoalan, sedangkan penulis bukan ahli.

"وصلى اللّه على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم"

Al-Haqir illa ALLAH al-Ghaniy: almukminun

03 Rabiulawwal 1429

Cyberjaya, Selangor

http://www.almukminun.blogspot.com/

1105pg

Tiada ulasan: